Dapur Tanpa Sempadan...

Isnin, 24 Oktober 2016

Manis : Ambil gambar resit belian apa jua dan dapatkan point !

 

Bayangkan… segalanya di hujung jari korang. Mencari butik atau kedai yang membuat jualan murah.. restoran yang sedap masakanya tapi harga yang mampu bayar , membeli gadget yang ingin diidamkan dan akan dapat pulangan berbaloi selepas itu !

Cam best je kan ? Aku pun baru tauu.. Camana caranya ?

image

Jangan buang resit pembelian tu !!  Meh aku bagi tau camana nak manfaatkan resit tu.

image

Mula-mula download aplikasi MANIS di Google Play atau Apple Store. Aplikasi mobile ni ada fungsi Snap & Earn , Cash Vouchers , Spending Tracker dan macam macam lagi.

Dah download ? Ok.. sekarang sila gi membeli barangan apa yang korang nak.. Kemudian , snap gambar resit tu dan send ! Dan seterusnya korang akan dapat kumpul mata/point !

image

image

Pastu bila point atau mata dah banyak , boleh tebus voucher ! Fuhhh.. macam macam ada ! Tiket wayang , topup telefon , F&B voucher , shopping voucher dan macam macam lagi !

Dan Manis akan beri free voucher dan promosi ekslusif dari peniaga kegemaran korang. Ini tak perlukan kumpulan point ! Haa.. rezeki la kalau dapat. Macam tak percaya je kan ? Hehehehe..

image

Satu lagi kelebihan Manis ialah , Spending Trecker ! Korang boleh treck semua pembelian korang yang direkodkan di Manis ni dan dapat ganjaran melaluinya ! 2 dalam 1 gitu ! Kan berbaloi kan ?

Kalau nak tau dengan lebih lanjut atau kurang nak paham , koarang boleh tonton video di link ni..

Amacam ? Kena bayar ke aplikasi Manis ni ? Tak perlu aihh.. Percuma jer ! Korang leh download di link ini (https://goo.gl/ki3ABm ). Sebab tu sekarang ,membeli belah lebih seronok dengan adanya Manis. Ingat , bukan sekadar membeli belah.. apa saja yang ada resit !

Over sangat ke Dato Seri Vida ?

 

Masa Gegar Vaganza 1 dulu , serius aku tak beberapa berkenan dengan cara dia di GV1 tu.. diikuti dengan 2 , aku dah mula terima cara dia dan akhirnya aku paham , memang dia layak buat semua tu sebab dia bayar . Dengar cerita bukan sikit yer jumlahnya ! Bayangkan dengan ekonomi gini , dia mampu kuar duit untuk menaja rancangan yang bagi aku pada awalnya tak gempak mana pon tetapi entah camana , meletup ! Maklumlah , yang masuk dalam tu semua dah kurang kacak dan body solid molid ! Kann ! Kan kat Malaysia ni memilih rupa… hakikat !

Tapi segalanya berubah ! Rancangan Gegar Vaganza boleh dikategorikan rancangan sangat berjaya berbanding rancangan hiburan secara langsung yang lain dan rezeki Qu Puteh sebagai penaja. Malatop latop koooo !

Apa salahnya , Dato Seri Vida gunakan platform ni untuk promote produk dia sendiri.. kan kan ? Dia pon mesti nak dapatkan kembali modal tajaan dia tu. Takkan nak taja suka suka je kan..

image

Dikala banyak syarikat berkira kira nak menaja apa jua program atau acara di negara kita ni , DSV ni kira berani la kuar duit yang banyak untuk menaja program gini..

Cuma aku harap.. jangan program gini je dia sudi taja. Apa pun untuk DSV , anda terbaik ! Orang gini takkan pandang belakang dan kritikan orang lain.. sebab tu dia maju dan terus maju !

Kalau Astro banyak songeh , taja je tv lain.. senang citer !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI