Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 7 Oktober 2016

Kenali Blogger #KBBA9 : YB SHEHAN

 

Hehehe.. lama aku tak buat segmen gini… aku kembali tapi cara yang berbeza. Biar mereka sendiri yang bercerita mengenai diri mereka dan aku , kasi komen secara jujur.. Jangan sentap dah la yer !

Ok.. Blogger pertama yang tawar diri untuk berada di dalam blog aku ni… YB SHEHAN.. Secara jujurnya , aku tak pernah ingat dia walaupun dia dah beberapa kali join segmen aku dulu. Yelah , dah tua dah aku. Dulu bersegmen , 8 tahun lepas kot ! Skang ni aku ingat Amirah Othman jer.. Lain lain , aku tolak tepi..

Blogger ni aku kategorikan dia di awal dulu sebagai blogger wartawan. Entri dia macam baca artikal majalah atau suratkhabar. Lengkap ! Tapi bukan citarasa aku. Namun perubahan dilakukan dan sekarang , aku rasa blognya  lebih santai dibaca. Haa.. baru rileks gitu..

Aku tak nak review orangnya. Aku bukanlah insan yang layak. Tapi sebagai founder #KBBA9 , YB SHEHAN adalah blogger yang berpendirian dan punya agenda tersendiri..dan buat masa skang , dia target nak gi Korea dan Perth.. Yelah , #KBBA9 dah ada penaja rasmi untuk ke luar negara skang ni wooo ! Haahahaa.. Tunggu yer..

Buat YB SHEHAN ,teruskan menulis… jangan sekadar mencapai impian pastu.. krik krik… Hehehehe.. Paham kan ?

Terima kasih kerana setia bersama #KBBA9 !

Jom baca kisahnya..

 

_________________________________________________________

Hai. Syukur terpilih untuk menulis dalam blog BLOGGER TERKENAL, Ben Ashaari. Tq Aben. Nama saya, YB Shehan. Atau dalam blog, saya lebih gemar bahasakan diri sebagai Mommy. Mommy kepada 2 orang anak comel, Hannah Damia & Ariq Emir. Masing-masing dah besar pun sekarang. Mommy aktif menulis blog shehanzstudio.com pun asalnya nak cerita hal anak-anak ini lah. Sebab tu lah Mommy namakan blog Mommy tu, Mommy’s Diary of Life, dengan taglinenya “The Coolest Mommy's Diary of Life On The Planet. You know You Want It!” Haa kau. Taknak kalah. Ngeh ngeh.

Kalau korang PARENTING Blogger, blog Mommy patut dijadikan salah satu bloglist korang. Kalau korang suka bab KESIHATAN diri dan anak-anak terutamanya, blog Mommy pun patut jadi pilihan. Kalau korang suka bab berjalan-jalan, blog Mommy pun ada sediakan tips dan review mengenai tempat yang pernah

Mommy #YBTRAVELOGUE kan. Mommy memang pantang tengok bab-bab kecantikan, ini pun salah satu sebab kenapa korang kena baca blog Mommy sebab banyak tau product REVIEW yang Mommy pernah buat. Feedback, marah betul kawan-kawan yang dah terpengaruh dengan review Mommy tu. Hahaha.

Barang bagus, kena kongsi la kan? Pendek cerita, macam-macam LIFESTYLE stories ada dalam blog Mommy tu. Almaklumlah, dari 2009 Mommy menulis blog ini. Dah tak mampu nak kawal Niche blog Mommy yang pelbagai tu.. siap perniagaan kecil-kecilan Mommy iaitu jual telekung kanak-kanak pun wajib ada dalam entri Mommy tau. Korang beli la eh. Sempat!

photoshoot-kbba9-impian-menjadi-model-tercapai (6)

Mommy rasa bertuah apabila dijemput masuk menjadi ahli KBBA9 sejak Julai 2015. Dah setahun lebih dah. Banyak sangat pengalaman yang Mommy dapat. Dari mula-mula masuk, Mommy diajar perlu sporting dengan ahli KBBA9 (kena nyanyi beb!). Kemudian diserap masuk ke KBBA Lembah Klang, di mana ahli-ahlinya memang spor*ng belaka. Ilmu blog pun banyak diserap dari team KBBA9. Dari kosong ilmu bab Google Analytic (GA) sehinggalah dah faham dan seronok belajar SEO sekarang.

Mommy rasa, kalau Mommy bergerak solo macam dulu, mungkin belum sampai ilmu GA & SEO segala tu. Diberi peluang untuk join macam-macam event & travel dari KBBA9 bagaikan bulan jatuh ke riba, giteww. Memang tak sangka langsung yang rupanya, macam-macam boleh buat selain tulis, tulis, tulisss je kat dalam blog. Dapat kenal founder KBBA9 sendiri, Ben Ashaari, gali ilmu darinya, memang tak terbalas jasa rasanya. Setiap hari Mommy akan cuba improve skill menulis, samada entri santai mahupun entri reviu.

Satu je Mommy boleh cakap, terima kasih ye Aben! Sebab sudi jemput. Kalau tak, tak merasa apa yang saya lalui sekarang ni. Akhir kata, see u in Perth. Eh!

FB : facebook.com/ybshehan

IG : instagram.com/myapilot

Blog : www.shehanzstudio.com

photoshoot-kbba9 (2)

Cabaran ‘predetox’ !

 

Kalau sekadar detox tu , senang jer.. tapi kalau nak detox dan bersenam , fuh… mencabar tul ! Apatah lagi nak naikkan kembali otot otot yang dah mula lembik..

image image

Nak detox ni ada cara-caranya.. Bukan main mendetox jer ! Kesan dari detox ni banyak.. antaranya badan jadi lebih ringan dan sihat. Cam kes aku ni , aku ikut nasihat dari pakar iaitu The LifeCo Phuket.

Hehehehe..

image

Aku kena elakkan beberapa dari makan daging , produk tenusu , garam , gula , atau apa jua makanan yang ada gula tambahan. Hurmmm… Madu , stevia , organic male syrup dibenarkan ! Aku kena rajin rajin baca label ! Hahahaha.. ADehhh.. Ini membantu aku mencapai kesan optimum bila di Phuket nanti.. er , minggu depan !

Tak boleh makan makanan berminyak , atau kalau nak makan juga , guna yang dimasak dengan minyak zaitun. Digalakkan banyak makan buah buahan atau sayuran yang disteamkand.

image

Banyak lagi la dia punya nasihat.. hahahaha.. Dan selepas jam 7 malam , tiada lagi makanan… cuma teh herba saja dibenarkan ! Adudududu… Gajah pon kurus gini !

Aku kena ikut segala peraturan untuk elakkan sakit kepala bila mendetoxkan diri . Haaa.. sebab tu ada yang tak sedap badan.. sakit kepala bila berdiet.. diet tak makan ! Huhuh..

Setakat ni.. aku… aku .. aku.. Jap , bini aku panggil !

“ Yer sayang… “.

Nanti aku sambung balik eh..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI