Ahad, 6 November 2016

#GegarVaganza2016 : Elly Mazlein terkeluar akhirnya !

 

Woww.. persembahan hebat semua peserta kali ni.. Tapi seperti yang dijangka , Elly yang kurang dapat ‘perhatian’ terkeluar setelah terselamat minggu lepas !

Bagi aku , Elly Mazlein ok.. cuma bukan rezeki dia dalam pertandingan ni.  Lagi pun , untuk pusingan ni semua peserta bagi persembahan yang di luar dugaan malah Ameng sendiri pun dah mula panas !

image

Minggu depan , semua lagu gempak gempak dan Ameng dapat lagu yang memang jadi siulan aku sejak dari sekolah dulu.. Tiara ! Fuhhh ! Shidi dan Gmie juga gempak kali ni !

Dengan tersingkirnya Elly , aku sokong artis lelaki jer.. Hahaahhaha… Yang perempuan , hurmm… Aku sokong sapa eh.. hurmm.. Oh ya , Zarul ? Bagi aku masih belum nampakkan keunikkan dia.. Lagu dia dapat masih mengekalkan lenggok dia.. belum panas lagi kot ?  Go brooo goo !

Perlu ke berlagak kalau pakai kereta mewah ?

 

Termenung aku membaca sms dan juga email dari seseorang yang ditujukan pada wife aku. Ada isu sebenarnya dan sangat kecil isunya tetapi rasanya memang perangai ‘orang miskin jadi kaya sekelip mata’ membuatkan jadi riak gitu kot ?

Ini bukan kali pertama aku jumpa kes gini… Kes tak boleh ditegur kerana sikap ketika meniaga ! Sebagai pelanggan , kita punya hak untuk menegur tetapi tak boleh diterima lalu mengugut kita pulak ! Eh ??? Aku duduk kat negara mana ni ??? Dah macam berada di negara tak bertamadun lak gamaknya !

Ditujuknya gambar kereta BMW dia.. Amboiii.. Apa ingat orang cam kitorang ni tak mampu pakai kot ? Apa kira mati nanti tanam sekali ngan kereta kereta tu ke ?? Aku lebih respek manusia cam Raja Shamri dari manusia yang poyo gini aihhh..

image

Kalaulah aku berfikiran cam dia , boleh je viralkan sms dia tu tapi.. aku bukan cam dia ! Tak perlu nak layan orang ‘tak sekolah tinggi’ cam ni..

Nasihat aku.. sebagai peniaga online atau tidak , kita kena terima teguran pelanggan. Mengalah tak semestinya mengalah !

Aku suh wife blocked je dan tak perlu layan dah. Buang data internet jer.  Pelik ‘orang kaya’ bersikap cam gini..

Rasa macam nak menangis bila melihat orang tua itu..

 

Setiap kali nampak lelaki tua duduk seorang diri di mana mana jua , hati aku akan terasa sebak. Jika sedang menghisap rokok, ingin saja aku pergi menegurnya..

Pakcik.. henti hentikanlah merokok. Ayah saya baru je meninggal dunia disebabkan kanser yang berpunca dari rokok. Bukan mudah nak meninggal dunia disebabkan kanser ni. Amat derita saya melihatnya. Mampu melihatnya saja malah arwah sempat bagitau yang dia menyesal sangat merokok.. “.

Namun aku tak berdaya untuk mengeluarkan kata kata begitu pada insan yang tidak aku kenali malah pada insan yang aku kenali pun , nasihat aku masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. Tak dilayan.

Pernah satu ketika , aku ternampak seorang lelaki tua berbangsa India , berjalan ke satu booth jual telefon pintar. Dia cari casing untuk telefon dia. Aku nampak telefon dia. Jenis murah tapi dia berusaha nak cari casing untuk elakkan dari rosak dan calar !

Geleng kepala aku. Orang tua dulu dulu cukup hargai harta benda mereka apatah lagi harta awam ! Orang sekarang.. selagi boleh gadai , dia nak gadai ! Orang sekarang ni maksud aku tak kira dah usia. Selagi dia rasa nak jual atau gadai , lantak pi laa.. bukan harta dia pon ! Huhh..

Orang orang tua gini memang mampu membuatkan aku mengalir airmata tanpa disedari. Sayangnya , di zaman ni .. orang orang tua gini , tak diambil tau hal mereka.. melainkan kalau pakai BMW yang baru tuu haaa ! Huuuu..

 

 

image

Al-Fatihah buat Ashaari Bin Khalid

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI