Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 19 September 2016

Kuning lagikah Muhammad Aariz Iman ?

 

Lepas Zohor , gi klinik kesihatan di Salak Lama. Hari ke 13. Kalau masih lagi kuning , maka kena masuk wad kalau tak silap aku.. wife kata gitu la.. Kot dia yang kata atau aku salah dengar..

image image

Betullah kata ‘otai-otai’ .. Hari pertama , kalau tak ‘kuning’ , belum tentu hari berikutnya takda masalah. Dan dari hari ketiga hinggalah hari ni,  hari ke 13.. ulang alik ke klinik. Memang penat laaa ! Nasib baik la kat klinik kesihatan Salak tu kali ni memang rezeki , dapat cepat.. kalau tak memang penat laa tunggu !

Wife kata.. bacaan dah 144. Bermakna dah turun dan tak perlu lagi ke klinik. Alhamdulillah.. lega aku dengar.. Boleh la aku outstation hujung minggu ni dengan tenang.. Huhuhu..

Tapi.. Zahra lak tetiba demam. Hurm…

Gembirakanlah hati anak anak itu..

 

Teringat lagi aku satu tika dulu.. Aku gi tengok movie STAR WARS dengan pakcik aku yang ketika tu, sado sangat orangnya ! Aku berusia baru 7 atau 8 tahun rasanya. Masih ingat lagi dalam kepala aku. Dan setiap kali dia datang ke rumah aku , lawat mak aku.. aku sayu melihatnya. Namun , kenangan manis tu tetap segar dalam kepala aku.

Disebabkan dialah , aku jadi begitu alah dengan anak-anak aku tiap kali bila mereka minta mainan. Selagi aku berkemampuan , aku akan tunaikan permintaan mereka. Bukan apa , aku tak nak mereka terliur tengok anak orang lain.. Aku pernah rasa begitu. Aku pendamkan je dalam hati..

Aku anak kedua.. Abang dan adik aku , lebih beruntung dari aku.. “. Gitulah perasaan aku ketika tu.. Sekarang aku dah paham dan perasaan gitu , adalah tidak benar sama sekali.

Hari ni.. aku keluar sedikit duit untuk melihat mereka yang pernah gembirakan aku , di dalam blog ini.. senyum riang ! Dan tak sangka sangat , mereka amat hargai pemberian kecil aku hingga ke atas katil !

image

image

Aku bukanlah orang berada atau bergaji bulanan.. Tapi bila ada rezeki lebih sedikit , mereka ini akan aku hiburkan.. Yer , satu tika dulu.. aku di tempat mereka dan terliur melihat anak anak lain bermain dengan permainan yang aku inginkan sangat !

“Daddy , nak fish yang gerak macam ni.. “

 

Setiap hari , setiap jam dia akan bisikkan di telinga aku. Dia tau , kalau mintak kat mak dia.. dia akan gagal ! Mak dia memang kering punya hati ! Hahahaha.. Hanya daddy je akan belikan jika pujukan dia berjaya melembutkan hati aku.. Biasanya memang aku akan lembut hati terutama bila ‘murah rezeki’. Aku anggap tu rezeki anak anak..

Banyak kali dah dia cakap dan banyak kali dah aku angguk dan kata..

Ok.. nanti kita beli yer.. “. Aku tak nak ajar dia buat janji palsu. Kenapa ? Sebab aku teringat ayah aku di rumah. Bila anak anak berjanji pada dia , dia akan tagih janji anak anak dia. Yer , ayah aku dah tak mampu berjalan dah. Dan ada kalanya dia meminta sesuatu dari anak-anaknya. Dan pasti akan berjanji menunaikannya.

Dah 3 kali Qhaliff mencuba nasib untuk mendapatkan RoboFish yang dia gilakan.. Gara-gara tengok di Youtube ! Bila masuk je Toys R Us, memang aku akan bagi dia permainan lain. Dia ok je tapi selepas beberapa jam bermain , dia akan mintak juga RoboFish. Hahahaha..

image 

Akhirnya , aku mengalah. Aku belikan dia RoboFish. Gembira tak terkata dia. Terus bermulut manis. Dan di rumah , aku letakkan dalam bekas air yang turut disertakan bila beli ROboFish ni..

Dan aku tergoda ! Hahahaha.. Best pulak RoboFish ni. Ada macam macam jenis rupanya. Hurm.. macam nak jadikan koleksi je pasni.. Hahahaha.. Tak payah kasi makan.. tak yah tukar air ! Tak perlu risau pasal taik dah ! Hahahaha..

image

Dan Qhaliff punya.. ikan ganas ! Hahahah .. Ada keluar lampu gitu.. Jangan risau part bateri sebab dia ada auto sleep gituu ! Bila air berhenti berkocak , dia akan ‘tidur’ sehinggalah air berkocak semula !

image

image

Dan.. Alamaakkk ! Ada RoboTutle ! Ah, sudahhhh !

image

 

Syok gak main menda alah ni rupanya.. Terlupa lak umur dah nak jangkau 40 tahun ! Hahahaha..

Aariz guna Home Phototherapy oleh TERAPIBIRU !

 

Bacaan kali terakhir , 192. Semakin menurun. Kat putih mata dia pon dah mula tak nampak ‘kuning’ berbanding beberapa hari sebelum ni. Esok , gi check up lagi. Nak tengok perkembangan terkini. Arahan doktor klinik kesihatan.. hehehe..

image

Tapi sebelum tu , risau gak la kalau naik semula dan aku pulak nak outstation hujung minggu ni.. Takkan nak tinggalkan diorang dalam keadaan ‘tak sempurna’ .. kan ?

Aku nak cuba home phototherapy yang mana sebelum ni , ayah aku pernah buatkan untuk Qhaliff ketika kuning dia agak tinggi. Dan berhasil. Kali ni , aku ‘malas’ nak buat.. Er , tak reti sebenarnya.. hehehe..

Maka.. aku contact wakil Terapibiru - Home Phototherapy yang aku pernah cerita dalam entri Baby ada kuning / Jaundice . Apa kena buat ? Dan mereka datang  malam tadi dan pasang..

image

Mereka datang dan pasang serta menerangkan dengan bagaimana nak menggunakan alat ni  Sangat mudah je pon ! Tak sampai 10 minit , penerangan selesai. Dan sila tanya apa jua soalan nak tanya pada wakil Terapibiru - Home Phototherapy.

Ikutkan bacaan lebih 200 baru digalakkan guna tetapi aku tak sampai hati nak Aariz serta wife ulang alik klinik untuk melakukan pemeriksaan dan diambil darah.. Huhuh..

Yer.. aku tahu.. ada macam macam petua dan cara untuk turunkan bacaan jaundice. Aku saja nak cuba guna cara ni dan juga ada mandikan dia dengan air daun apa tah.. Tu mak mertua aku uruskan.. hehehe..

InshaAllah.. aku cuba yang terbaik untuk anak anak aku.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI