Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 22 September 2016

Aplikasi Terbaik Pantau Keselamatan Keluarga dari Digi !

 

Sering aku terfikir.. camana aku nak pantau anak-anak aku jika mereka dah bersekolah kelak ? Maklumlah ,  budak budak sekarang banyak aktiviti. Walaupun ada telefon pintar , belum tentu mereka akan memberitahu di mana mereka berada.. kan ? Atau mereka terlupa.. Bukan sengaja tak nak bagitau.  Andai ada aplikasi yang boleh kesan di mana mereka berada , kan bagus !

Waktu tu , aku terfikir gitu. Tapi di zaman ini , segalanya tiada mustahil lagi ! Dan keinginan aku tu , menjadi kenyataan ! DIGI telah merealisasikan impian aku tu. Terasa lega sangat di hati !

Sila download di Google Play dan iOS , aplikasi DIGI FAMILY SAFETY yang sangat menarik ini.

image

image image

image

Dengan gabungan GPS serta kecanggihan telefon pintar masa kini , menjadikan aplikasi Digi Family Safety wajar ada dalam setiap telefon pintar semua orang ! Ianya dapat memantau setiap penggerakkan orang terutama yang tersayang , setiap saat  ! Dan ini akan mengurangkan rasa risau terhadap insan tersayang terutama anak anak kita.  Ditambah lagi dengan data internet sekarang ni , semakin murah. Tiada alasan lagi untuk tidak ‘berhubung’ dengan keluarga tercinta !

Menariknya aplikasi ni, seperti yang aku beritahu tadi ialah penggunakan map dan juga GPS. Kita boleh pantau mereka dan lihat mereka dengan lebih tepat dan terperinci di mana mereka berada. Jika anak kita melancong ke luar negara bersama sama rakan.. kita tau di mana mereka berada ketika itu.. Diorang tak perlu bagitau dah ! Menarik kan ?

Ok.. Aplikasi ni ada dua pilihan. Yang pertama FAMILY SAFETY BASIC ( FOC ) yang mana membenarkan pengguna ;

  • menghubungkan sehingga 2 anggota keluarga; 
  • memantau lokasi anggota keluarga pada bila bila masa ; 
  • check in lokasi seperti bila anak anda tiba di sekolah atau isteri di pejabat ); 
  • mampu cipta sehingga 2 Safety Areas untuk dapatkan automatic geofencing alerts;
  • mampu melihat aktiviti seharian ahli keluarga kita ;
  • Pantas menghantar amaran kepada semua ahli keluarga dengan menekan Panic Alert ;

Dan satu lagi pilihann ialah  Family Safety Premium (RM5/month);

  • mampu menghubung sehingga 7 telefon , tablets or wearables and add all your family members;  
  • kawalan serta sekatan panggilan telefon dan jika kehilangan telefon , aplikasi mampu menyekat serta mencari lokasi telefon ahli keluarga yang didaftarkan.

Haaa.. Apa lagi ? Download laa.. Sekarang tiada alasan lagi untuk membiarkan orang tersayang ‘ keseorangan ‘ serta kita menjadi lebih rasa bertanggungjawab dengan memantau mereka walaupun dari jauh jauh. Ditambah lagi dengan  harga data internet lebih murah sekarang , keselamatan adalah satu keutamaan !

Lunch di TALKING TOM HOUSE bersama anak-anak !

 

Qhaliff teruja bila nampak muka TALKING TOM ! Maklumlah , membesar dengan dok mengeletek ketiak si Tom tu.. kan kan ! Rasanya ramai je pernah geletek dan mandikan si Tom ni.. hehehe..

Dan kali ni , makan di cafe si TALKING TOM yang terletak di Maju Junction , Kuala Lumpur. Menariknya kat sini menurut manager dia , makanannya bukanlah makanan ‘ sampah’ ! Segala adalah mempunyai khasiat yg diperlukan oleh tubuh badan.. Heee..

Ok.. pernah main game Talking Tom kan ? Kan boleh pilih pilih apa nak kan ? Haaa… Macam ni gak la dalam Talking Tom House. Menark kan ? Hehehehe..

Talking Tom House is a unique and innovative way to combining eating, learning and child development. Originating from the USA, the much-loved character Talking Tom & Friends bring children thought a culinary adventure. Featuring wholesome meals, compete with a dining table and cutlery, Talking Tom House aims to teach table manners and develop social skills.

This will be a child's paradise, a place parents and children will look forward to during meal times. Bonding over food strengthens relationship with parents. “

image

image

Aku cuba beberapa menu… Dan ternyata menarik dan menyelerakan ! Harganya , standard KL la.. Nak kata murah tu , tipu la.. Nak kata mahal pon , tak .. Maklumlah , makanan mmg sedap dan berkhasiat.. Menda baik , mana murah kan ? Sesekali jamu anak anak.. apa salahnya.. heheeee..

image

image

image

image

Promotion terkini ! Cepatttt ! Berbaloi gituuu.. Buka setiap hari  dari jam 12 tengahari hningga 8 malam.

Untuk tempahan , sila hubungi 603-2602 0790 atau ke Facebook , Talking Tom House.

image

Dah abis makan… Jom masuk Little Kingdom ! Bermain sambil belajar di sini… Memang menarik !

Memang diorang enjoy di sini..

image

image

image

Nak tau lagi pasal Little Kingdom , leh tengok di Facebook Little Kingdom

Tiap tiap malam gini , aku leh koma wo !

 

Minggu lepas..

Daddy , nak tengok Dorameon pastu nak tengokk Angry Bird.. Zootopia ! Ok ?? “ Qhaliff bagi ‘arahan’ dan disambut jeritan oleh Zahra..

Yeayyyy… Zootopiaaa.. “.

image image image

“ Nooo . noooo.. Tdooo ! “. Jawab aku

Dua dua terus memujuk rayu aku. Tengok jam , dah lebih 12 tengah malam. Aku tersangatlah letih dan banyak keje nak kena settlekan.. Kang kalau ikut layan , sah sah terlena sampai ke pagi.. keje tak siap gak !

Nak tak nak , aku mengalah..

 

Semalam…

Daddy , nak tengok Dorameon pastu nak tengokk Angry Bird.. Zootopia ! Ok ?? “ Qhaliff bagi ‘arahan’ dan disambut jeritan oleh Zahra..

Yeayyyy… Zootopiaaa.. “.

image image image

“ Nooo . noooo.. Tdooo ! “. Jawab aku

Dua dua terus memujuk rayu aku. Tengok jam , dah lebih 12 tengah malam. Aku tersangatlah letih dan banyak keje nak kena settlekan.. Kang kalau ikut layan , sah sah terlena sampai ke pagi.. keje tak siap gak !

Nak tak nak , aku mengalah..

 

Jangan pening.. aku bukan tercopy paste ! Memang inilah skrip setiap malam , ketika wife aku berpantang ! Kalau dia ada , dia garang.. budak budak ni takut dengan dia.. Wife tidur bilik atas.. aku dan anak anak tidur kat atas ! Hahahahah..

Camana laaa diorang leh tengok citer sama setiap malam ! Dan diorang dah hafal pon babak pon ! Menariknya , bila aku terlena.. dua dua akan tampar pipi aku.. kiri dan kanan..

“ Japppp.. japp… tgu Qhaliff..”. Maksudnya , tunggu diorang tidur dulu , baru aku boleh tidur !

ARGHHHH.. ADA JUGA NANTI JADI ANGRY DADDY !

Gillette Mach3® Baru lebih berkesan !


Selamat tinggal ! Tak nak dah guna mesin ni haaa ! Dulu aku pikir guna mesin ni , lebih nampak kemas dan bergaya tapi rupanya.. hehehe..
Aku bertukar guna pisau cukur pakai buang dan akhirnya guna Gillette Mach3. Agak memuaskan hati namun kesan cukuran tidak seperti yang aku harapkan sangat…
image
Dan seperti yang aku ceritakan baru baru ni yang mana aku pergi ke pelancaran Gillette Mach3® Baru , dan aku mencuba buat pertama kali dan ianya seperti yang aku harapkan selama ini ! Puashati !!
image
image
Selain dari cukuran yang kemas , kulit muka pon tak risau terluka punya ! Kalau guna pakai buang punya pisau cukur , huhu.. cukup risau laaa !
Apakah kelebihan Gillette Mach3® Baru ni ?
image
image
3 Manfaat Utama  Gillette Mach3® Baru
1. Bilah yang lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah dan rasa lebih selesa bila bercukur.
2. Teknologi salutan bilah yang lebih maju.
3. Bar Gel yang dipertingkatkan untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.
image
7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru
  1. 3 bilah berbanding 2 bilah pencukur untuk memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.
  2. Bilah yang disambung dengan spring menambahkan keselesaan cukuran.
  3. Pelindung kulit yang lembut.
  4. Pangsi hadapan yang mengalihkan daya dari tangan dan meningkatkan keselesaan kulit
  5. Binaan terbuka membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.
  6. Pemegang ergonomic memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus dalam keadaan basah.
  7. Sistem cantuman tunggal yang menyambungkan pemegang ke katrij dengan mudah dan memenempatkan pencukur pada posisi optimum di atas kulit.
Atas alasan apa lagi aku nak keluar dari rumah dengan ‘muka serabai atau muka separuh siap’ ? Hehehehe.. Walaupun simpan misai atau janggut sekali pun , pastikan muka kita ni , dijaga rapi.. Baru ada keyakinan berdepan dengan orang.. kan kan ? Jangan selekeh selekeh !
Dapatkan sekarang Gillette Mach3® Baru !!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI