Ahad, 18 September 2016

Bedak untuk hilangkan ruam pada bayi dan orang tua !

 

Bedak ni , memang dah berkurun dah ni.. Dari kurun ke berapa , aku tak pasti la.. tapi menurut wife aku , lama dah popular kat Kelantan bedak ni..

image

Aku kenal bedak ni , sejak Qhaliff lahir. Bila dia ada ruam kat leher , pipi dan juga belakang badan , aku bubuh je bedak ni. InshaAllah , hilanglah ruam ni.. Aku dah guna macam macam produk untuk baby ketika tu.. tak jalan gak !

Dan baru baru ni , mak aku gunakan untuk cucunya yang baru lahir. Pipinya yang sebelum tu , penuh dengan bintik merah terus hilang bila guna bedak ni.. Tu pasal aku order untuk simpan stok… Mana la tau kehabisan stok. kan kan ?

Apa nama dia ? Berapa ringgit? Sapa jual ?? Yang pastinya aku beli kat bapak mertua aku nun di Kelantan.. Kenapa ? Nak ke ??

Jika beli termometer..

 

Bila ada anak kecil ni , termometer sangatlah penting ! Anak anak bila demam , jangan main teka teki part suhu badan terutama apabila demam.. Haaaa ! Perlu tahu , amatlah bahaya bila suhu melebihi tahap yang sepatutnya..

Zahra panas badan semalam. Nasib baik aku ada beli termometer. Ni kali ke 3.. ke kali ke 4 aku beli.. Dan bagi aku ni paling bagus sekali. Bacaan suhu amat pantas dan boleh dikatakan lebih berpuashati la.. Maksud aku , bila kita ulang ‘scan’ bacaan dia tak berubah.. untuk scan 2,3 kali pada masa sama la.. Sebabnnya ada termometer tu , asal scan je lain bacaan..  Dan jimat tenaga !

image

image

Ringan… rekabentuk yang memudahkan kita nak memegang ketika nak buat scan dan yang paling penting part kebersihan.. tak perlu sentuh ke dahi..

image imageimage image

Hijau , tanda sihat.. Merah tu , demam dah ! Hurmm.. Kena gi klinik dah ni ! Jangan tunggu tunggu.. Er , beli mana ? Farmasi ada jual. Harga ? RM200 masa aku beli ni.. tak termasuk GST.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI