Dapur Tanpa Sempadan...

Ahad, 30 Oktober 2016

Puashati shopping barang luar negara di BestOnlineShoppe !

 

Lama dah teringin tapi tak terbuka hati lagi nak memilikinya sehinggalah aku belajar betapa pentingnya sayur dan buah pada tubuh badan kita setiap hari !

Bayangkan.. selepas aku dapat tau , aku amalkan.. Mulut tak berbau dah walaupun tak gosok gigi. Kentut takda bau dan buang air besar pon senang ! Tak payah buat muka Jason King dah !!! Haaaa..

Nak beli dalam negara , mahal ! Kebetulan kat luar negara sekarang terutama di UK tengah sale ! Ada kawan tawarkan juicer pada aku. Katanya tengah murah sekarang. Waduhhhh ! Mau tak seronoknya !

Dan tak lama kemudian, sampai ke rumah aku ! Weeeee…. Terbayang , saleri + brokoli + bayam + lemonade + cayenne + pisang + epal – gula = jus kesihatan ! Setiap hari.. pagi dan malam ! Fuhhh ! Awet muda koooo ..

image

image

RM490 jer ! Aku dah order baby seat untuk anak aku ! Sini mahal koot.. huhuu.. Order kat mana ? Heee..

Nin diaaa.. Lengkap ! Atau follow je instagram dia untuk melihat produk produk terbaru atau akan datang.. : BestOnlineShoppe

image

Akhirnya , Zahra menerima kehadiran Aariz !

 

Kerap aku tanya Zahra.. ni sapa ? Dia mencebik. Dia menjeling. Dia wat dek ! Namun aku yang tau perangai anak no 2 ni , yang serupa cam aku .. aku rileks dulu. Jangan paksa dia. Nanti nanti dia terima la tu.

Dan kebelakangan ni , dia tak menjerit dah bila tengok aku dukung Aariz.

“ Zahra.. mana baby ? “. Soal aku.

“ Baby Aariz laa… “. Jawab dia .

“ Daddy bagi kat auntie eh , baby Aariz. “ . Soal aku lagi dan disusuli dengan tangisan serta pukulan dari dia. Huhuh.. Sayang dah dia ngan adik dia ni..

image

Qhaliff dan Zahra , masing masing jaga adik dia ni haa.. Tak kasi orang tak dikenali usik atau pegang. Memang dia marah. Huhuhuh..  Lega aku aih.. dua dua leh harap kalau adik dia teriak. Mai kasi tau pastu sambung tengok Ultraman ! Adeh..

Antara ‘sedap’ dan ‘penyakit’..

 

Godaan.Ujian. Dugaan.Itulah yang sering dihadapi oleh orang orang seperti aku.. orang yang mula mengambil berat mengenai kesihatan serta pemakanan seimbang.

Aku sejak balik dari Phuket ari tu , memang dah nekad untuk teruskan segalanya.. apa yang dimulakan di sana dan kekalkan selama mungkin.. ke akhir hayat , sapa tau kan ?

Tapi bila kita jumpa sanak saudara , ahli keluarga.. rakan rakan pastinya akan diuji dengan makanan ! Hahahah..

Alaa.. ari ni jer. Esok diet la balik.. “.

Jujur. Serba salah. Hajat hati , nak turut kehendak mereka tapi dalam pada masa sama , hati menentang juga ! Tapi teringatkan nasihat doktor cun ari tu , aku rasa sebaiknya ditolak dengan lembut.

“ Kolestrol. Tekanan darah tinggi. Kencing manis. Tiga serangai menanti masa utk ‘lapor diri’ ! Dan buat masa sekarang , berjaya dihindari. “

Nekad. Pisang Cheese ni aku tolak tepi ! Sedap camana pon , aku agak ngeri melihatnya ! Hahahaha.. Kalau dulu , aku ngap jer ! Tanpa banyak bicara. Hahahaha..

image

Teringat kata rakan di Phuket.. Lidah memang kata sedap tapi limpa dan hati akan bekerja keras untuk mengasingkan bahan bahan yang tak diperlukan dalam badan. Sian organ kita.. Huhuhuh..

Tak pe la.. Selagi aku mampu tahan godaan , aku tahan. InshaAllah , lama la kot.. Nak kekal awet muda gitu. Heeee.. Yang penting , sihat ! Kannn ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI