Rabu, 28 September 2016

Terharu sangat…

 

Kecil tapi besar.. Tak mampu nak bina masjid , tapi berusaha membantu masyarakat yang memerlukan.. InshaAllah. Tu lah salah satu impian aku bila berjaya mencipta nama dalam dunia maya ni. Nak membantu pada yang sangat memerlukan..

Banyak dah projek amal team KBBA9 terlibat. Ada yang diwar warkan .. ada yang sengaja disenyapkan. Bukanlah riak bila nak bagitau semua orang tapi sebaliknya nak mengajak kawan kawan turut serta membuat kebaikan.. Ok la kan ? Bab ikhlas atau tak tu , biarlah Allah yang tentukan saja.

Alhamdulillah.. Terima kasih pada Kak DLaila Mee Udang atas semangat dia membawa bantuan dari Malaysia ke Vietnam.

image

Kelab Blogger Ben Ashaari , salah satu aset aku yang paling aku hargai dan sayangi.. Sekurang-kurangnya , ni lah usaha aku membantu rakan blogger menjadi blogger yang lebih berguna pada negara dan masyarakat.. terutamanya agama !

Tepi tepi.. nak nangis atas katil !

Sedap sangat ke Ayam Pandan Firmaz ?

 

Ayam pandan ? Ada ke ? Ketika pertama kali aku diajukan soalan mengenai produk usahawan kecil ni aku tergaru kepala. KFC aku tau laa.. tapi ayam pandan ni , aku tak pernah dengar !

Terus aku setuju untuk buat review mengenai produk ni. Puan Iza Razali menghantar terus ke rumah aku nun di Sepang sana.. Hehehe. Jauh wooo.. Komited sungguh Puan Iza untuk menaikkan produk Ayam Pandan Firmaz ni. Respek !

image

image

Dapat jer , terus aku bagi pada wife. Suruh dia siapkan untuk aku. Aku nak makan ! Walaupun aku dah kenyang tapi ada sesuatu yang menarik mengenai Ayam Pandan ni ! Aku nak rasa sangat..

Dan wife siapkan untuk aku. Ada kawan di Facebook tanya.. masak ke yang bahagian dibalut daun pandan tu ? Hehehehe… Ada caranya nak masak ni.. Nanti kalau beli , Puan Iza akan ajarkan camana nak masak dengan lebih sedap !

image

Menurut Puan Iza , Ayam Pandan Firmaz ni , diperap dengan rempah ratus yang istimewa, dibalut dengan daun pandan. Bila digoreng , aromanya bakal membuatkan selera makan membangkit dengan penuh bernafsu !

Dan memang sangat sangat bernafsu aku makan setelah rasa satu dulu.. ternyata rempah ratusnya itulah rahsia kesedapan Ayam Pandan Firmaz ni.

Cara penyediaannya mudah jer. Hanya perlu digoreng selama 10 minit dan makan bersama nasi lemak atau nasi putih. Baru terasa keenakkan serta rempah ratus yang diperap bersama.. kan kan ?

Harga , murah sangat. Tak lebih RM25 ! Setiap pek ada peha , kepak . dada dan thigh. Nak jadi agen pon boleh . Amatlah dialu-alukan !

Kalau korang tanya aku.. sedap ke tak sedap Ayam Pandan Firmaz ni , jawapan aku ialah.. SEDAP SANGAT ! Aku tak pernah makan ayam sesedap ni ! Maaf , bukan sebab aku dibayar yer ! Kalau tak sedap , aku tak buat langsung. Bukan prinsip aku la nak tipu review terutama bab makanan ! Haa.. Leh try laa..

Camana nak beli atau jadi agen ? Sila hubungi :

Puan Iza : 012 213 5643

Facebook : Iza Razali

Page : Firmaz Food/Ayam Pandan

image

Jadilah blogger yang sebenar-benarnya , blogger !

 

Memang bila sebut je blogger , mereka yang tak tau mengenai blogger akan fikir negatif jer. Nak salahkan mereka pon tak boleh gak. Ni gara gara ada makhluk nak kejar duit tanpa kira baik buruk pada insan lain dah !

Secara jujurnya , aku nak salahkan mereka yang update pasal keaiban orang lain di blog 100% pon tak leh gak. Ni disebabkan permintaan tinggi di media sosial. Ahaa.. bila ada permintaan , mestilah ada yang nak buat, kan ?

Tapi sebagai blogger , kena ingat laa dosa pahala ! Jangan kejar duit tanpa kira keberkatannya gak , kan ? Jangan sampai satu hari nanti , kita lak jadi bahan blogger lain .. haaa.. makan tak abis koooo !

Nasihat aku satu jer.. Nak jadi blogger , carilah cerita yang orang nak sangat baca dan ianya memang bermanfaat pada pembaca kita. Tu barulah blogger berkualiti.. kan kan ?

image

Biar nampak sempoi dari nampak jahat !

Tak larat kemas rumah ? Hubungi MaidEasy.My segera !

 

Buat je cam aku ni ha.. Bila aku tengok wife tak larat dan aku sendiri pon kepenatan.. memang nak mengemas satu rumah , memang malas dah ! Tapi takkan nak biar je rumah kotor dan berselerakkan mahupun berdebu kan ?

Maka.. guna je orang gaji harian ! Tak susah pon.. cuma kita kena la booking awal awal dulu.. Caranya , sila ke www.maideasy.my . Pastu ikut je arahan di sana..

Dan.. sampailah maid di rumah kita seperti yang dijanjikan. Menepati masa lak tu ! Haaa…

Rumah pon , dikemaskan tanpa banyak bicara !

image

Harga camana kira ? Ada pakej katanya.. Atau nak basic pon boleh.

image

Sebulan sekali dua , ok la kan ? Kita lak nak berehat di hujung minggu.. Kasi je orang lain buat kerja.. kan kan ?

Jangan lupa… hubungi segera untuk tempahan. Maklumat lanjut di :

Web : www.maideasy.my

Facebook : www.facebook.com/maideasy.my

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI