Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 6 Oktober 2016

Aariz Iman , sebulan sudah dia !

 

image

Masih belum detect lagi ikut muka sapa si tecik ni ! Tapi dari raut wajah , garang jeeee si adik ni ha ! Dan warna kulit pun semakin berubah..

Hurmm…

image

Suntikan sebulan nanti , gi amik kat Kelantan jer memandangkan Ahad ni nak balik Kelantan tapi aku tak dapat teman gi suntik sebab kena gi Phuket. Hurmm..

Sapa nak jaga dia nanti eh ? Hurmm.. masih dalam teka teki !

Akhirnya , Zahra keluar rumah..

 

2 tahun lebih.. baru laaa dapat jejak taman permainan ni. Sian Zahra. Lama dah aku nak bawak tapi keadaan tak mengizinkan. Dengan panas , nyamuk.. awek awek kolej yang lepak kat situ… segalanya tak mengizinkan. Takat nyamuk dan panas tu , ok lagi.. awek awek tu haaa.. lom sempat kenyit mata , wife dah antar whatsapp gambar mata ! Im watching u !! Arghh..

Seronok dia dapat berlari tapi nak pegang tangan ayahnya juga.  Si abang.. hurmm.. tak pandang belakang dah ! Bila jerit baru sengih.. Aduhai..

“ Kereta la Qhaliff.. “`. Kata aku.

Dia pandang kiri kanan depan belakang. “ Takda pon kereta”.

Ni la masalanya kalau dah pandai menjawab ! Segalanya dia menjawab. Geleng kepala je aku.. Tapi tak kisah la.. sekurangnya sel otak dia berhubung.. kan ?

image

Tapi bagus la.. Si Qhaliff main dengan adik dia. Si adik ikut je apa si abang buat. Huhuh.. Si abang memerhati. Main sampai tak nak balik umah dah. Sebut LIPAS , baru nak balik ! Adehhhh… pemalu cam daddy gak eh !

Rahsia aku cepat hilangkan boroi ?

 

Sewaktu aku post gambar aku sedang boroi 6 bulan , ramai senyum wooo ! Hahahaa.. Yeeeeaaa.. akhirnya Ben kembali boroi  , kata mereka ! Amboiii ! Suka benar eh ? Tak pe , tak pe…

Aku memang suka bila aku diperlecehkan gitu. Satu semangat untuk aku kembalikan semula bentuk badan aku seperti sejak lahir dulu. Eceh.. Hahaha..

Sebenarnya , aku saja biarkan boroi. Nanti ada la alasan untuk kembali ke gym. Sampai satu tahap bila bini sendiri pon dah tegur..

“ Abang masuk bilik ni , perut muncul dulu kat muka pintu. Baru nampak muka. “ .

Amboiii… Sampai tahap gitu.. mana boleh jadi lagu ni haa ! Aku amik serius sindiran tu ! Aku perlu menghilangkan segala lemak serta air berlebihan dalam badan dalam masa beberapa minggu. Masalahnya , mampukan aku ditambah lagi dengan faktor usia yang mana metabolisma pon dah menurun ! Kadar pembakaran lemak jadi perlahan maksud aku ! Bukan dah tua laaa ! Caitt !

Ok.. aku start gi gym , Sabtu lepas. Ahad off. Isnin hinggalah Rabu. Siang dan malam workout. Paginya , berjalan naik bukit pastu baru gi gym. Petang pon gitu… jalan ! Peluh mencurah curah keluar.. lebih lebih lagi bila pakai baju yang aku beli di Damansara satu tika dulu..

image

Hasilnya…

image

Diorang kata , aku tahan nafas ! Mestilah tahan nafas.. tak nak bergerak.. kang bergegar gambar ! Haaa.. Tahan perut ? Hahahaha.. Hanya yang ada ketika tu je tau betapa terkejutnya mereka melihat perubahan mendadak aku walhal minggu lepas.. lain rupa bentuk bumi badan aku ni !

Sebenarnya kan.. ada satu lagi rahsianya dan rahsia tu.. biarlah rahsia ! Eh , mana leh kasi tau.. sebab tu rahsia.. Tapi kalau tak bersenam, tak menjadi ! Haaaa . Camana pon , kena bersenam dan juga jaga pemakanan !

Minggu depan , nak gi Phuket. Ada program mendetoxkan diri di sana yang ditaja oleh The Life Co Phuket. Selebriti Hollywood je suka gi situ. Hehehe..

image

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI