Isnin, 26 September 2016

Sayang kasut atau sayang kaki ?

 

“Sayangnya kasut..”.

Ada satu komen dari rakan dunia maya pada gambar aku ke Xcape Resorts Sg. Lembing , baru-baru ni.. Aku senyum jer. Memang sayang laa.. Betul katanya tu..

image

Kasut ni , aku beli untuk jogging dalam rumah je. Hehehe… Tapi kemudian , aku gunakan untuk jogging di luar rumah.. Kenapa ? Sebab keselesaannya membuatkan aku nekad menodainya dengan kekotoran di luar sana.

Sayang wooo..  Maklumlah , kena ikat segala usus , hati dan buah pinggang untuk membeli kasut ni..

Image result for ben ashaari kasut baru

Tapi selepas melihat seorang rakan ‘derita’ sakit tapak kaki , aku merasakan kaki aku ni lebih bernilai dari kasut yang aku beli tu.. Duit leh cari kan ? Tapi kalau kaki sakit , nak cari duit susah.. kan kan ?

Sejak tu , aku nekad tak nak kedekut pada tubuh badan aku ni. Bukanlah nak kena beli barang mahal mahal tapi kena hargai tubuh badan .. setiap anggota sebelum kembali ke pemilikNYA.. kan kan ?

Maka aku nekad.. redahkannya ke dalam sungai. Nak melihat ketahanan kasut yang dikatakan berkualiti ni.. Ternyata memang tahan lasak laa.. Tak melecet pon kaki aku walaupun tak pakai stokin sewaktu meredah denai denai atau trek untuk ke Rainbow Waterfall di Sg.Lembing.

Sampai ke dalam sungai aku bawak masuk kasut ni , untuk mengejar pelangi ! Hehehe..

image

 

Dan Alhamdulillah , aku selamat tiba di rumah.. dengan selamatnya. Kasut ok , kaki pon ok !

Kambing Perap Khayr , memang tidak menghampakan aku !

 

Ben , nak rasa kambing perap tak ? Sedapppp..

Adehh.. ada ke ? Aku rasa sama jee selama ni ! Nasib baik kambing tu memang sedap dah tapi ada ke kambing perap yang berlainan rasa dari selama ni yang pernah aku rasa ?

Aku buat keputusan.. terima je la pelawaan Puan Syikin Jana di Facebook untuk membeli memandangkan mak mertua aku ada di rumah serta abang ipar yang akan datang ke rumah. Ni kisah minggu lepas yer !

Dan Puan Syikin datang hantar ke rumah aku. Aku tengok.. biasa je ! Macam takda apa yang menarik ! Hurmm.. Tak pe laa.. Makan je nanti ! Asalkan kambing.. hehehehe..

image

Kemudian aku mintak wife uruskan kambing perap ni.. Aku tahu makan jer ! Hahahahha .. Dan dia takda banyak cerita.. terus buat apa yang aku pinta..

Dan..

image

Tadaaa.. Siap ! Tak sampai setengah jam , makan tengahari untuk aku tersedia. Dia punya harumann. ! Fuhhh..Terus aku terliur ! Tak sabar nak rasa…

Nampak biasa… kan ? Dalam kepala aku terfikir..

“ Mesti liat giler kambing perap ni ! Hurmm.. Tapi bau dah sedap ! Takkan kot nak liat lagi ??

image

Mak mertua rasa. Abang ipar rasa…

“ Ni lagi sedap dari kambing perap hok di Kok Lanas jual tu , kan ? “. Kata mak mertua aku dan abang ipar aku angguk. Aku tergamam ! Biar betul ! Mak mertua aku ni payah nak cakap sedap satu satu makanan tu ! Bila dia kata sedap.. maka sedap laaa !

Terus aku capai dan .. lembutnyaa ! Jangkaan aku meleset ! Lembut rupanyaaa.. Aku masukkan ke dalam mulut. Aku pandang wife..

“ Ada lagi kan ? Abang beli 1kg ni.. Macam tak cukup jer ! “.

Dan memang tak cukup. Mak aku pon aku kasi tak.. Tapi setengah kilo jer . Dia call dan tanya aku camana nak beli lagi ! Ahhh , sudah ! aku bukan jual ponn..

Nasib baik kawan tu ada bagi detail pada aku..

1kg = RM45.00 (berserta 250gm Sos BBQ) . ↪ 500gm = RM25.00 (berserta 120gm Sos BBQimage

Dan kemudian dia kasi aku sedikit penerangan..

SPECIAL TENTANG KAMBING PERAP KHAYR °•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•° .

 ✔ 15 tahun pengalaman dalam bisnes Catering & Kambing Golek. ✔ Perapan istimewa resepi tradisi keluarga ✔ Menggunakan rempah segar terpilih ✔ Tanpa Pengawet ✔ Produk Muslim ✔ Mengunakan Australian Lamb Shoulder dan CERTIFIED HALAL .

Bila buat Catering, customer tanya takde buat yang frozen ke? Atas permintaan Pelanggan, mereka pasarkan Kambing Perap Sejuk Beku bawah jenama #KhayrBrand . Kambing Perap ni boleh makan ala Lamb Chop, nak buat lauk makan dgn Nasi & Nasi Arab pun boleh!

Dan… harganya  Untuk 1kg = RM45.00 (berserta 250gm Sos BBQ) . Manakala 500gm = RM25.00 (berserta 120gm Sos BBQ. Murah kan ? Haa… lagi pun sedap niii !

Nak tau lebih lanjut :

Puan Syikin Jana : 012 3838 018

Encik Khairi : 013 369 6659 .

Facebook : www.facebook.com/KhayrBrand

Instagram : www.instagram.com/LuvMasakLuvMakan

 

SERIUSSSS.. SEDAP DIMAKAN BEGITU SAJA !

 

Lupa lak.. kalau berminat nak tambah pendapatan , mereka sedang mencari agen. Modal serendah RM240 jer ! Haaa.. berbaloi woooo ! Hubungi je Puan Shikin.

Sungai Lembing menakjubkan ! Terima kasih Xcape Resort Sg. Lembing.

 

image

Dalam tahun ni , sibuk sangat aku. Terlupa nak dapatkan percutian berkualiti. Ada cuti tapi telefon pintar senantiasa di tangan. Akhirnya, Xcape Resort Sg.Lembing membantu masalah aku..

Dan aku kembali ke rumah dengan kepala otak yang cukup segar !

image

Bila nampak air terjun ni serta merasai kesejukan serta kesegaran air sungai yang mengalir dibawahnya , fuhhhhhh.. rasa tak nak balik rumah dah ! Nak terus dirikan pondok dan menetap kat sini jer ! Hahahhaa..

Nanti aku cerita lagi pasal Sg. Lembing ni. Kalau tak sabar , boleh ke Facebook Xcape Resort at Sungai Lembing atau Instagram xcaperesort.sg.lembing.

Jujur aku katakan.. ini antara percutian terbaik , selesa yang pernah aku rasakan.. Walaunpun singkat , tapi cukup bermakna dan sangat bererti buat aku… dan rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari.

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI