Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 18 Oktober 2016

Anak no 2 memang suka ‘mencabar’ eh ?

 

Lagi dilarang , lagi dia buat ! Itulah Zahra.. dan juga aku ! Masing masing anak no 2 ! Aku tak tau la tu sebab baka atau memang perangai anak no 2 ! Grr… kekadang boleh pening aku dibuatnya dek si Zahra. Agaknya macam tu gak kot mak dan arwah ayah aku rasa dulu.

Selain seperti ‘mencabar’ , anak no 2 ni memang takkan dengar cakap buat pertama kali. Diulangi sekali lagi dengan penuh kelembutan disertai dengan carpet merah , baru dia akan patuh arahan kita… Fuh , dasat gak eh anak no 2..

Seperkara lagi , anak no 2 ni jangan usik dia. Jika diusik , ahaaaa.. dia boleh jadi ‘monster’ tanpa diduga ! Eh ???? Huhuhu.. Nak kata panas baran tu tak la.. cuma dia jenis jangan diusik. Baik hati , lembut serta bertolak ansur tapi perlu tau caranya..

image

Cemburu ? Huhuh.. bila dia tercabar , dia akan jadi seorang yang amat cemburu.. kan anak no 2 , kannnn..

Cara mudah untuk kekal muda !

 

Hehehe.. Semalam aku gi gym. Tengok kawan kawan kat sana , memasing berperut. Huhuhuh.. Muda muda belaka ! Aku senyum. Tapi tak la perli atau kutuk bagai… Tak baik !

Sebagai kawan , aku kasi nasihat. Berpengalaman 4 hari di Phuket berdetox , aku cerita pada mereka bagaimana SAYURAN mampu membuang segala kotoran dalam badan ! Dan bila kotoran tiada , muka akan kelihatan segar dan ceria ! Awet muda la tu kan ?

Dan amalkan setiap hari , minum jus segar ! Jangan beli yang kat pasaraya tu.. Hehehe.. Sowiiii ! Bukan tak bagus tapi.. korang pon tau kenapa.. Tengok je la kandungan di label kotak tu.. Dah boleh tau dah..

Itu yang aku buat dulu tapi sekarang , aku nak ubah !

image

Aku nak cari juicer blender ni ! Wife kata ada dah tapi tak pernah lak nampak dia guna. Kalau takda , kena beli. Hari ni nak shopping sayur dan buah buahan. Nak buat stok seminggu. Aku rasa ni lagi jimat dari dok makan kat luar jer ! Huhhuhu..

Dan yang aku pasti la.. bila asyik minum jus sayur dan buah ni , kentut pon tak bau , ok !! Try la kalau tak cayaaa ..

Aku perlukan penapis air yang bagus !

 

Baru sampai dari Kelantan. Seminggu tinggalkan rumah. Buka paip air dan tadah air untuk basuh pakaian dan juga nak isi air dalam balang ikan milik Qhaliff , terkejut tengok warna air !

Aduh.. ni kalau nak mandi , confirm gatal ni ! Air minum , aku memang beli air mineral kat Alamanda seminggu sekali. Nampak gayanya , kena ada penapis air di rumah ni ..

Oh , aku memang ada tapi nak yang besar dan berkualiti lebih baik.

image 

Persoalannya , nak amik yang mana ? Ramai kawan di Instagram kasi cadangan. Ah , aku bingung dah..

“ BIO AURA bagus ! Sebab tak guna electric, so jimat dah kt situ, penapis nk ganti pun sgt murah, and guna technology nano utk penapisan yg complete! Bakteria pun die tapis “

“ ELKEN the most! Dah 17 thn akak guna...airnya sedap, servisnya mantap (diaorg x pernah miss call igtkan time servis dh sampai). Wpun jualan cash terasa mahal, tapi berbaloi..! Anak2 akak bejal ke.sekolah xleh air.minuman lain dh sejak.guna Elken dan buatkan diaorg jd suka minum air byk..”

“ Coway..ada air panas , air sejuk ( xpayah dah masukkan air dlm peti sejuk ) n air suhu bilik...:) “

Hurmm…. payah jugak gini ..

Kenapa Aariz Iman tak nak kat aku ?

 

Sejak balik dari Phuket , asal aku dukung Aariz , dia nangis.. Bukanlah nangis teriak bagai tu haaa tapi taknak kat aku. Baru seminggu je kot berpisah ??? Takkan dia  tak kenal ayahanda dia yang hensem ni ? Aduih… kasihan gue…

Suka curik curik pandang aku. Daddy tau daddy hensem.. tak payah nak curik curik pandang daddy bila daddy pandang tempat lain.. Hahahaha.. Tapi itulah yang dia buat..

image

Berkerut muka senantiasa.. Tu ikut mak dia punya muka ! Hahahaa.. Oh , patutlaah.. ni mesti ikut mak dia ni. Asal tengok aku jer , berkerut dahi ! Mesti banyak pikir pasal aku ni.. Hehehe..

Orang kata.. budak kecik ni dah kenal bau badan.Lama berpisah dengan aku. Nanti nanti , ok la tu.. mula mula jer dia jual mahal.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI