Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 13 Oktober 2016

Mari berdetox 2 kali setahun !

 

Jangan salah paham yer.. Detox ni untuk bersihkan tubuh badan kita dari segala anasir anasir jahat. Bayangkan setiap hari kita makan macam macam makanan yang berasid. Camana kita nak clearkan semua tu ? Pastu dengan ubat ubatan yang korang pun tau apa kesannya pada buah pinggang dan juga hati yang bergerak tanpa henti..  Fuh .. menakutkan !

Maaf la , mungkin penerangan aku tak sebagus pakar tapi apa yang aku dapat 4 hari di The LifeCo Phuket ni , amatlah membantu aku meneruskan kehidupan aku serta keluarga aku akan datang !

Mulakan dengan memilih makanan yang sihat selepas ini ! Aku yang selama ni macam tak kisah la apa anak nak makan asalkan diorang makan , kena tukar dah cara tu ! Tak boleh biarkan mereka begitu. Kesian mereka !!

4 hari kat sini , aku dapat banyak perubahan pada diri aku ! Makan tak banyak tapi kenyang je rasa.. Apa yang aku rasa nak makan sebenarnya cumalah satu keinginan walhal .. bukan nak makan sangat pon !

Balik Malaysia nanti , aku akan makan seperti biasa tetapi akan lebih memilih.. Tiada lagi makanan segera ! Tiada lagi makanan bergaram dan makan ala kadar ! Yang penting , setiap hari mesti ada SALAD !

image

Berdetox 2 kali setahun.. kalau dapat sebulan sekali lagi bagus. Payah sangat nak buat , gi je The LifeCo Phuket ! Confirm balik nanti , akan bawa pembaharuan !

Wajib bawa ke mana saja DEEP HEAT LOTION !

 

Tak kira lasak atau tidak orangnya , badan kita pasti akan rasa sengal atau lenguh berpunca dari aktiviti harian yang padat , kan ? Kalau asyik nak g berurut atau massage , teruk la gak ! Duit semua tu !

Dah tu camana ???

Bawa ke mana saja travel kit Cosmoderm ni. Dari atas sampai ke bawah tumit kaki terjaga.. kan ? Haaa… Buat cam aku ni ! Senang wooo.. Tak perlu risau dah pasal muka , siku , tapak kaki serta lenguh.

image

Tapi tumpuan aku kali ni ialah DEEP HEAT LOTION ! Baru baru ni mak aku ada mengadu sakit leher. Aku kata dia mungkin darah tinggi tapi katanya , bukan. Aku kasi la minyak angin dan urut leher dia tu tapi tak hilang sakitnya. Cuma sekejap je lega..

Aku tak teringat langsung DEEP HEAT LOTION ni sehinggalah satu hari tu adik aku memesan dari aku. Alang alang nak order kat Cosmoderm melalui online , dia nak selit dua tiga jenis produk. Aku ok jer laa..

Bila dah teringat , aku pun sapu kat leher mak aku bila aku g lawat arwah ayah di rumah. Aku sapu dan urut leher mak aku.. Dan aku suruh dia sapu setiap kali nak tidur malam..

image

Dan aku terlupa terus pasal ni.. Satu hari tu , aku tanya mak aku.. camana dengan leher dia ? Kalau sakit , nak bawak gi klinik check.. Tak elok biarkan gitu jer. Jawab dia .. dah ok dah ! Tak sakit dah ! Aku perasan gakk.. dia tak pegang dah atau tampal koyok kat leher dia tu !

Aku yang selama ni cuma sapu kat lengan serta betis  terus terasa nak letak kat leher sebab aku pun ada masalah tekanan kat leher ni ! Stress memanjang ! Hasilnya ? Bila aku bangun tidur , aku tak rasa sakit dah kat leher ni.. rasa sedap sungguh ! Terus rasa segar nak g gym.. hahahaa..

Sama gak bila aku bawak ke Phuket ni.. aktiviti aku tidak aku hadkan. Tetap bersenam , berjalan , berbasikal dan sebagainya.. Lenguh , sapu jer DEEP HEAT LOTION dari Cosmoderm ni. Dan sebelum tidur ,sapu di tengkuk.. Lena terus !

image

Berbaloi la bagi aku kalau korang beri pada ayah atau ibu korang. Tak dapat urut dorang hari hari pun , sekurangnya diorang leh sekadar sapu sendiri jer.. dan terasa seperti diurut gitu ! Huhuhuh.. Try la kalau tak percaya..

Dan untuk atlit atau kaki sukan , memang disyorkan sangat pakai sebelum bersukan.. cam aku , masa gi gym.. sebelum mengangkut besi tu , aku pakai dulu… kasi segar ! Baru ada feel !

Harga ?

 

image

DEEP HEAT LOTION

Kombinasi minyak tradisional untuk pemulihan dalam bentuk losyen :

  • Rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot-otot yang lenguh
  • Losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan - tidak berminyak atau melekit.
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat

CARA PENGGUNAAN:
Ratakan di bahagian badan yang sakit dan urut mengikut kesesuaian. Sebaik-baiknya digunakan selepas mandi atau sebelum tidor. Tidak perlu dibilas dengan air. Elakkan terkena mata.

Selain dari DEEP HEAT LOTION , ada banyak lagi produk produk yang bagus dari Cosmoderm ! Dapatkan dan gunakan dengan sebaiknya.

image

Sebarang pertanyaan , sila hubungi :

Tel :  +603 5879 6150 / +6016 210 4287 ( Call on Mon - Fri : 10am - 5pm )

web : www.cosmoderm.com.my

Facebook : Cosmoderm

Instagram ; Cosmoderm

Puas ke minum ‘air hijau’ ni ?

 

Dipanggil GREEN JUICE kat The LifeCo Phuket ni. Untuk pengetahuan korang , The LifeCo Phuket ni cuma cawangan di Asia jer. Yang terbesar terletak di Turki sana tu..

Makanya , kitorang kat sini bukanlah untuk main main sebaliknya memenuhi jemputan syarikat antarabangsa ni.. Jadi , tak leh main main kat sini.. huhu..

image

image

Kitorang sahut cabaran dengan berdetox ni tanpa melakukan penipuan sama sekali ! Tiada makanan  lain dalam beg atau dalam bilik. Apa yang mereka bagi , itu yang kami makan dan minum.

Tapi , puas ke ? Kenyang ke ? Masa sampai kat sini ari tu , memang itu yang kitorang rasa.. Kenyang ke ??? Aku siap nak merangkak keluar dari resort ni dan g kedai runcit yang betul betul ada depan resort ni. Dapat mee segera pon jadi laa !

Ketika ni terasa la nak garam… gula.. protein dan sebagainya ! Tapi selepas sehari berlalu , perasaan nak makan semua tu , dah berkurangan sebaliknya kitorang rasa sesuatu yang lebih menarik yakni , kesegaran !

Bayangkan , dengan apa yang kitorang minum setiap 6 jam sekali , kitorang mampu melakukan aktiviti seperti berjalan di pantai awal pagi , berenang , bersenam , berjalan jalan malah siap berbasikal lagi..

image

image

image

Makan malam , takkan minum air ni jer ? Jawapannya , yer ! Jam 6 petang sekali dan 9 malam sekali. Pastu tidur !

image

image

Air apa ni ? Nak resepi ? Apa nama program ni ? Nak join ? Nanti aku cerita lagi di entri yang lebih lengkap.. Heeee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI