Isnin, 31 Oktober 2016

Sapa nak pergi ke Bangkok dengan POWER ROOT ?

 

Skang ni aku tengah giler gi gym. Pagi dan malam.. huhu.. Alang alang nak kurus dan sado , buat betul betul kan ? Jangan buat kerja setengah jalan..

Cuma , satu je masalah aku dari dulu.. Rehat tak cukup sebab lepas workout , ada banyak kerja perlu dilakukan di rumah. Maklumlah , Mr. MAMA sepenuh masa ..

image

image

Apa yang boleh aku buat ialah.. standby POWER ROOT Tongkat Ali yang jadi pilihan aku sejak remaja lagi. Kenapa POWER ROOT ? Sebab tenaga aku seperti direcharge dengan segera. Terasa segar selepas tu..

image

image

Legaa lepas kena setin ! Kalau memandu balik Kelantan pon aku standby stok ! Alhamdulillah.. hilang penat memandu bila kena setin Power Root.

Oh ya… khas untuk peminat peminat  setia Power Root. Ada contest untuk korang semua.. dan juga aku !

image

Camana nak menangi peluang untuk menyaksikan perlawanan ONE Championship MMA Live di Bangkok sebagai VIP ? Mudah jer.. Ikuti langkah ni.. :

  1. Setiap pembelian Extra Power Root atau Per'l Kurma = 1 penyertaan
  2. Jawab soalan ini: Adakah Extra Power Root mengandungi Tongkat Ali?
  3. Tangkap gambar resit dan Whatsapp ke 018-398 7840. Contoh: Ali bin Hasan_880829-04-xxxx_Ya
    Peraduan berakhir pada 13 November 2016. Untuk syarat dan terma sila lawati: http://bit.ly/EPRBKK_terms

Senang je kan ? Haaa.. Mereka yang dah berjaya , seperti di bawah ni ..

image

Tunggu apa lagi ? Cepat !!

The LifeCo Phuket , destinasi yang pilihan tepat !

 

Kalau korang tanya aku sekali lagi.. apakah aku ingin kembali ke The LifeCo Phuket ? Maka jawapan aku ialah YA ! Kenapa ???? Jawapannya ialah ketenangan serta pemakanan yang dihidangkan di sana , segalanya amat sesuai dengan tubuh badan aku sekarang ni yang mana sebelum ni , aku amatlah berbeza sekali !

Apa ada di The LifeCo Phuket ?

Berihat , berubat dan pulihkan diri ! Heeee.. Tu bagi aku la. Ikutkan sebenarnya di sini lebih pada mereka yang ada masalah dengan stress , sakit sakit kronik dan perlukan rawatan alternatif serta mereka yang berniat nak jaga kesihatan dengan cara yang betul.

image

image

Ada 3 program terapi yang korang leh ikut di sini :

  1. Well Aging
  2. Spa & Beauty
  3. Detox and Cleansing

Ketiga tiga program ni , aku dah ikuti dalam masa 4 hari. Ikutkan tak sempat nak abis semua tetapi kerana terkejar masa , program dipendekkan NAMUN kesannya terasa sehingga hari ini ! Sangat sangat berbaloi !

Hanya untuk mereka yang serius nak jaga kesihatan !

Ada yang kata , mahalnya ! Kalau korang ada duit , tapi kesihatan takda pon tak guna ! Apa guna ada duit banyak tapi sakit kan ? Stress juga satu penyakit ! Jangan amik ringan soal kesihatan ni yer..

Ada duit , tapi kesihatan merosot. Cubalah ke sini. Takda sebarang ubatan menggunakan dadah di sini. Heee… Clear je semua.

Mahal ? Mana lagi mahal ? Organ kita murahkah ?

image

Hilangkan Tekanan

Suasana di The LifeCo Phuket ni , berlainan dengan resort yang pernah aku pergi. Tenang. Mendamaikan. Tiada bunyi lagu lagu yang memekakkan telinga. Tiada asap rokok atau kenderaan. Tiada manusia yang menyusahkan.

Sememangnya akan tenang di sini.

image

Selain dari ketenangan serta kedamaian suasana , makanan yang disediakan pon semua sihat sihat belaka !

Best kan ? Serius.. hilang stress aku bertahun yang disimpan , dalam masa 4 hari jer !

image

image

image

image

image

image

Apa saja yang korang nak melibatkan kesihatan , ada kat sini ! Malah kat sini ada sesi kaunseling andai korang perlukan. Nak massage.. yoga.. pilates.. ada !

Nak tau lebih lanjut , boleh tengok di www.thelifeco.com ! Kalau kehidupan sangat stress , sila je ke sini ! Pasti berbaloi.

Vaping tidak haram dah !

 

image

Alhamdulillah.. Baguslah vape tak haram. Cuma kalau boleh , haramkan menghisap vape di tempat awam serta wanita dan juga mereka di bawah usia 18 tahun. Sila sediakan tempat khas untuk vapers ni. Hisap dan semburlah asap asap tu sesama sendiri. Takda sapa nak marah ! Kan kan ?

Cuma aku agak pelik la kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.

Takkan la ini aspirasi anak muda sekarang ni ? Hisap vape ?  Apa maksud ASPIRASI ? Keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu.

Hisap vape ni bagus untuk mereka yang memang nak berhenti merokok. Seperti yang aku pergi ke satu pembentangan kertas kerja mengenai vape dan rokok elektronik yang mana aku dipahamkan kepentingan vape pada mereka yang ketagihan nikotin. Boleh baca di entri Ketagihan nikotin : Rokok atau e-Rokok / Vape ? ini.

Dan tolonglah pantau juga yer… risau nanti anak anak kecik kecil dan juga gadis gadis yang terkenal dengan kesopanan , hisap vape dengan penuh kebanggaan !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI