Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 1 November 2016

Berjaya jugak aku ngorat anak dara ni !

 

Aku pelik kenapa dia garang sangat dengan aku. Asyik nak marah jer bila ngan aku tapi dalam pada masa sama nak bermanja gak ngan daddy dia ni.. Hurmm..

Puas gak aku try ngorat dia tapi cam tak berjaya jer.. Sehinggalah aku balik dari Phuket , segalanya berubah..

image

Rindu kat keletah dia.. suka menjeling ! Hahahaha.. Setelah berpisah 4 hari , jumpa kembali… aku try cakap lembut ngan dia. Cam borak ngan awek gitu. Dan ternyata dia kembali lembut dengan aku..

Hingga sekarang .. kalau nak mandi , memang ngan aku jer. Mak dia panggil.. berjam gak la dia nak layan berbanding aku. Kalau nak kejut bangun tidur , cium je pipi dia dan bisik kat telinga.. terus bangun ! Huhuhuh..

Manja anak perempuan ni. Patut la arwah ayah aku lebihkan adik perempuan aku.. dan aku tau dah kenapa dan mengapa..

Bila anak buah kena buli..

 

Selesai job pagi tadi , terus aku gi umah mak aku di Cheras. Saja nak ziarah dia..

image

Tengah borak ngan mak , tiba-tiba anak buah masuk ke rumah menangis nangis. Aku tanya kenapa.. Dia jawab ada budak buli dia. Budak tu lilit leher dia dengan tali gasing. Terus aku angin ! Nak gurau , gurau la.. Main lilit lilit leher ni bagi aku lebih laa.. Kang terjerut , satu hal lagi !

Terus aku keluar cari budak tu.  Geram sangat aih. Ditambah dengan kepenatan , segalanya di luar kawalan aku. Budak tu , aku nampak. Tua skit dari anak buah aku rasanya. Aku pun pernah jadi budak gak tapi tak la tahap bergurau gini..

Aku gi kat dia dan tanya.. Kenapa buat gitu ? Katanya gurau jer.. Kalau terjerut camana ? Nak main , main jer la.. Jangan buat cam tu. Bahaya. Aku tanya dia , anak siapa ko ni ? Duduk mana ? Dia jawab.. Dan aku geleng kepala. Teringat jasa ayah saudara dia ketika arwah ayah aku meninggal dulu. Dia antara yang banyak membantu. Terus aku tenang dan nasihat dia. Pastu aku balik umah terus.

Hurmm.. baru aku tau camana rasa bila ‘anak’ kena buli dengan rakan sebaya.  Tu belum kena buli di sekolah lagi.. Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI