Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 3 Oktober 2016

Perginya ayahanda tercinta..

 

Abang.. mak call. Menangis-nangis mak. “. Kata wife. Aku terus capai Iphone 6S wife yang tak best tu. Tengok jam.. 8.10 pagi.

Mak.. “ . Sebenarnya aku dah jangka dah. Tapi aku nak dengar sendiri keluar dari mulut mak aku.

Ba hang dah tak dak.. “ . Mak aku berkata sambil terisak risak.

Hurm… sat lagi saya pi sana.. “. Jawab aku ringkas. Aku sebenarnya dah lama menahan rasa sebak melihat ayah aku. Aku tak nak keluarkan air mata depan diorang , depan wife dan anak anak. Aku terus berpura pura yang aku seorang yang cool.

Aku capai telefon pintar aku. Tengok ada missed call. Aku pandang wife. Hurm.. Nak bawak diorang gi sana atau tinggalkan je kat rumah. Wife masih dalam pantang. Tapi kalau tinggalkan , risau kat wife yang masih belum sihat sepenuhnya. Kalau sekejap , tak pe la gak. Tapi aku rasa , mau sampai ke malam.

Aku bincang dengan wife. Dia kata , dia ok je nak ikut. Aku tarik nafas panjang. Masih menahan rasa sebak. Teringat wajah ayah kali terakhir aku lihat , Jumaat lepas. Dia dah cukup derita dengan kansernya tu. Dah naik ke otak kata pakar.Bermula dari lidah.. gara gara rokok !

Aku kejut Qhaliff dan Zahra yang masih lena tidur. Aku mandikan sorang sorang. Wife uruskan Aariz. Dalam jam 10 lebih , siap semua.. Terus gi ke Cheras.

Aku call adik perempuan aku. Suaminya sedang menguruskan bab pengkebumian ayah. Merekalah insan yang banyak menguruskan ayah sejak ayah dimasukkan ke hospital kerana paru paru berair , sebelum Aidilfitri lepas.

Sebenarnya , aku bersyukur sangat pada Allah kerana mendengar doa aku. Aku berdoa agar Allah panjangkan umur ayah untuk melihat dua orang cucunya yang terbaru.. Dan dia dapat melihatnya sebelum memejamkan mata untuk selama lamanya.

Alhamdulillah.. segala urusan berjalan dengan begitu mudah. Cuaca pun cantik. Jalanraya tak sesak. Kena pulak cuti umum. Ramai sedara mara dari Pulau Pinang dapat turun melihat jenazah buat kali terakhir.

Aku mengucup arwah ayah buat kali terakhir di dalam masjid. Tenang wajahnya. Aku bersyukur sangat penderitaannya dah berakhir. Moga Allah ampuni segala dosa dosanya.

Selepas solat Zohor , jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Kampung Batu. Kalau ikutkan pesan arwah , dia mintak ditanamkan di Pulau Pinang jer.. nak sebelah arwah ibunya.Alasan dia mudah jer sebenarnya. Dia nak anak cucu dia balik ke kampung nun di Balik Pulau , walaupun dia dah tiada .. Tak nak putus perhubungan dengan adik beradik.

image

Satu lagi hikmah yang berlaku dan aku amat bersyukur sangat ianya berlaku. Insan yang aku tak gemar sangat sebelum ni , dialah yang banyak membantu keluarga aku menguruskan jenazah ayah. Aku perlu berjumpa dengan dia dan memohon maaf. Bagi aku , kes yang lepas , biarkan la berlalu. Teruskan hidup dalam keadaan yang tenang dan damai.. Nak buat apa ada rasa dendam di dalam hati , kan ?

Aku sebenarnya nak letak gambar ayah aku tapi rasanya.. tak perlu lah.. Lebih pada nak insafkan si perokok. Kesan dari merokok amatlah menyiksakan. Bila dah sekali kena , memang insaf laaa

Dan aku.. sehingga kini aku belum tumpahkan setitis pon air mata. Sesekali sebak datang , aku pandang anak anak.. Terus rasa sebak tu ghaib. Aku bersyukur , dapat juga menjaga dia dulu. Cuma terkilan di saat dia sakit , aku tak dapat nak jaga sangat sebab wife sedang sarat mengandung. Part ni aku rasa sedih sangat. Walaupun sesekali aku dapat gi lawat dia , tapi masih terasa cam.. hurmmm..

Hurm.. semoga Allah cucuri rahmat buat roh ayahku. Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Aamin..

Apakah aku perlukan PhD untuk dipandang mulia ?

 

Ini bukan kes Azizan Osman yakni pakar motivasi dalam bidang perniagaan. Aku malas bicara mengenainya secara terbuka. Banyak hati nak kena jaga..

Tapi apa yang berlaku pada hari ini , menarik perhatian aku. Masih ada insan memandang rendah pada insan lain yang mana kelayakan akademik serta jawatan yang disandang adalah segala-galanya !

Hurm.. Disebabkan inilah ada insan sanggup melakukan apa saja asalkan dia mendapat penghormatan serta layanan yang dia inginkan daripada segelintir manusia manusia yang menilai manusia lain , hanya melalui pangkat dan darjat !

Maka tak hairanlah ada orang sanggup membeli pangkat , gelaran akademik hanya untuk membuka mata insan insan yang menyanjung tinggi mereka yang punya pangkat dan darjat !

Walhal.. di luar sana , bersepah manusia manusia yang berjaya dalam kerjaya serta bidang masing masing namun tidak punya kelayakkan akademik serta pangkat untuk disandang.. dan manusia ni , tidak dipandang tinggi pun.. masih tetap dianggap sampah !

Sebagai contoh blogger.. Ada blogger dah pusing dunia , tanpa mengeluarkan sesen pun. Segalanya ditaja.. dan dia menulis di dalam blog lalu blognya dijadikan panduan oleh mereka yang gemar travel. Begitu juga blogger yang gemar memasak.. resepi tersendiri , berjaya membantu insan lain mengenal dunia dapur dari sudut berbeza.

Tetapi.. insan ni tak pedulik semua ni. Mereka masih menganggap , dapur milik Chef serta orang kaya saja layak pusing dunia. Kesian kan ? Masih dalam tempurung manusia gini..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI