Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 3 November 2016

Kenapa aku botakkan kepala ?

 

Aku turun dari tingkat atas rumah aku. Perlahan lahan menuju ke Qhaliff yang kusyuk tengok tv. Zahra pun gitu.. Tadaaaa ! Aku senyum kat Qhaliff. Dia tercengang dan tutup muka !

“ Hensem tak daddy ? “. Tanya aku.

Dia geleng kepala ?? Amboii…

“ Nak toys tak ?? Hensem tak daddy.. “. Tanya aku semula.

“ Ohsemmmm ! “. Jawab dia.

Mudah dirasuah rupanya mamat korea ni !

image

Aku gi kat Aariz lak.. Zahra ? Dia tak heran pon. Daddy dia tetap kacak di mata dia.. Hahahaha .. Wife nyaris kejar ngan penyapu. Dia ingat Vin Diesel masuk rumah.. Heee..

Oh , Aariz lak..

image

Aariz bisikkan sesuatu kat telinga aku dan aku tersenyum.

“ Sekarang Aariz tau dah dari mana datangnya kehenseman Aariz. Terima kasih daddy ! “.

Aku jawab.. “ Sama sama.. Nanti besar , biar daddy je selfie.. Aariz jangan tau.. Nanti daddy tak leh cari makan .. Sapa nak bayar duit sekolah Aariz ?? Haaaa.. “.

Pastu dia belahak susu kat bahu aku ! Huhhh..

Oh ya.. kenapa aku botakkan kepala ? Sebab aku malas nak buang masa pakai gel dan dandan rambut ! Bazir masa tul ! Camana pun , aku tetap kacak tanpa rambut ! Kann.. Aku tauuu !

Rupanya dia bukan sekadar Ultraman biasa ! Ada hubungkait !

 

image

Aku dah beli berapa ‘ekor’ dah si ultraman ni. Macam macam jenis. Qhaliff je tau apa nama si ultraman ni haa.. Raksasa pon dah beli. Aku ingatkan dia main gini jer tapi rupanya salah !

Patutlah dia meraung kalau hilang si Taro ni.. Bangun bangun tidur dia cari ultraman dia. Pastu ajak gi Alamanda ! Beria.. Konon nak beli air strawberi.. Strawberi la sangat !! Tau la tu nak ajak singgah Toys r’ Us tuuu ! Akal banyakkk !

Dan sejak akhir akhir ni , dia mintak sesuatu yang aku tak paham.. Dia tunjuk ngan jari jemari dia.. “Ultraman sambung sambung pastu jadi besarrrr.. “. Lebih kurang gitu la dia cakap. Aku iyakan jer..

Punya la banyak tempat gi cari.. Gagal ! Dia kata bukan. Akhirnya di KLCC , berjaya gak jumpa.. Huhuhuh.. Maka belilah aku tanpa berkira sangat harganya sebab dia beria nak sangat lama dah !

image

Aku tengok bahagian belakang bungkusan tu dan nampak la arahan permainan tu.  Dok pikir mana la datangnya ultraman tu ! Berkali gak la godek tapi macam takda apa pa jer ! Namun Qhaliff beria beri tunjuk ajar.

Akhirnya aku tergelak besar ! Dia tunjuk kat aku camana nak main. Boleh pusing jadi pistol !

image

Dan boleh digunakan untuk bertukar jadi ultraman !

image

Kena pasang bateri. Dan nampak tak lubang hitam tu ? Haaa.. Aku dok pk dari tadi , untuk apa laaa menda tuu.. Apakah untuk charging menda alah ni ? Tapi bukan.. Qhaliff ‘beri tunjuk ajar’ pada aku.

Amik mamat ketot ni..

image

Dan dia tunjuk kat bahagian kaki dia..

image

Lekatkan lambang tu kat bahagian lubang tu dan akan keluarkan bunyi dari senjata ultraman tu ! Hahahaha.. Gitu laaaa adanyaa ! Dan best part ni !

Senjata tu rosak ! Aku ingatkan masalah bateri tapi selepas beli bateri baru pon tak leh guna ! Kena gi balik KLCC esok dan tukar ! Adehh.. Jauh tuuuu.. Sepang ke KLCC semata mata untuk tukar si ultraman ni haaa !

Best part… menda alah ni berharga RM250 ! Arghhhhhhh ! Nak tak nak , kena gi tukar gak esok !

Apa aku buat di Alainn Clinic and Spa semalam ?

 

Oh ya.. Alainn bermaksud Beauty..

Tempat ni memang popular dikalangan artis dan vvip ! Ada macam macam terapi ada di sini. Nak cun ? Nak putih ? Nak kurus ? Nak nampak kacak ? Haaa… sediakan duitnya saja !

Aku ? Apa aku buat disini ? Aku nak bakar lemak di perut aku ni haaa.. Dari usia 20 tahun lemak ni payah tul nak hilang. Diet dah , bersenam dah.. part lain mudah jer. Tapi situ.. Sebenarnya bukan  tak boleh dengan bersenam cuma part pemakanan gagal ! Makan kalau tak betul dijaga , memang mengelembunglah di perut dan pinggang tu. Buruk aih !

Alhamdulillah.. rezeki aku dijemput untuk mencuba terapi Radio Frequency ( Vanquish ) ni. 4 sesi aku diberikan dalam tempoh sebulan. Jika aku kekalkan dengan bersenam , jaga pemakanan ..inshaAllah , result dia akan seperti yang diidamkan ! Huhhuuh..

image

Ramai tanya berapa harga pakej Vanquish ni ? RM6k++ dan akan dapat 6 sesi jika tak silap aku. Korang leh rujuk dan tanya sendiri di www.alainnmedispa.com atau tengok di instagram , @alainnclinic.

image

Kesan dalam sebulan seperti dibawah ni nanti..

image

Apakah aku akan berjaya ? Hehehehe.. Korang nak gak ? Boleh terus hubungi Alainn Clinic !

image

Harap aku berjaya. Hahahaha…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI