Rabu, 2 November 2016

Berapakah Skor CTOS korang ?

 

Nak pastikan pasangan anda tiada hutang sebelum berkawin ? Hehehee.. Ada dah cara paling mudah ! Maklumlah , sekarang ni.. manusia hutang keliling pinggang ! Hutang kad kredit , kereta , rumah, pinjaman peribadi ! Bila berkawin , hutang-hutang tu mintak pasangan dia tolong settlekan.. kononnya cinta la sangat ! Takkan kottt !! Huhhh..

Baru-baru ni CTOS DATA SYSTEMS SDN BHD telah melancarkan inisiatif kempen “ Berapakah Skor Ctos anda “ yang bertujuan memudahkan rakyat Malaysia membuat  pengurusan kewangan dan kredit mereka. Sebanyak 100,000 laporan secara percuma dibuka untuk mereka yang berminat untuk mengetahui Skor Ctos mereka.

image

Ini sangat mudah ! Selain nak pastikan bakal pasangan anda bukan kaki hutang , kita juga boleh periksa apakah kita layak untuk membuat pinjaman untuk pembelian hartanah dan juga kenderaan. Maklumlah , kang gi terus kat pejabat hartanah , tau tau tak layak buat pinjaman sebab banyak hutang .. maluuu ! Maka , check terlebih dahulu..

Caranya mudah jer.. Sila ke www.ctoscredit.com.my. Isi segala butiran dan tunggu keputusan ! Dan aku dah buat hari tu.. Skor aku adalah 750 ! Hehehe.. Excellent ! Aku ada satu pinjaman jer.. Pinjaman perumahan.. Hehehe..

image

image

image

Kempen ‘Berapkah Skor Ctos Anda’ bukan saja penting bagi pengurusan kredit tetapi juga alat untuk sesuatu individu mencegah pencuri identiti .Kempen ini juga menekankan kepentingan kita untuk mengemaskini laporan kredit kita biarkan kita tidak berminat untuk membuat pinjaman.

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen dan kelebihannya bolehlah kunjungi laman web Ctos di www.ctoscredit.com.my.

Apa lagi.. gi la check ! Sementara percuma !! Heeeee…

Berjaya hilangkan tekanan darah tinggi tanpa ubat !


Aku percaya.. mesti ada cara ! Aku tak nak makan ubat tekanan darah tinggi. Alhamdulillah , ‘ilmu’ yang aku dapat di The LifeCo Phuket memberi manfaat buat aku !
Aku teruskan apa yang aku mulakan.. Amik pemakanan yang seimbang. Elakkan gula, garam , minyak dan lemak serta makanan makanan yang diawet  sama sekali !
Aku minum jus sayuran dan juga buah buahan. Sesekali teringin makan makanan sedap seperti nasi goreng , mee goreng kee.. mee udang kee .. makan la ! Tapi bukan selalu.. Yang selalu kena makan ialah.. hehehe.. korang tau la kan..
image
image
Ni aku makan tengahari jer.. Nama dia Healthy Portobello Loaf. Ada di restoran healthy nun di Mid Valley dan bnyak lagi..
Alhamdulillah.. Metabolisma aku sebelum ni yang dah menunjukkan  usia 47 tahun berjaya di tingkatkan semula… jadi 32 tahun !! Weeee..  Hasil jus sayur dan buah buahan..
Dan yang penting , tiada lagi tekanan darah tinggi ! Tapi ingat , bukan hilang tauu.. dia akan muncul kembali kalau aku tak jaga pemakanan aku..
Hurmm..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI