Isnin, 7 November 2016

Kenali Blogger KBBA9 : AnaZarin

 

Blogger ni , aku respek ! Kenapa ? Dia mengubah diri dia melalui blog. Dari seorang pemalu hinggalah ke seorang yang cukup peramah ! Tak sangka sebenarnya AnaZarin ni seorang yang cukup pemalu..

Sejak dia dalam KBBA9 , dia seorang rakan yang sangat berdikari. Dia takkan susahkan rakan lain walaupun dia dalam kesusahan ! Tu aku respek !

Sebagai blogger.. dia ok ! Cuma masa saja mencemburui dia. Kalau tak , aku sendiri akan tenggelam ditewaskan dia ! Hahahaa.. Teruskan bz yer ! Heee..

Jom baca cerita dia..

________________________________________________________

Fuh, terkejut juga mula-mula apabila peluang nie datang, mana tidaknya korang dapat menulis dekat blog blogger popular Ben Ashaari nie...hihihi

Nama ana nie Muhammad Zarin dan ana menggunakan nama pena anaZarin yang mana sebenarnya adalah gabungan kepada ana dan Zarin yang bermaksud saya Zarin.

tmp_10064-img-20160228-wa0003953719038

Ramai juga pada mulanya ingatkan ana nie perempuan, bahkan ramai cakap penulisan ana nie macam penulisan seorang perempuan, eh betul ke? anaZarin seorang yang sombong Ana nie siapa yang tak kenal pasti cakap sombong, sebenarnya ana nie tak sombong pun cuma ana nie agak pemalu orangnya..dan disebabkan itu jugalah ana menjadi blogger.. sebabnya ana nie jenis yang pandai berborak dan ana lebih suka berborak di dalam blog..hihihi Lifestyle dan Sport blogger Ok, blog ana nie niche apa?

Blog ana nie lebih menekankan kepada lifestyle dan juga sport sebabnya ana nie seorang yang meminati sukan terutamanya sukan bola sepak.. untuk pengetahuan korang juga, ana ada team bola sepak juga.. yang mana ada team tu bolehlah ajak team ana friendly...

tmp_10064-img-20160223-wa0008236856075

Mula dengan KBBA9  Mula-mula join kbba9 nie ana rasa tak silap pada 2014, masa nie ana mula-mula join kbba Lembah Klang. Masa tu memang blog ana nie agak lama bersarang dan masa tu masih lagi menggunakan nama n9soulcrewz.blogspot... yang seronoknya di situ ana kenal dengan sifu Sohoque, Kak long Saidila, Najeeb yang mana mereka nie antara yang banyak bagi semangat untuk ana teruskan menulis di blog..

Dan kalau korang nak tahu sejak join kbba9 nie barulah ana tau apa itu sebenarnya blogger... kalau tak sebelum nie hanya ingat menulis je, rupanya besar juga tanggungjawab seorang blogger kepada masyarakat.

Terima kasih KBBA9. Oh ye, kalau korang ada masa terluang tu, apakata korang singgah di blog ana, mana tahu bolehlah kita kenal lebih rapat kan?

Blog : www.anazarin.com

Fb : www.facebook.com/djrainz.junghwa

IG : www.instagram.com/anazarindotcom

Sebelum pergi gym dan bila kulit alergik !

 

Secara jujurnya aku cakap.. setiap kali bangun tidur , selepas berworkout di gym , leher dan bahu akan terasa sengal. Leher akan jadi terasa. Risau salah urat jer ! Dan ada sesekali rasa seperti Robocop dah bila jalan !

Sejak Cosmoderm keluarkan Deep Heat Lotion , aku sememangnya cuku[ lega ! Sebelum ke gym dan selepas mandi.. sebelum tidur , aku akan sapu dulu di otot dan juga leher untuk elakkan ketegangan yang terlampau ! Maka dapatlah otot aku rehat dengan sebaiknya sebelum dipaksa bekerja lagi di hari berikutnya.. heeee…

image

Gambar : Bahagian yang merisaukan aku ! Aku selalu lebih tumpukan bahagian atas setiap kali bersenam di gym !

image

Gambar : Tak mahal pon losyen ni di pasaran. Boleh je beli online atau di farmasi terpilih. Cuma RM17.83 ! Sila borong ! Camana nak beli ? Tak susah pon.. klik SINI !

Baru-baru ni aku ada beli perfume mahal. Kononnya sebab nak tahan lama bau dia. Beratus la gak aku beli. Kena pejam mata demi untuk keselesaan bila gi majlis.. TERPAKSA !

Terbaca satu artikal camana nak pakai perfume yang betul , maka aku pun ikut laaa.. Selama ni , aku sembur kat baju jer.. Hehehehe.. Takda makna nak sembur kat badan !

Maka.. aku pun ikut laaa.. sembur kat badan.. Aku terlupa ! Dulu pernah terjadi pada aku tetapi aku ‘terselamat’ selepas mencari penyelesaiannya di merata tempat !

Naik merah kat dada aku ! Bukan setakat merah malah gatal ! Arghhhh.. Geram aihhh ..

image

Dan ketika tu , aku dah bubuh macam macam ubat.. tak gak ilang ! Entah camana.. aku bubuh losyen Cosmoderm ! Dan kering terus.. Teringat akan losyen Cosmoderm  terus aku cari stok losyen yang aku simpan.

Jumpa..

image

Aduh… lega sungguh laa pastu ! Hilang terus gatal dan sebelum tidur , aku sapu lagi kat dada.. Bangun subuh , aku usap dada aku.. berkurangan dah… tak merah sangat. Nampaknya lepas mandi nanti , kena bubuh lagi laa !

Penting kena simpan stok stok Cosmoderm kat rumah ni. Dan kebanyakkan produk Cosmoderm memang berbaloi sangat la.. Dah la murah.. selamat pulak !

Aku syorkan korang untuk follow fanpage Cosmoderm. Sebab apa ? Sebab sekarang ni Cosmoderm kerap buat jualan murah ! Maka korang leh ikuti dengan lebih rapat dan terperinci andai menanti peluang utk membeli belah produk Cosmderm dengan harga yang berbaloi ! Huhuhuh..

image

Web : www.cosmoderm.com.my

Facebook : https://www.facebook.com/Cosmoderm/

Instagram : https://www.instagram.com/cosmoderm/

Punca Elly Mazlein tarik diri dari Gegar Vaganza 3 ?

 

Ada kawan kawan di Facebook kasi tau sebenarnya tiada penyingkiran tetapi Elly Mazlein tarik diri ! Terus menarik minat aku untuk mencari punca kenapa dan mengapa ! Aku sangkakan dia tak sihat tetapi….

image

Hurmm.. takkan kerana komen Tok Ram kot ????  Aku jumpa satu komen di satu status …

image

Ini jawapan yang aku jumpa dari satu video yang viral dia bersama Dato Seri Vida.. Elly tak perlu simpati orang . Elly masuk Gegar Vaganza ni sebab niat nak cari duit untuk anak dan bapak serta nak tunjuk bakatnya.Elly kecik hati dengan apa yang Tok Ram cakap..

image

Memang nampak pedas kritikan tu dan Elly nampak sentap tapi takkan la semudah gini dia patah semangat ?? Sepatutnya dia kena berusaha dan tunjukkan yang dia lebih bagus dari apa yang Tok Ram kata tuu !

Tak pe la.. Apa pun , dia dah beri persembahan yang cukup bagus dalam Gegar Vaganza ni. Ketiadaan dia sedikit sebanyak menghilangkan seri Gegar Vaganza kali ini.. yang mana ramai penonton terhibur dengan ‘kemanjaan’ dan suara dia yang bagi aku mampu memberi saingan hingga ke final !

Tapi kan… aku rasa kannn… Dato Seri Vida berjaya pujuk dia dan dia akan ada minggu depan ! Go Dato Seri Goooo ! Hahahahaa…

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI