Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 17 Oktober 2016

Pentingnya ANMUM ESSENTIAL pada anak kita !


#WhatsInTheMilk
Aku pelik.. setiap kali wife gi AEON Alamanda , di bahagian susulah paling cepat dia buat keputusan ! Terus amik tanpa banyak bicara ! Aku pernah tanya kenapa dan mengapa begitu cepat dia buat keputsan berbanding bila beli benda lain seperti diapers atau makanan dalam tin..
Aku tak ingat jawapannya sehingalah aku menyaksikan video Curious Kid ni.. Dan terjawablah segala pertanyaan aku yang selama ini menjadi misteri. Bukanlah aku tak amik tau tapi aku sangkakan , ‘mereka’ benar benar prihatin tetapi sebagai parents , jangan mudah tertipu dengan apa yang terpampang di kotak produk atau di dalam iklan tersebut !
Adalah penting kita sebagai ibubapa atau penjaga mengetahui isi kandungan yang ada di dalam susu anak anak kita. Segalanya tertulis di bahagian kotak susu tersebut.
Ok.. perhatikan di bahagian Ingredients / Ramuan.
image
Berdasarkan maklumat dari laman web Anmum di bahagian Spotting Added Sugars tu , ada beberapa cara nak kenalpasti susu tersebut mengandungi gula tambahan.  Ahaaa.. Sila pergi ke laman web tersebut dan dapatkan maklumat yang aku ceritakan ni ! Amatlah rugi jika tak amik tahu.. hehehehe..
image
Nah, ini kit untuk mencari gula tambahan, siap dengan magnifying glass! Untuk aku je.
image
Kenapa ? Jawapannya ialah.. TIADA GULA TAMBAHAN ! Jom tonton video ni terlebih dahulu.. kemudian , korang akan paham apa yang aku maksudkan.. 
Dah tonton kan ? haaa.. Ok.. Dah tau kan betapa gula mampu memberi kesan negatif pada anak anak kita jika tidak dipantau tahap penggunaan gula pada anggota badan mereka.. kan ?
#WhatsInTheMilk

Pelajari program Detox sebenar di The LifeCo Phuket.

 

Pengalaman

Aku bersenam dari usia 22 tahun. Dan pada masa sama , aku cuba ‘berdiet’ untuk membuang lemak lemak yang ada dalam tubuh badan aku ni. Ketika tu , kalau tak silap aku.. aku dah mula boroi ! Seluar ketika tu dah cecah size 34 ! Adeh.. ni semua gara gara makan makan makan ! Gaya hidup yang tidak sihat sama sekali !

Baca buku.. tanya orang.. dan amalkan senaman setiap masa ! Namun masih gagal untuk membakar lemak lemak terutama di pinggang dan perut ! Arghhhh.. stress betul ! Bersenam betul dah tapi yang salah ialah cara pengambilan makanan ! Yang ni kena betulkan.. Dan bukan mudah nak betulkan sebab dalam otak dah set..

Hari hari wajib makan nasi dan ayam ! “.

Peluang untuk membetulkan cara hidup pemakanan aku serta menghilangkan tekanan hidup yang membelenggu aku selama ini , muncul depan mata !

The LifeCo Phuket

The LifeCO PHUKET telah memperbetulkan diri aku ! Segalanya bermula pada minggu lepas ( 11/10/2016 ) , aku bersama rakan-rakan blogger ke Phuket untuk ke The LifeCo cawangan Phuket. Untuk pengetahuan , The LifeCo ni ada di Turki dan Phuket adalah cawangan mereka yang pertama.

Untuk apa ? Untuk mengalami pengalaman yang tak pernah langsung aku impikan tapi aku nak sangat laluinya ! Berdetox dengan cara yang betul serta membersihkan organ-organ yang lama sangat bekerja tanpa berehat dengan betul , antaranya usus serta hati ! Hati kalau tak bersih , maka penyakit akan mudah berjangkit.. Dan itulah yang aku sebelum ni ..

Bayangkan aku yang mudah stress dan asyik urut dahi dan selepas menjalani proses detox yang betul , aku dah tak mudah stress dan rasa segar sangat !

Dan The LifeCo Phuket telah mengubah gaya hidup aku !

DETOX untuk kurus ?

image

Kena faham yer.. Bukan tak boleh makan makanan cam di atas ni tapi kena amik tau cara pengambilan makanan seimbang dan bila perlu kena detoxkan badan kita. Ramai cakap diet tapi bila makan , dijadikan loji pembuangan sampah perutnya itu.

Detox ? Apa tu ?? Detox berasal dari perkataan Detoxification atau Menyahkan Toksin tertentu dalam badan kita. Toksin mampu merosakkan tisu atau tubuh badan kita.

Sila baca dan pahamkan..

image

Hari Pertama di The LifeCo Phuket

Secara jujurnya , seronok dapat gi Phuket ni. Tak jauh beza dengan negara kita tapi macam ada ‘something’ jer kat sini. Aku tak fokus nak cari makanan sedap sedap sebab dah tahu hala tuju ke sini..

Dijemput oleh staff The Life Co Phuket sejurus kami mendarat di Phuket ni. Takda masalah part ni sebab memang mereka dah tunggu awal lagi. Segalanya dalam perancangan.

Dari airport ke The LifeCo Phuket ni , tak jauh pon. Dekat jer cuma kalau nak jalan kaki sambil usung beg tu , memang idok le kan… Cari pasal namanya tu ..

Masuk je resort The Lifeco Phuket ni , terasa satu kedamaian. Memang menenangkan kat sini. Bukan tepi pantai tapi suasananya memang cukup merilekskan. Aman jer rasa. Dengan kicauan burung.. kehijauan dan takda langsung la bunyi lagu lagu yang membingitkan !

Kami diperkenalkan dengan staff yang bertugas. Mereka peramah sekali. Dan kemudian diterangkan tujuan kitorang ke situ sebelum di bawa mengelilingi kawasan setempat.

image

Kemudian kami diberi air detox pertama kami. Tak sabar nak minum. Nampak macam jus oren tapi bila masuk ke dalam tekak , memasing jegilkan mata ! Hahahahaa..

Air apa ni ??  Nanti aku cerita dalam entri yang lain , eh !

image

Bau pelik tapi edap ! Cuma terfikir.. cukup je ke air ni ? Huhuhuh.. Tak pe.. kang malam ada makan malam .. Moga ada ayam atau ikan.. hehehe..

Kemudian semua masuk bilik. View memang cantik la.. Tak dinafikan memang cukup best kat sini. Sesiapa yang stress , memang sesuai di sini.. Tapi tak semestinya stress yer. Kat sini ada juga pesakit kanser ! Mereka yang disyorkan ke sini biasanya ada penyakit yang kronik dan memerlukan rawatan cara alternatif.

image

image

Letak beg.. mandi.. solat. Pastu turun bawah. Nak ronda ronda dulu kawasan setempat dengan basikal. Dan plannya , nak gi pantai dengan basikal jer. Kononnya nak adventure la.. hahahaha.. Tapi dibatalkan selepas 10 minit mengayuh basikal.

Best.. memang aku rasa rileks dah. Lupa terus masalah masalah yang membelenggu aku selama ni.. buat sementara !

image

Balik dari berbasikal.. jam dah nak menunjukkan 7 petang. Makan malam ! Yesss.. Tak sabar dah ! Penat dan lapar !

Menanti di ruang makan yang cukup cantik dan cool tu , masing masing mengambil gambar persekitaran.. Dan makanan pon tiba..

image

Ini jer ??? Camana aku nak gi gym dan berenang kalau ini je makanan aku untuk malam ni ??? Mampukah aku hidup untuk  3 hari lagi kalau ini je makanan aku ?? Adehhh..

image

Makan.. dan masuk bilik.. Solat pastu… tidur ! Secara jujur aku cakap.. tidur aku tak lena sebab tak cukup makan ! Tapi alhamdulillah , aku dapat bangun tidur sebelum subuh menjelang.. Dan menariknya , aku tak rasa penat atau tak cukup tidur walaupun aku tak lena sangat !

Pelik ? Mulut pun tak berbau sangat sebelum gosok gigi ! Kenapa ? Sebab makanan ! Haaaa.. nanti aku cerita pasal ni eh. Syok wooo.. rugi la sapa yang tak reti amik kesempatan ke tempat gini terutamanya mereka yang ada stress !

Yang pastinya.. aku tidur tak dengkur kuat sangat ! Dan aku rasa kerana faktor persekitaran dan juga makanan yang aku makan malam tu … yakni salad !

Fuhhhh.. nanti sambung..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI