Khamis, 20 Oktober 2016

Jom ubah gaya hidup !

 

Dah beberap hari aku buat dan Alhamdulillah.. berjaya ! Bukannya aku tak makan nasi pon.. makan je cuma sekali sehari je la tu pun kalau ada lauk pauk yang sedap !

Dan selebihnya , aku amalkan apa yang aku dah mulakan di Phuket ! Serius , badan rasa selesa bila gini. Korang pon akan lebih menikmati makanan seperti tak pernah makan sebelum ni. Cam aku , 2 hari sekali baru ada makan nasi. Tu pun sikit jer.. Huhuh..

Wife lagi suka apa yang aku buat ni. Aku dah tak makan maggie atau makanan segera ! Kalau tak , risau dia tengok aku. Masuk bilik pun , nampak hidung dulu baru nampak perut berbanding sebelum ni nampak perut dulu , 10 minit kemudian baru nampak hidung ! Hahaha..

Kalau aku gi mana mana skang ni , nampak booth healthy drink atau healthy food , aku akan gi beli air atau makanan. Untuk elak aku lapar dan makan makanan yang tah hapa hapa tah.. asal kenyang ! Bahaya woo..

Di rumah , wife dah buatkan air serta makanan yang aku nak. Dia beri semangat dan dia pun join sama.. Hehehe.. Mana aci tengok suami je kurus dan sihat , kan ?

Makan tengahari , hari ni.. heee..

image

image

Salmon berserta salad. Memang sedap la.. Pasni wife nak belajar buat dressing. Aku , belasah jer. Yang penting , tak memudaratkan perut gue ! Heeee..

Try la.. badan rasa ringan jer..

Best ke CUCKOO Electric Water Purifier ?

 

Booking ari tu , hari ni datang pasang. Tak sampai sejam pemasangan.. settle ! Tapi tak leh guna sepenuhnya. Kena  tunggu 24 jam.. yang ‘sejuk’ tu jer. Yang lain , boleh dah guna !

image

image

5 tahun kontrak.. RM120 rasanya sebulan. Wife mandi lak.. nak tanya tak leh.. malas nak gi gegar toilet. Aku dalam pantang.. kang langgar pantang kang ! Haaaa.. Hahahaa.. gurau jer ! Lebih kurang rasanya.. dalam harga gitu jer. Selepas 5 tahun , kalau nak sambung under warranty pon boleh katanya. Entah betul atau tak penjelasan aku ni , aku pon tak pasti. Cer tanya agen berhampiran dengan rumah makcik korang..

Kenapa aku pilih Cuckoo ni ? Sebabnya.. wife yang pilih  ! Aku iku jer. Bagus kan ? Katanya Cuckoo ni baru dan canggih manggih ! Kiranya leh tukar jadi robot ala ala Transformer bila nyawanya terancam ! Cool kan ? Haaa..

Size yang sederhana besar juga mainkan peranan tapi yang paling penting , after sale service ! Haaa.. Ni aku nak tengok nanti ! Kalau ke laut , siap laaa dia !

Air dia ? Alkali + Mineral… pH dalam 7-9 gituu… Dia tipu aku , aku tipu korang .. hahahaha.. Gitu laaa..

Jaga kesihatan sungguh aku skang ni ! Heee..

Giler best SONY XPERIA XZ !

 

Aku tercari cari telefon baru. Aku dah ada Sony Xperia X tapi nak cuba sesuatu yang fresh.. nak cari kualiti gambar dia , lebih memuaskan hati !

Di Phuket baru-baru ni, aku berpeluang cuba Huawei P9+ dan Samsung Galaxy 7Edge. Plannya nak sambar salah satu ni jer. Iphone , lom ada dalam kamus hidup aku lagi. Terlalu mahal bagi aku dan agak tidak berbaloi untuk dibeli , bagi aku. Tak mampu agaknya aku nak beli.. ehehe.

Tiba-tiba aku teringat akan Sony Xperia yang mana baru je melancarkan keluaran terbarunya, Sony Xperia XZ. Terus aku search di Youtube.. cari reviewer yang buat berbandingan 3 jenis telefon pintar yang sedang hangat di pasaran ni..

Akhirnya aku memilih Sony Xperia XZ dan pilihan aku tepat sama sekali ! Kenapa aku kata gitu ? Yang pertama , rekabentuk dia. Kalau korang belum pernah pegang lagi Sony Xperia XZ ni , gi la try pegang dan akan paham maksud aku.

image image

Kualiti gambar.. depan dan belakang serta video , memang puashati la sangat bagi aku ! Tak sangka akhirnya Sony berjaya membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga ! Tiada isu panas sejak Sony Xperia X dikeluarkan.. hehehe

Kamera depan.. ( 13 MP, f/2.0, 22mm, 1/3" sensor size, 1080p, HDR )

image

Kamera belakang (23 MP, f/2.0, 24mm, phase detection dan laser autofocus, LED flash ).

image

Low light ? Lebih ok berbanding dulu. Jangan yang latest ni confirm lebih bagus yer ! Ada produk Sony Xperia , yang lama lebih ok dari yang baru ! Haa… telefon pintar lain pon ada gitu gak ! Maka sebab tu aku ‘puji’ Sony kali ni sebab Sony Xperia XZ sangat memuaskan.

Bateri… 2900 mAh ! Yang mana bagi aku , ok dah ! Bergantung pada cara penggunaan kita la. 

Specs yang lain , boleh tengok di GSM Arena. Harga , di bawah RM3K ! Aku tak sure kat tempat lain tapi kalau kat Sony Ioi Mall Putrajaya dalam RM2600.

Selepas pakai beberapa hari.. Xperia XZ ni memang lawa laa.. tu je aku leh kata ! Nak puji lebih lebih , bini cemburu lak.. Hahahha..

Laksa Johor , MMA Santai Corner di Bandar Baru Nilai !

 

“ Ben, datanglah rasa Laksa Johor saya. “ .

Wah… aku terima jemputan di Facebook. Aku waktu tu masih boroi dan tentu saja teruja bila dapat jemputan gitu lebih lebih lagi di tempat yang biasa aku pergi makan.. yakni MMA Santai Corner di Bandar Baru Nilai.

“ InshaAllah.. “. Jawab aku. Laksa Johor ni , memang feveret aku. Dulu aku tak pernah makan tapi selepas dah rasa di rumah Che Mat Gebu , Laksa Johor tersenarai dalam makanan kegemaran aku.

Hari ni , aku berpeluang nak ke MMA Santai Corner. Aku ada order kopi Vietnam dari Kak Laila Mee Udang yang baru pulang dari ‘kampung’ halaman dia , baru baru ni. 2 bungkus ! Memang sedap laa kopi tu.. kopi panggang katanya !

Ok.. sampai kat MMA Santai Corner tu , teringat akan jemputan dari En. Khairul Nizal. Terus aku tanya Kak Laila akan Laksa Johor yang dia makan ari tu dan dia post ke Facebook. Dia tunjuk la gerai tu. Aku tanya la , betul ke owner dia nama sekian sekian. Katanya betul laa..

Apa lagii.. terus aku order satu ! Aku bayar ok ! Bukan makan freee !

image

Dan tak lama kemudian , sampai laaa Laksa Johor aku. Abis laaa diet aku malam ni ! Tapi tak pe la.. Demi memenuhi jemputan.. Aku turutkan saja..

Aku tanya kak Laila..

“ Sedap ke ? “. Sebab aku tengok cak kering jerr.. Aku suka makan mee berkuah. Sedap , jawab kak Laila. Aku cite banyak tarak.. terus gaul dan.. masuk ke mulut.. satu suap !

image

Dan satu suap lagi.. lagi dan lagi.. hingga abis ! Aku pandang ke gerai Laksa Johor tu dan kemudian ke Kak Laila..

“ Hurm.. kak , perempuan dalam pantang.. boleh makan ke ? Sedap la pulak Laksa Johor ni !”. Tak sepadan dengan rupa dia ! Sedap sangat ni. Kalau tak kerana diet , saya order lagi 2 pinggan ! Hahahaha.. “.

RM8 sepinggan. Nanti leh pekena lagi bila gi sana ! Huhuhuh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI