Ahad, 2 Oktober 2016

Bila berada di lombong Sg.Lembing yang berhantu !

 

Dikatakan lombong Sg. Lembing ni ada kisah misterinya tersendiri. Malam malam ada bunyi ketukan dan ada kelihatan lembaga wanita berlegar legar di persekitaran lombong tersebut. Aku tak tau langsung pasal menda menda ni sehinggalah ada rakan di Instagram memberitahu aku mengenainya.

Namun ada sesuatu yang lebih menakutkan aku ketika aku kembali melihat gambar gambar aku di sana ..

image

Korang perasan tak ? Ni gambar kat lombong Sg.Lembing tu ! Haaa.. Kalau korang google , korang akan jumpa la kisah misteri yang menyelubungi tempat ni ! Tapi ketika kitaorang gi tu , semua ok jer. Memang best !

Cuma bila tengok balik gambar ni.. aku rasa cam nak jerit ! Jerit ketakutan yang amat sangat ! Aku tak pernah rasa setakut ni.. Adoiyai.. takut dan merisaukan aku sangat sangat ! Aku berharap sangat ianya cuma sebuah mimpi ngeri !

Korang nampak tak apa yang aku nampak ? Cer perati betul betul.. Tengok baik baik.. Kena zoommm… kat baju merah tu ! Nampak ? Adehhh.. nampak kan ? Haaa..

Aku berharap sangat , nanti aku kembali ke sini dan bergambar sekali lagi di tempat ni .. tanpa perut yang boroi itu ! Arghhhhh !

De’Xandra vs perfume mahal !

 

Ah , sudah.. mana hilang pulak perfume aku ni ? Last aku pakai , masa balik Kelantan ari tu. Pastu tak nampak dah.. Adeh.. salah letak ke ? “. Bisik hati kecil aku.

Perfume yang aku katakan tu , ialah De’Xandra. Tak dinafikan memang wangi perfume ni dan agak lama bertahan walaupun harganya agak murah berbanding perfume yang selama ni aku beli.

image

image

Tak jumpa cari.. aku tak boleh keluar gi jumpa orang tanpa perfume. Terasa tiada keyakinan langsung. Destinasi pilihan aku ialah Alamanda. Plan awalnya nak ke Body Shop. Ada banyak pilihan namun aku bauanya aku tak beberapa berkenan sangat.

Kemudian aku terberhenti di satu kedai perfume. Kat situ gak ada jual alatan mekap. Tak ingat kedai apa tah.. Terus aku masuk. Dan kemudian disapa seorang promoter wanita. Bagus layanan dia. Takda double standard walaupun aku berpakaian selekeh ketika tu..

Aku tanya dia pelbagai soalan dan dia menjawab dengan tenang. Aku mintak bau ‘kayu’ atau bau ‘hutan’ .. Nak kesegaran gitu.. hehehe..

Dan dia hulurkan satu perfume yang tak pernah aku dengar selama ni.. hehehe..

image

image

Bau dia ? Sedapp.. memang bau kayu bercampur dengan hutan ! Terasa kesegarannya namun masih terasa macam ada kekurangan.. Hurmm..

Aku kembali cari perfume De’Xandra. Aku teringat.. aku letak dalam beg balik kampung ari tu.. Aku cari dah jumpa ! Tinggal skit jer ! Huhuhu.. Dapat la pakai gi gym atau g jogging mahupun g lepak malam malam..

Perfume mahal tu.. pakai sebulan sekali dah la.. Hehehe.. Mahal kot.

Zahra dah mula menerima adiknya ?

 

Aku dukung.. Zahra memandang aku dengan wajah yang.. tiada perasaan. Apakah dia dah tak kisah lagi dengan aku ? Atau dia dah redha ? Atau.. dia memang tau aku sayangkan dia.. al maklumlah , anak perempuan.. kan kan ? Satu satunya anak perempuan gitu..

image

Saja aku provoke dia. Dia tenang jer. Dia sekadar mintak susu botol jer. Hehehehe.. Camana aku ‘jinakkan’ dia ? Huhuh.. Mudah jer.. Masa dukung tu , suruh abang dia kiss adik dia… Pastu puji abang dia. Si Zahra pasti akan terasa… Kemudian mintak Zahra buat jugak.. Memang dia akan liat.. tapi buatlah kerap. Lama lama dia akan lembut hati. Bila dah kiss adik dia , dia akan buang ego dia tu.. InshaAllah.

Aku tak rasa sebab dia perempuan dan adik dia lelaki , maka dia terancam. Anak kedua memang gitu. Memang terasa terancam bila ada adik baru terutama jarak hampir rapat. Si abang lagi suka… ada geng baru untuk bermain.

Tapi perasaan tu sekejap jer. Bila dah ok , si Zahra akan jadi kakak yang garang tapi penyayang.. cam bapak dia la ! Hehehehe..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI