Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 1 Oktober 2016

Kembali menyadokan badan !

 

Sejak Ramadhan lepas aku tak singgah gym atau tak bersenam. Ada la jugak sesekali buat di rumah tapi terpaksa kurangkan sebab Qhaliff dan Zahra akan turut serta. Bahaya sebenarnya.. risau aku terlepas pandang dan banyak besi di kawasan aku bersenam tu..

Hasilnya..

image

Ini bukan kali pertama berlaku pada aku. Dulu masa Qhaliff ‘muncul’ , perut aku turut muncul. Kemudian berjaya dihilangkan dengan mengambil suppliment serta bersenam..pagi dan petang yer !

Dan aku kembali sado.. Harapan nak sado untuk beberapa tahun , gagal ! Wife tergoda dengan kesadoan badan aku. Akhirnya wife mengandung lagi.. Zahra lak kali ni.. 9 bulan aku kena rehat.. jaga wife ! Pastu Zahra lahir , aku mula bersenam ketika dia usia setahun.

image

Sado semula. Wife tak tahan tengok.. Ngandung lagi dia pastu ! Haaaa.. Setiap kali aku sado , wife mengandung ! Nak wat camana.. bukan salah aku sado kan ? Dia tak tahan tengok aku haa.. Hahaha..

Haaa.. ni gambar sebelum sebelum ni laaa…

image

Aku menyadokan diri bukanlah  untuk kelihatan gah atau gempak ! Aku lebih pada kesihatan. Maklumlah , aku ada hypertension atau tekanan darah tinggi yang melampau ! Stress gitu..

Nak tak nak , kali ni aku kena g gym semula.. Berat pon dah lebih 90kg ! Tak nampak gemuk depan depan tapi ada lemak di perut yang aku rasa menganggu sungguh laaa aku. Begitu juga di dagu dan belakang tengkuk ! Semua ni perlu aku buang dengan kadar yang segera !

Dan.. aku nak kasi fit semula badan aku. Takkan di usia 40 aku dah cepat pancit kan ? Lagi pun , awet muda woo kalau rajin bersenam ni.

Oh ya.. di usia 40 gini.. nak bakar lemak susah dah.. Kena ada amik suppliment. Nanti kalau menjadi , aku kongsi ngan korang eh. Buat masa sekarang , biar aku gi gym pagi dan petang.. hehehe..

Nanti nak g Phuket.. kat sana nak belajar lagi pasal kesihatan ! Ilmu tuu..

image

Mencabar betul bila bawak Zahra !

 

Ok.. hari ni aku bawak dia . Zahra ni seronok bawak dia tapi bila bab makanan.. Hurmmmmmmmmmm… Dia dikenali di rumah dengan nama .. “ Tak tumpah tak sah ! “.

image

Zahra giler kejap bila nampak anak patung. Banyak dah koleksi dia. Bila gi mana mana , dia akan usung mana mana anak patung yang ada.. Tak kisah la baru ke lama.. Mesti nak ada kat tangan dia..

Tapi bila nampak makanan yang dia suka.. anak patung dia campak ke tepi terus ! Haahaha.. tak kisah dah anak patung dia. Dan aku pon kasi laaa kat dia.. Tak kasi , kesian lak..  Kasi , kesian kat aku lak.. Huwaaa..

Dia nak makan sendiri masalahnya. Kalau kat rumah , ok lagi.. Kalau kat restoran ?? Dalam kereta tu… adehh.. Sabar je laa.. Sebab tu kadang kadang aku tinggalkan je dia di rumah.. Tapi bila kena tinggal , kesian lak..

Jadi cam kes dibawah ni laa ..

image

400++ LIKES dan lebih 60 komen simpati pada Zahra ! Seolah olah menampakkan aku seorang ayahanda yang kejammmm ! Arghhh.. Ini tidak adil sama sekali !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI