Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 26 Oktober 2016

Anak kedua bukan degil tapi inginkan perhatian !

 

Aku degil ? Aku rasa tak.. Zahra degil ? Aku pun rasa tak.. Ada sesuatu di kepala anak ke dua ni .. Cuma tak dapat nak baca sebab anak kedua ni perahsia dalam diam.. Memang tak leh nak baca di raut wajah diorang.. er , aku pun !

Dalam diam , mereka jadi ‘pemberontak’. Bukan sengaja atau suka suka tetapi nakkan perhatian dari si ayah atau ibu.Suruh la buat apa pun , pada awalnya diorang ni wat tak dengar. 3-4 kali , baru bergerak tapi slow jer..kan ?

Diorang ni sebenarnya nak dicakap baik baik.. tu jer ! Bukan nak permainan atau dimanja manja. Anak kedua ni dah boleh berdikari pun. Mereka mampu cari ‘kasih sayang’ sendiri. Hahahaha..

Namun dalam diam , anak kedua ni sebenarnya amat penyayang dan sangat mengambil berat ! Cuma mereka suka memerhati dari jauh jer. Terasa hati kot dengan si anak pertama yang lebih dapat perhatian dari ibu bapa.. kan ?

image

Anak kedua ni , unik ! Mereka boleh survive dalam apa jua keadaan. Degil tu tak tapi cuma keras hati jer ! Cinta sejati je mampu leburkan hati mereka yang keras tu..

Eceh.. Hahahaha…

Bekerja keras sebelum bulan Disember !

 

Aku ada sebulan lebih lagi.. pastu aku punya masa lapang ini akan jadi terhad.. sangat terhad ! Kembali jadi suri rumah sepenuh masa dan tiada lagi kebebasan masa seperti sekarang..

Pagi.. Morning Walk

image

Gym.. kardio dan training biasa biasa je..

image

Petang.. Jogging dan malam.. gym lagi ! Lepak ? Takda kot.. heeee.. Tak sempat nak melepak bersama kawan kawan kecuali bila ada event..

image

Bulan 12 nanti.. wife masuk kerja.. aku tak leh dah nak buat semua ni.. kecuali belah malam jer ! Tu je masa yang ada untuk aku atau aku kena jadualkan semula dengan lebih teratur tapi padat !

Aku kena kekalkan badan gini.. atau.. hurmm..

Beralih bidang ?

 

Tak nak jadi blogger dah ? Boring dan penat ? Hurmmm.. Dah tu nak buat apa lak ? Huhuhuh..  Aku ditawar jadi model sejak sejak kurus ni ! Hahahaha.. Berbaloi jadi kurus ehhh.. Apakah aku akan terima ?

Hurmm..

image

image

Apakah aku akan berhenti dari jadi blogger ? Takda laa… Sungguh pun dulu aku bercita cita nak jadi model tapi rasanya blogger lebih sesuai dan sebati dengan aku yang jenis mulut takda insuran ni.

Dan projek bersama designer Amir Khadir ni , adalah lebih pada nak tolong kawan jer dan mencari pengalaman baru. Abis projek ni , aku gemuk balik la.. Hahahaa.. Rindu nasi kandar woii !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI