Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 12 Oktober 2016

Kenali Blogger #KBBA9 : AYUE

 
Hurmm… jangan pelik tengok artikal ni ! Bukan aku karang yer . Ni blogger tu yang karang sendiri. Blogger ni tua dah tapi terperangkap dalam badan budak kecik ! Jadi gini laaa ..
AYUE.. aku tak beberapa ingat sangat pasal dia ni cuma satu kenangan je membuatkan aku teringat akan dia !
PAINTBALL !

Sebagai blogger dalam #KBBA9 , pada awalnya aku nampak dia masih tercari rentak namun dia dapat menyesuaikan diri dah mula join event event bersama #KBBA9. Dan semakin ranggi ! Haaaa.. Blogger kepala giler giler ni memang patut bawak gi trip. Takda malu nak buat vlog ke.. buat video ke.. Kiranya tak de la nak control cun ! Bukan apa .. blogger perempuan ni nak bersaing dengan blogger lain yang pertaruhkan muka ketika ni , memang payah aa.. Hanya kelebihan yang ada seperti kesantaian mereka serta keramahan saja mampu memikat untuk mendapatkan job job yang ada..

Ok , jom baca kisah dia..
_________________________________________________________
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
First of all, nak ucap terima kasih kepada Abg Ben Ashaari sebab bukak segmen ni…
Okay sebelum masuk bab blog, nak intro sikit pasal diri sendiri la..
Aku??? Nama aku Ayue tapi nak glamour sikit jadilah AyueJean atau lagi senang AJ…. Hahahhaahah…
AJ berumur 30 tahun.. Tapi apa ada hal… Age is just a number.. =D
Seorang yang suka bercakap dan sukakan aktiviti luar/lasak…
Masih belum berkahwin.. (Insyaallah soon..)

Pemilik blog www.ayuejean.com yang mula bertapak dalam bidang blogging pada tahun 2010…
Tagline “Celoteh Dari Mulut Comel, Turun Ke Papan Kekunci” tu AJ rasa korang tau dari mana dan pasal apa kalau pernah jumpa AJ in person! Hahahahahaha….
 
image

Actually, tak tau pun dari mana hujung pangkal berblog ni… Tengok orang lain ada blog, AJ pun sama nak berblog….. Seawal setahun pertama tu memang tak tau mana arah tuju blog ni….
Entri pun update tak update masa tu… Yelah AJ ni bukanlah jiwa penulis sangat kot…
Lepas tu dekat hujung tahun 2011 tu barulah AJ agak aktif dalam dunia blog dan mula keluar dari kepompong maya, jumpa rakan-rakan blogger di alam nyata pulak… Or senang cerita mula pegi event laaaa…. =D
Tapi waktu ni masih lagi turun naik blognya….
 
Ben Ashaari dan KBBA???

Jujurnya masa awal-awal berblog ni, AJ tak kenal siapa itu Ben Ashaari…. Maaf Beben! =D
AJ sendiri tak ingat bila start kenal Ben Ashaari… Errrr.. Kalau tak salah kan, melalui segmen yang dia selalu buat dulu…..
Dari situ AJ mula kenal rakan-rakan blogger lain, tau sikit-sikit selok belok blogging…
Penghujung tahun 2012 atau awal tahun 2013 kalau tak salah AJ mula join KBBA…..
Terima kasih sudi terima AJ sebagai salah sorang ahli komuniti ni.. Bukan senang kan?
Melalui komuniti KBBA, AJ banyak belajar mengenai blogging….
Alhamdulillah melalui komuniti ni AJ dapat lebih ramai kawan yang tak lokek nak share ilmu baru blogging….
Dari zero, AJ dapat gain knowledge sikit demi sikit….

Ben Ashaari sendiri pun  banyak main peranan….
Dialah yang selalu bebel-bebel suruh rajinkan diri update blog….
Lepas tu tegur anak-anak buah mana yang tak betul, tak okay…..
Terima kasih ye Beben….
image
Okaylah… Rasanya ini je la kot yang boleh AJ tulis…
Rasa putus ayat pulak nak type panjang lagi..
By the way, thanks sudi luanglan masa membaca…
 
 
So dah terlanjur korang membaca ni, jangan lupa follow :
 
Nampak siap promo… Hahahahhaa…

P/s : Segala komen Abg Ben Ashaari pasal AJ dan  blog, AJ terima secara terbuka….
No sentap-sentap… Hahahahhahaha…

Bye!

Minyak Herba Asmak bagi melegakan kesakitan..

 

Tercari cari minyak yang bagus untuk kegunaan harian mahupun ketika mengalami kesakitan sepert asma ,sakit kepala dan sebagainya ?

image

Memperkenalkan, MINYAK HERBA ASMAK.  Dahulunya dikenali sebagai Minyak Herba Asma Mujarab. Fenomena terkini bagi merawat asma, batuk, kahak & selsema. Yang best sangat tentang minyak ni, sebab ianya hanya perlu sapu di luar sahaja.

Diperbuat daripada minyak zaitun, minyak kelapa dara, habbatus sauda dan nama diperbaharui dengan teknologi nano. Dijamin selamat dan suci.

  • Kandungan bahan SEMULAJADI dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh HALAL, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Good Manufacturing Practices (GMP).
  • Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur termasuk BAYI dan Kanak-kanak.
  • Kesan selepas sapuan: Muntah KAHAK/LENDIR keluar melalui najis.
  • Produk PREMIUM yang diyakini dengan RIBUAN TESTIMONI.

image

Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke MINYAK HERBA ASMAK.

Best rupanya berdetox ni !

 

Semalam , rasa terseksa sebab tak dapat nasi ! Nak ayam.. nak ikan.. nak protein dan apa juga la yang boleh mengenyangkan ! Takkan  kenyang minum air gini serta makan salad je ! Arghhh..

image

Pastu makan malam , gi gym jap pastu berenang ! Confirm lapar pastu kan ? Ok.. balik bilik.. update blog.. pastu terlena.. Lapar ? Hurm.. tipu la tak kan ? Tapi yang pastinya , aku tidur nyenyak.. dan bangun awal ! Tak perlu alarm dah untuk bangun subuh ! Sebelum subuh aku jaga dah ! Huhuhu..

Dan ni paling best ! Aku bangun , takda dah menguap dan sebagainya.. Segar ! Tak sabar nak mulakan hari baru dan nak rasa ‘sarapan pagi ‘ dan ‘ makan tengahari ! Aku nak tau apa menu kitorang..

Hahahaha..

Terkejut bila tengok ! Hahahaha..

Yang bawah ni , sarapan pagi..

image

Dan yang bawah ni , makan tengahari !

image

Waahhh.. dah tak rasa nak makan megi , KFC , burger.. apa saja makanan yang tidak menyihatkan ! Sebab apa ? Sebab badan rasa ringan.. perut tak padat tapi kenyang ! Tau camana rasa bila gitu ?? Rasa nyaman sungguh !

Tak caya ? Cuba la try.. buat la 2-3 hari.. Google je minuman detox ni.. Cam yang ni ada ginger , timun , seleri dan lemon ! Fuh… best siut !

PLAY-DOH , bermain sambil belajar !

 

“ Tiada lagi gadget selepas ni ! “.

Hurmm.. tak leh gak kan ? Gajet adalah sebahagian dari kehidupan setiap manusia diatas muka bumi ni. Nak tak nak , kita terima hakikat tetapi buat anak anak kita , gajet ni hanyalah sampingan saja ! Mereka masih perlu belajar dan bermain menggunakan pelbagai jenis alatan yang ada tak kira la moden atau pun tradisional !

Antara permainan sambil belajar yang sesuai ialah PLAY-DOH. Pastinya ramai antara kita pernah bermain dengan tanah liat , kan ? Seawal sekolah rendah dulu atau pun sebelum masuk sekolah lagi.. mesti ada kenangan bersama dengan tanah liat… kan kan ?

PLAY-DOH , anak anak kita yang selalu layan Youtube mesti kenal punya ! Kalau Qhaliff dan Zahra nampak di kedai permainan , mesti nak punyalah ! Dan aku dapatkan satu untuk mereka. Awal pagi lagi dah bersedia untuk bermain !

image

image

Bila aku bagi je kebenaran , terus meluncur bukak kotak dan meleraikan apa jua yang ada di dalam tu.. Huhhuuh.. Dah seharian menanti dengan penuh sabar nak bermain PLAY-DOH.

PLAY-DOH memang bagus untuk anak anak kita. Yang terkini PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE , mengajar anak anak kita mengunakan skill jari jemarinya bagi membentuk apa jua yang mereka ingini tetapi punya mesej pendidikan di dalamnya.

PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE yang Qhaliff dan Zahra main ni sangat berkesan..  mereka belajar mencipta abjad serta membuat raut wajah dengan menggunakan PLAY-DOH. Secara automtik mereka akan perlu berfikir secara lebih kreatif bagaimana nak membuatnya.

Dan ibu atau bapanya perlu bermain bersama dan secara tidak langsung akan punya satu perhubungan komunikasi antara anak dan ibu bapanya. Kan bagus tu ?

image

image

image

image

Menarik , kan ? Perlu kreatif dan sabar bila bermain PLAY-DOH ni. Hasilnya pasti menakjubkan ..

Jika mereka bermain di atas lantai , apakah akan kotor lantai tersebut ?? Tidak sama sekali.. Hehehe.. Tu yang bagusnya , PLAY-DOH. Berkualiti , selamat dan kebersihan diutamakan !

image

image

image

image

image

Amacam ? Nak jugak ke satu set percuma ?  Ok ok, aku bagi satu nak ? Hehehe.. Pihak PLAY-DOH dengan baiknya nak bagi satu kepada pembaca blog ni .. Tapi dengan syarat..

Er. apakah syarat-syaratnya ???

image

Kongsikan artikal ni , dan kemudian komen di ruang komen entri ni.. KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE ni. Buat pengetahuan korang , harganya ialah RM139.90 Amacam ? Berbaloi tak ?  Jangan lupa.. sertakan email untuk aku hubungi pengomen bertuah !

Tarikh berakhir penyertaan ialah  12/10/2016 !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI