Jumaat, 16 September 2016

Hero ‘Train To Busan’ tak mati ??

 

Huhuh.. tak sempat nak gi tengok kat panggung. Maka  tengok je la kat Facebook ari tu.. Tu pon takda sarikata.. Buat buat paham je la ! Bukan susah pon nak paham jalan cerita Korea ni.. kan ? Hahaha..

image

Tapi yang pasti , filem Train To Busan ni memang best dari Walking Dead yang selama ni takda tandingan langsung ( citer Zombie ) ! Cerita dia memang direct ! Takda simpang siur.. walaupun ada beberapa babak tak logik dek akal… namun ditutup dengan jalan cerita yang gempak !

Dan kesudahan.. hero mati ! Biasalah.. hero hindustan je selalu hidup.. hahaha.. Ahaaa ! Tapi.. part ni memang adat citer Korea laa.. Hahaha.. Ada kesinambungannya ! Ahaaaa.. Ada sambungan laa pasni !

Tu tandanya , hero tak mati la kan ? Memang hindustan niii ! Hahaha.

image

Tapi kaaan.. biasanya laa.. kalau ada sambungan , mesti jadi meleret dah ceritanya.. sebab apa ? Sebab diorang pon tak jangka filem ni meletup ! Maklumlah , citer zombie dah bersepah di pasaran ! Diorang tak sangka dapat box office.. kan kan ?

Apa pun.. aku harap , sambungannya nanti lebih baik atau setanding dengan yang pertama.. Jangan zombie leh bercakap dan tubuh pasukan gerak khas , dah laaa ! Nak kasi sedap cerita la kononnya.. Hahahaha..

Zahra mula menerima adiknya ?

 

Dia tengok abang long Qhaliff , makin mesra dengan adiknya hingga ada sekali tu dia nak angkat dan dukung adiknya ! Huihh… perasan teruja sangat tuu.. Nasib baik wife sempat perasan.. Terus ditegur Qhaliff dan dia tak buat dah namun kena hati hati gakk.. huhuh…

image

Zahra… kalau aku dukung , dia akan ‘meroyan’ . Tak kasi aku pegang si Aariz. Cemburu ? Entah laa.. Mengada ngada la kot tuuu.. Hurmmm..

Akhirnya semalam.. Zahra cuba mendekati adiknya..

image

Aku percaya.. dia akan jadi seorang kakak yang cukup penyayang dan pelindung ! Huhuh.. Kena antar gi belajar tomoi la lagu ni..

Oh yaaa.. ada sesiapa berminat nak jadi pemandu UBER ? Klik link INI dgn syarat :
1. Ada kereta atas nama sendiri
2. Lesen yang sah 'P' xboleh.
3. Kereta 2008 keatas.
4. Latihan dan khidmat nasihat akan diberi

Sebelum itu anda mesti memenuhi syarat-syarat seperti di bawah.
1. Kereta Tahun 2008 dan ke atas
2. Mempunyai 4 pintu
3. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan)
4. Nama ada dalam Insuran cover note. Sama ada pemandu atau second driver.

Jika syarat ini dipenuhi, langkah seterusnya saya akan bantu tanpa perlua anda keluar dari rumah pun.

Terima kasih.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI