Selasa, 11 Oktober 2016

Kenali Blogger #KBBA9 : AFIQ HALID

 
AFIQ HALIQ.. kalau aku ni awek cun cam Amira Othman , aku leh jatuh cinta kat mamat ni ! Dia kira Anuar Zain versi blogger la bagi aku. Tapi dia punya lemah lembut bukan gay yer ! Dia normal dan berbudi bahasa gitu.. Kalau teater melayu klasik perlukan pelakon , dia layak sangat !
Banyak idea mamat ni.. ada je menda yang bermain di kepala dia cuma terbatas nak laksanakan.. Hurm.. tak pe , inshaAllah akan terlaksana juga nanti ! Tunggu masa jer dan aku akan support selagi terdaya..
Jom baca pasal mamat hensem ni ..
_________________________________________________________
Fuhhhhh. Berpeluh juga apabila terbaca yang Ben Ashaari beri peluang untuk berada dalam blog beliau. Terketar nak tulis nama seperti mana buat pertama kali Fiqqq bagi nama untuk join Kelab Blogger Ben Ashaari. Ingat senang ke? Jadi, Fiqqq tidak boleh lepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali. Kan ... kan ... kan ???
Lebih biasa bahasakan diri sebagai Fiqqq sebab nama penuh pun Afiq. Memang sudah terbiasa. Lebih suka sebut nama penuh. Sebab nama yang baik adalah doa yang baik-baik. Betul tak? Hahaha. Tiada apa kelebihan yang Fiqqq ada memandangkan masih baru dalam penulisan blog. Tulisan pun masih banyak perlu Fiqqq perbaiki.
Kalau pernah singgah di www.afiqhalid.com, Fiqqq banyak kongsikan tempat makan yang sedap, murah dan seronok untuk lepak dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Ada juga Fiqqq borak berkenaan rutin harian, lokasi percutian dan sebagainya. Cuma, Fiqqq lebih kepada makanan. Mungkin sebab suka makan. Hahaha.
 
Fiqqq & KBBA9
Pernah ditanya sebelum masuk dalam KBBA, cita-cita sebagai seorang blogger. Hahaha. Mestilah Fiqqq ingin jadi penulis yang berpengaruh dalam memberi pendapat, ulasan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, belajar untuk perbaiki penulisan. Biar kelihatan santai tapi beri maksud yang 'power'. Huhuhu. Untuk capai ke tahap itu, Fiqqq perlu ada tahap daya pemikiran yang 'wow'. Betul tak? Bukan mudah untuk meyakinkan orang yang tidak kita kenal dengan penulisan.
Seronok berada dalam keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Banyak perkara yang Fiqqq belajar. Pelbagai aspek. Memang kena dengan tagline Bukan Sekadar Blogger. Ada kalanya rasa diri ini tidak layak untuk berdiri bersama mereka. Sebab Fiqqq tahu tahap keupayaan diri. Lebih kurang 'my strenght is I know my weaknesses. My weaknesses is I don't even know my strenght'. Gitu lah. Hahaha.
 
Tapikan ... Kalau Fiqqq tidak cuba. Mana tahukan? Biar perlahan tapi jangan berhenti. Permulaan memang akan makan masa. Buat itu dan buat ini. Belajar itu dan belajar ini. Sedangkan kita waktu kecilpun jatuh berkali-kali waktu belajar untuk berdiri. Kalau kita tetap duduk maka situ je lah tempatnya. Hahaha.
Paling risau kalau diberi peluang untuk pergi buat review. Serius. Risau mampu atau tidak untuk beri yang terbaik. Haaaaa. Apa-apa pun, andai diberi tugasan untuk membuat review, Fiqqq pergi sebagai blogger. Andai pergi jalan-jalan, Fiqqq pergi sebagai saudara. Andai ada yang memerlukan bantuan, Fiqqq cuba bantu sebagai ahli keluarga.
Fiqqq juga meletakkan satu benchmark untuk jadi seperti Ben Ashaari yang boleh menulisan dengan santai dan bersahaja tapi memberi impak yang besar. Ingin juga jadi seperti Bamhoq dalam Explorasa dalam mengulas setiap makanan yang mampu mengiurkan pembaca. Dapat mengambil gambar yang superb seperti Razzwey. Dan ... dan ... dan teringin juga untuk terbang jauh seperti Faizal Fredley dalam berkongsi pengalaman mengembara merentasi benua. Tinggikan cita-cita? Tapi tidak salahkan? Kita mula daripada sekarang mana tahu akan datang peluang itu datang. Huhuhu.
Terima kasih Abg Ben kerana beri peluang. Lepas ini, cuba rajinkan diri untuk update entry. Cuba jugalah untuk buat hari-hari. Hahahaha.

Buat apa kat Phuket ?

 

image

Poyo ? Orang lain pon gi pernah gi Phuket tapi tak la ‘bising’ cam.. kitorang kan ? Hehehehe.. Yer , memang.. ramai je orang pernah g Phuket.. tapi masalahnya apa yang kitorang buat kat sini , adalah berbeza sangat ! Kitorang datang sini ‘berehat sambil mengubah kehidupan’ kitorang ! Haaa…

Ini adalah trip travel antarabangsa #KembaraKBBA9 yang pertama. 4 blogger terlibat termasuk aku. Mereka ialah Sohoque , Shiqeen Sattar dan Ayue.

image

Sapa sangka kan ? Aku memang berazam lama dah nak dapatkan trip travel berkumpulan begini.. Dan akhirnya  tercapai ! Alhamdulillah. Dan menariknya , kitorang bukan sekadar travel tetapi mempelajari sesuatu yang lama dah aku nak buat ! Menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang betul. Hanya untuk mengekalkan kesihatan serta tubuh badan yang muda.. dan yang penting , tiada lagi tekanan !

Tapi bukan mudah woo.. Cabaran dia memang gempak laa ! Hahahaha.. Aku pernah buat dulu.. mampu tahan seminggu jer ! Tu pon curik curik makan nasi atau daging ayam ! Yang ni , sayur semata mata !

image

Kitorang di The LifeCo Phuket. Kalau rasa nak punya badan yang sihat , sila ikuti perkembangan seterusnya aku dan rakan rakan blogger di Facebook , Instagram dan blog !

Badan ringan n sedap jer makan sayur. Sendawa pon wangi ! Hahahaha..

Travel kit dari Cosmoderm , memang berguna sangat !

 

Jap lagi nak gi Phuket. Cuaca kat sana , tak menentu seperti di Malaysia ketika ni.. rasa aku. Di usia begini , penjagaan kulit amatlah penting buat aku. Setiap inci kulit perlu dibelai sebelum kita kehilangannya !! Kang dah buruk , baru sibuk nak jaga.. haa !

Aku kena dah banyak kali. Travel tak bawak set penjagaan kulit seperti pencuci muka , pelembab siku , tumit.. pastu takda  pelindung dari cahaya matahari ! Aduh… abis terbakar kulit muka aku !

image 

Pastu bila banyak berjalan.. kaki lenguh ! Bahu pon lenguh sebab dok pikul beg yang berat ! Kalau muda lagi , mungkin ok laa.. kalau dah berusia ? Cam… awak  ! Haaa.. Aku yang gi gym ni pon leh terasa sengal woooo.. Nasib baik ada Deep Heat Lotion. Memang bagus losyen ni.. Aku tidur malam , satu kat leher.. kalau seharian stress , inshaAllah akan longgar balik urat urat leher. Bangun tidur , inshaAllah rasa sedap sangat !

Nak gak ? Gi beli kat www.cosmoderm.com.my. Pilih je mana mana produk yang korang nak. Memang aku amat syorkan laa.. Kena pulak produk ni memang dah dipercayai ramai. Bukan baru buat semalam.. Berbalas tahun dah wooo !

image

Sebarang pertanyaan , jangan tanya aku.. hehehe.. Sila telefon Careline di 1700 815 495 ( Call on Mon - Fri : 10am – 5pm ).

Nanti aku cerita lagi kebagusan Deep Heat Lotion tu ! Bagus woo !

Merajuk dah dia ngan daddy !

 

image

Video diambil ketika wife dan mak mertua ke klinik untuk cucuk Aariz. Sebulan punya cucuk… huhuhuh..

Aku bawak diorang lepak kat Mcdonalds Kok Lanas selepas basuh kereta. Kat klinik kerajaan , ramai sangat orang. Ambik hampir 3 jam gak la nak sampai turn. Dan aku lak dok tengok jam jer. Nak kena gi airport lepas solat Zuhur. Huhuhu..

Budak budak ni tak tau yang diorang bakal ditinggalkan selama beberapa hari. Sedih aku sebenarnya tapi apa nak buat.. Dah kerja ! hurmm..

image

Dalam kapal terbang , terasa rindu dah kat diorang. Kalau ikut hati aku , nak je aku kensel gi ! Huhuhu.. Tak sampai hati nak tinggalkan diorang. Kecik lagi gitu.. Zahra lak , dok mesra pelik je ngan aku. Seolah nak berebut kasih sayang ngan Aariz ! Hahahaha.

Sampai rumah mak aku.. aku call wife.. video call. Wife bagitau yang dia panggil Zahra untuk bercakap dengan aku.. tau apa dia jawab ?

“ Taaaaknakkkkk.. “.

Huhuh.. daddy cedeyyy.. huwaaa !!! Bawa diri ke Phuket esok. Gitulah perasaan seorang ayah. Nak tinggalkan anak anaknya kerana kerja , berat sungguh hati. Anak anak lak , tak sabar nak tinggalkan si ayah dan keluar bergumbira dengan kawan kawan.. Huhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI