Sabtu, 5 November 2016

Aariz tak nak ibu dia !

 

Setiap kali nak tidur dalam buaian , aku kena buaikan dia. Dalam masa 10 saat je dia tidur. Kalau mak dia ? Fuhhh.. teriak kaw kaw punyaa.. Ngan mak dia , dia nak tidur sambil menyusu..

Opss.. sebelum ada yang pertikaikan.. aku nak kasi tau.. dia dalam dibuai dalam 10 saat –1 minit jer.. Pastu lena dah. Dah lena, stop ler ! Ok ? Huhuhuh..

Kalau tak letak dalam buai , masalah gak. Dia nak didukung jer. Kalau nak didukung jer, camana nak buat kerja? Mana ada orang gaji dalam rumah ni. Aku ? Aku pun ada kerja nak buat ! Haa… Ok ?

image

Belah malam.. memang tidur berkepit ngan mak dia. Tapi sebelum tu , wife nak buat kerja rumah.. aku kena jaga Aariz. Sampai makan pon kena depan dia ! Sebab tu ada kawan tegur kenapa aku makan atas katil haaa.. Maka inilah jawapan dia !

Nak makan pon tak sempat ! Baru 3 orang. Camana laaa yang anak sampai 8 orang tu eh ?

image

Tak sampai sebulan… wife akan mula bekerja dan aku akan jadi kembali suri rumah sepenuh masa. Nasib  baik Zahra pon dah terima kehadiran Aariz… cuma lom mesra sangat.. tak seperti abang dia !

Akhirnya aku bertukar guna postpaid !

 

Tak tahan gini weh ! Seminggu kekadang mau RM100 top up ! Sebulan dekat RM300 ! Letih gini haaa.. Kalau aku guna sorang , tak pe lagi.. Si Zahra pon menyibuk kekadang nak guna dan sekali guna… hurmmm..  Qhaliff sesekali je. Dan aku lak kerap guna internet !

Terfikir nak bertukar ke operator mana.. DiGi ? U-Mobile atau Maxis ? Maxis tolak jauh jauh.. U-Mobile , bini aku dah guna dan line dalam rumah memang lebur ! Dah buat report dan katanya tunggu tahun depan baru buat penambahbaikan.. Huhhh !

Akhirnya aku guna Celcom ! Sebab Celcom keluar pakej baru tanpa kontrak !

image

Amik Platinum ! 60GB ! Haaa… amik kauuu.. Kalau tak cukup gak , tak tau laaa.. Aku kena beli pencawang internet dan pasang kat belakang badan aku la gamaknyaaa..

Sooooo… buat pertama kalinya dalam 10 tahun , aku guna postpaid ! Tak guna dah prepaid. Letih aihhhhh.. Dan aku boleh dah tutup Astro dan satu lagi broadband aku. Jimat RM200 kat situ dah !

Dan aku ada backup DIGI prepaid.. mana la tau kot kot ada tempat yang Celcom tak dapat cover.. Digi jadi penyelamat.. kan kan ? Atau Celcom hilang punca tanpa sebarang notis.. haaa.. Ada gak Digi.. kan kan ? 

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI