Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 9 Oktober 2016

Kenali Blogger #KBBA9 : SHIQEEN SATTAR

 

 

SHIQEEN SATTAR… ingat lagi aku pertama kali dia pm aku. Nak kasi tudung kat wife. Saja suka suka katanya .. Ececece… Sekali ikan lalu , aku dah tau dolpin ke ikan paus ! Tapi aku ok jer. Orang niat baik , kita pon balas dengan baik.. Tapi tak semudah itu. Aku memang suka ‘menyusahkan’ orang untuk melihat kesungguhan dia. Jika dia benar benar serius , aku akan kasi 200% serius ! Haaa..
Bermula dari tu .. eh jap.. pastu aku tengok fb dia. Amboi , cunnya ! Positif kan i ? Hahahaha.. Tak kisah la edit ke.. lighting ke.. photoshop ke.. janji di mata aku cun ! Bukan apa.. aku memang suka amik aura awek cun ni untuk kekal hensem ! Haaa…
Bila aku dapat tau dia ada blog  , aku ajak dia join team KBBA9. Kenapa ? Haaa… sebab dia polis ! Hahahaha.. Betul la kan ? Sekurang-kurangnya , dalam team kami ada polis mengawasi dan memberi khidmat nasihat perundangan dengan lebih dekat ! Bijak tak aku ? Selain dari tu , dia ada gi kelas motivasi.. Pendekatan dia dengan POSITIF memang aku sambut dengan baik walaupun ada kalanya aku nak je siram ngan air coke dan kemudian berlari sejauh mungkin sebelum ditembak secara rambang ! Positif sangat ! Grrrrrr ! Hahahaa.. gurau jer..
Tapi ada satu part yang aku suka.. dan nak blogger blogger lain dalam KBBA9 contohi.. pantas mengambil tindakan ! Dan senantiasa memperbaiki mutu penulisannya apabila ada kekurangan..
Aku berharap.. dia kekal dalam sebagai blogger sampai tua ! Heee.. Jom baca pengakuan ikhlasnya !
 
__________________________________________
Siapa Shiqeen Sattar?
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia blog Ben Ashaari. Nama ai Shiqeen Sattar... nak mudah boleh panggil SS jer hehehe. Nama SS ni pun Ben yang bagi. So SS ni kira anak didik Ben la kan? Hehehe!
 
Header Blog Shiqeen Sattar

Shiqeen Sattar Blogger berusia 7 bulan

Jangan terkejut SS nak habaq mai nih.. SS baru jer nak masuk 7 bulan berblogging. Gara-gara masuk KBBA9 haruslah ada blog. Jutaan terima kasih kepada Ben yang tak jemu-jemu beri tunjuk ajar cara untuk berblogging tak kira masa.
SS ni kalau nak ilmu memang muka SS tak malu sikit. Suka bertanya direct dengan orang tu. Mujurlah Ben jenis suka berkongsi ilmu. Terima kasih Ben... from zero to hero. Orang lain maybe anggap SS ni blogger baru. Tapi SS dah cukup bangga SS dah sampai tahap ini.. Semuanya hasil tunjuk ajar oleh Ben dan ahli KBBA9 lain.
 
Shiqeen Sattar Tumpang Glamer Ben Ashaari ?
Syukur Alhamdullillah SS diberi peluang pulak untuk menumpang glamer dalam blog terkenal Ben Ashaari hehehe! Mahal nilainya.. hanya Allah mampu membalas budi baik Ben. Ok dah cukup! Nanti kata SS kipas Ben lak kan? SS pasang ekon la kat Ben.
Pada mulanya dalam blog... SS lebih suka berkongsi tentang motivasi diri agar kita ni lebih menghargai diri dan lebih positif dalam apa jua keadaan. SS nak orang lain faham kenapa kita perlu positif dan bersangka baik. Tapi ianya bukan sesuatu yang mudah.
Shiqeen Sattar Lifestyle Blogger
Lama kelamaan SS dah banyak share tentang benda lain lak. Macam-macam lah. Selain motivasi SS share tentang movie, kecantikan, makanan, tips-tips yang menarik dan juga tentang pekerjaan SS di PDRM. Yang terbaru SS suka pulak share pasal travel dan tempat yang menarik.
So sekarang blog SS lebih kepada lifestyle. Tentang gaya hidup SS sendiri. So bertuah yang baca blog SS tu... sebab kebanyakkan tips atau ilmu yang SS share adalah daripada kelas-kelas berbayar yang SS hadiri. Ada juga SS dapat daripada bukan calang-calang orang... Lagi banyak SS kongsikan dengan pembaca lagi banyak ilmu baru SS dapat. Alhamdullillah.
 
Shiqeen Sattar Sahut Cabaran Update Blog Setiap Hari
Fuhh!!! Bila dah start berblogging ni jadi banyak sungguh benda nak story habaq hang. Kalau tak percaya boleh singgah ke blog SS. Mesti hari-hari SS akan update blog. Ini pun gara-gara Ben gak. Dia cakap nak jadi blogger yang berjaya kenalah update blog hari-hari.
Kalau nak berjaya kenalah ikut cara orang yang dah berjaya... betul tak? Sebab tu SS ikut je apa yang Ben suruh buat. Sampaikan SS tak cukup tidur gara-gara update blog. Kisah ni takde yang tau betapa seksanya mula-mula nak istiqomah huhuhu.
Mula-mula memang susah. Tapi bila dah buat lebih 40 hari benda ni dah jadi habit. Sampaikan tengah drive pun nak update blog. Cuma sekarang SS belum mampu nak maintain 2 entry sehari. So nak kena buat berterusan jugak selama 40 hari agaknya huhuhu...
Kalau korang ada idea atau apa-apa tajuk nak SS share bagi tau lah. SS ni suka sharing. Janji dapat membantu walau sedikit. Tak guna SS berblogging kalau tak dapat memberi manfaat kepada pembaca. Itu harapan SS sebagai blogger. Taknak la jadi blogger syok sendiri... Nak jadi blogger yang berilmu dan bermanfaat. Amiinn Ya Robb.
Shiqeen Sattar Temui Jalan Pintas Sebagai Blogger Melalui Platform KBBA9
image
Tapi SS beruntung sebab adanya KBBA. Ini adalah platform terbaik buat blogger yang masih baru terutamanya macam SS. Ye lah dalam KBBA ada lebih daripada 100 orang ahli. Masing-masing ada kelebihan sendiri. Jadi SS banyak belajar dari mereka semua. Teguran dan nasihat ahli-ahli KBBA9 banyak membantu SS untuk perbaiki mutu blog SS.
Dari ahli KBBA9 jugaklah SS belajar tentang SEO dan blog Wordpress. Mesti korang dapat teka siapa cikgunya hehehe... So korang ada tak yang nak join the club? Kelab Blogger Ben Ashaari la... hehehe pandai-pandailah korang bodek Ben yer! Tapi syaratnya kena positif! Itu antara syarat paling utama hahahaha....
Shiqeen Sattar Positif @ SSP
Ini gelaran yang diorang bagi kat SS. Mentang-mentang SS blogger baru kan... SSP diaorang panggil SS. Takpe lah itu bermakna diorang terkesan dengan kepositifan SS hahahaha. Korang pun yang sedang membaca ni cuba amalkan pemikiran yang positif. Tengok nanti apa jadi selepas 40 hari? SS tak minta korang percaya tapi cubalah buat... Insya Allah.
Okey korang yang nanti singgah di blog SS atau media sosial nanti cuba komen kata-kata positif. Kenapa? Sebab kata-kata positif akan beri kita energy yang positif. Sama jugak bila ucap kata-kata negatif... boleh menyebabkan badan dan minda kita lemah sebab energy yang negatif? Haaa banyak lagi sebenarnya... nak tahu nanti baca entry SS di blog yer! SS doakan kan semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya. Amiin Ya Robb.
img_20160719_103858.jpg
Terima kasih kepada yang sudi LIKE, FOLLOW dan baca blog SS nanti.
Dari tadi SS duk perati Hangpa duk tunggu apa lagi? Cepat-cepat pi like FB dan IG Pi kat blog tolong komen sekali

Tips lebatkan rambut bayi.

 

Ni mak aku yang buat.. aku pernah cerita kat blog dulu.. lepas Qhaliff cukur rambut , aku sapu dengan minyak ni jer. Aku tak pasti la samada kerana minyak ni atau memang baka lebat rambut sebab aku ngan wife memang lebat rambut ! Apa apa pun , leh je cuba ! Ada yang kata dia pon pernah guna dan berkesan.. hehehe..

Minyak buah keras namanya.

image

Apakah ramuannya ? Camana nak buat ? Sat aku cari balik entri tu.. hehehe..

“ Cara nak menyediakannya tak susah kata mak aku .. Masak santan sampai keluar minyaknya . Pastu asingkan minyak tu dan kemudian tumbuk buah keras hingga hancur ..Pastu campurkan kedua duanya .. Jumlah santan yang digunakan , banyak yer .. Kasi sejuk , baru letak skit kat kepala baby .. “

Tapi nak lagi senang.. beli je yang ready made.. hehehe..

Kecewa aku dengan mat-mat motor besar ni !

 

Kerana nila setitik.. tapi masalahnya jumlah yang buat ni bukanlah kecik.. ramai la gak ! Malangnya kerana mereka ni , abis semua mat mat bikers terpalit sama , dipandang negatif !

Apa yang aku nak cakap ni adalah mengenai sikap di atas jalan raya.. Bayangkan tadi , aku memandu mengikut kelajuan yang dibenarkan. Ada anak anak termasuk baby yang baru sebulan usianya. Tiba-tiba entah dari mana , berbijik bijik motor pintas kereta aku ..kiri dan kanan.. aku ikut laluan tengah.. Dan ada yang pancung terus depan aku tanpa bagi signal ! Tak ke kurang ajar namanya tu ??? Bayangkan kalau yang pandu tu perempuan yang baru dapat P ??? Dia terkejut lalu mengelak ke kiri dan kebetulan memang ada motor pulak celah dari belah kiri ! Haishhhh…

Sedih siot ! Aku ni antara peminat motor besar ! Bukan semua orang mampu ada motor ni walaupun mampu je beli ! Cam aku .. arwah bapak aku memang nasihatkan aku jangan beli motor ! Aku follow je la.. Anak bapak la katakan..

Dan mereka yang ada motor besar tu.. pandulah dengan berhemah ! Kalau nak laju laju , gi masuk dalam litar tu ! Takda sapa nak larang aihhhh.. Tapi kalau laju di atas lebuh raya , tu dah terang terang menyalahi undang undang negara ni !

Awak tunggang motor tu , seorang diri atau berdua.. Kami yang dalam kereta ni , ada lebih dari 2 orang. Mau kena paham la skit yer ? Kalau awak tak sayangkan nyawa , kami ni sayangkan lagi nyawa.. Nak kena cari banyak pahala woo…

Jangan samakan taraf anda seperti mat rempit.. Orang yang mampu beli motor besar ni , biasanya orang berkerjaya yang bagus bagus.. kan ? Maka , bertindaklah seperti orang bagus bagus..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI