Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 4 Oktober 2016

Terima kasih kawan kawan..

 

Hurm.. Nak maklumkan di group whatsapp ke tak nak eh ? Atau post di Facebook.. Hurmm.. Puas aku fikir dan aku buat keputusan , aku tunggu selesai segalanya baru aku up status. Aku tak nak ganggu hari rehat kawan kawan. Biarlah mereka yang rapat saja dimaklumkan.

Alhamdulillah.. segala urusan dipermudahkan. Selesai segalanya , baru aku maklumkan pada rakan rakan blogger KBBA9 dan juga di Facebook.

Antara sebab lain , aku tak nak mengalirkan airmata bila nanti ada yang bertanya punca dan sebagainya. Aku sebenarnya masih menahan sebak. Nasib baik ada anak anak. Aku alihkan perasaan sedih aku dengan melayan karenah mereka dan juga buat kerja kerja blog.

Teringat satu tika dulu.. Camana la aku nak hidup tanpa mak ayah di sisi di kala aku membesar ? Salute aku pada mereka yang tabah melaluinya. Aku bernasib baik merasainya di usia begini. Kalau tak ? Huhu..

Kalau ditanya apakah kenangan manis aku bersama dia yang paling aku ingat.. jawapan aku ialah.. ‘aku hampakan dia dengan gagal masuk ke sekolah sukan tetapi aku tebus segala galanya dengan membanggakan pencapaian aku di dalam dunia media sosial ni. Yelah , banyak kali keluar di majalah , suratkhabar dan television.. terpampang nama ASHAARI yakni nama dia.. Sekurang-kurangnya , aku berjaya tebus kegagalan aku di masa lalu.. Huhuh.. Aku tahu , dia bangga dalam diam..’.

image

Dan aku akan terus banggakan dia..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI