Selasa, 8 November 2016

Khas untuk Blogger : Hadiah melebihi RM8 ribu menanti korang ! Tak nak ???

 

Untuk blogger jer.. Bukan blogger nak gak ke ? Ok.. sila jadi blogger dulu. Hahahaha.. Tapi boleh je baca dan bagitau kat kawan kawan korang.

image

Hehehe.. Ini pertama kali contest sebegini dianjurkan melalui blog aku. Contest ni sangat mudah jer ! Korang tak perlu kuarkan modal. Semuanya akan diberi secara PERCUMA ! Korang cuma perlu menulis mengenainya saja..

Produk apa ? Pernah dengar tak MINYAK HERBA ASMAK ? Kalau belum , sila baca dulu dan pahamkan mengenai produk ni terlebih dahulu. Senang je kan ?

Apakah hadiahnya ? Camana nak join ? Ok.. kasi zoom banner ni yer ! Kasi terang terang baca ! Tak nampak ? Ok.. aku kasi tauuu ehh..

  • Terbuka kepada semua blogger warganegara Malaysia !
  • Artikal berkenaan produk Minyak Herba Asmak
  • 2 kategori iaitu SEO TERBAIK dan ARTIKAL TERBAIK
  • Pertandingan bermula 7HB NOVEMBER hingga 31 DISEMBER 2016

Faham dah ? Camana nak join ??? Mudah jer..

image

Terma dan Syarat : Fahamkan dan ikuti langkah dengan betul yer !

1. Pendaftaran bermula pada 7 November 2016. Untuk pendaftaran, sila taip 'Nak Join Contest Blog' dan hantar Whatsapp ke no 019-9708897.

2. Pihak syarikat akan poskan Minyak Herba Asmak untuk dipakai dan review, bagi yang belum pernah mencuba produk ini.

3. Blogger yang sudah berdaftar akan dimaklumkan link website rasmi untuk mendaftar secara rasmi (jika perlu).

4. Blogger akan dimaklumkan satu tarikh yang dibolehkan publish artikel. Bagi yang publish lebih awal dari tarikh yang ditetapkan, akan dikira batal.

5. Selepas tamat tarikh pertandingan, panel yang akan membuat pemilihan akan mencari artikel yang berada di ranking teratas Google dengan menggunakan beberapa keyword iaitu

(a) Minyak Herba Asmak,

(b) Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd,

(c) penawar asma pada bayi ,

(d) penawar asma dan

(e) minyak asmak.

6. Pemenang dijangka diumumkan awal Januari 2017.

 

Hadiah-hadiah yang sedang menanti para blogger ialah :

HADIAH KATEGORI SEO TERBAIK

Tempat Pertama : Wang tunai RM2,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan

Tempat Kedua : Wang tunai RM1,500 + barangan Tupperware + hadiah sampingan

Tempat Ketiga : Wang tunai RM1,000 + barangan Tupperware + hadiah sampingan

5 Hadiah Saguhati : Wang tunai RM300 + hadiah sampingan.

HADIAH KATEGORI ARTIKAL TERBAIK

Tempat Pertama : Wang tunai RM1000

Tempat Kedua : Wang tunai RM500

Tempat Ketiga : Wang tunai RM300

5 Hadiah Saguhati

Ok ? Menarik ? Sebarang pertanyaan , jangan tanya aku ! Sila whatsapp ke HOTLINE : 019 970 8897

Amacam ? Senangkan ? Jangan lupa sharekan entri ini di Facebook korang ! Dan buat yang terbaik ! Kalah menang tu , lain cerita.. yang penting , buktikan korang boleh buat review yang gempak untuk menarik minat client lain.. boleh dapat job lain kan ?  Heeee…

Mampukah ZAVERRA mengembalikan bentuk badan idaman anda ?

 

Founder ZAVERRA memberi aku cuba sekotak dulu produk yang bakal meletup di pasaran ni ! Secara jujurnya aku teruja lama dah nak gunakan produk ZAVERRA ni sebab aku dok intip jer  FB dia semasa dia mula mula nak keluarkan idea nak terbitkan produk ni. Ini bukan rebranding produk slimming yang lain yer ..

Dan menariknya , tak perlu telan ! Sekadar sapu kat mana mana tempat yang korang rasa nak dibakar lemak lemak kat situ ! Haaa.. bayangkan nak sapu kat lengan yang berlemak tu haa !

image

image

Ini pertama kali aku jumpa sejak buat review produk ni ! Hahahaa.. Siap ada tali pita pengukur serta barut ! Fuhhhh.. memang gempak laaa.. Dan , jika nak beli pakej.. siap ada sifu yang akan beri tunjuk ajar camana nak guna dengan betul ! Bila pakai betul , baru ada kesan kan ?

Ok.. aku pakai waktu tidur ! Sapu kat pinggang dan perut.. pastu pakai barut dan tidur ! Ahhh.. lega ! Pakai masa nak gi gym pon sedap !

Panas ke ?? Aah.. sedikit hangat ! Tapi tak la membakar kulit pon. Yang aku tau , bila terasa panas tu.. baru best ! Bau dia pun sedap ! Wangi.. nak pakai keluar jenjalan pon ok  jer..

Camana nak beli ? Soalan yang tepat ! Sila cari di Zaverra Malaysia.

Wajarkah artis / selebriti diberi pelepasan cukai ?

 

Ketika membaca kenyataan Nora Danish mengenai cadangan dia meminta artis diberi pelepasan cukai kepada selebriti yang menampung kos untuk menjaga penampilan diri , rata rata netizen sentap dan memberi pendapat yang .. hurm.. aku rasa korang pun tahu laa kan !

Hari ni LHDN mengeluarkan kenyataan yang mana selebriti telah pun diberi pelepasan cukai ! Boleh baca di RotiKaya.Com ni..

image

Bagi aku la kan.. takda masalah pun nak diberi pelepasan cukai pada selebriti pada bahagian tertentu cuma kenyataan dia tu haaa yang mendatangkan ‘hangin’ pada netizen ! Ditambah pulak sekarang ni netizen sedang bengang dengan ‘pihak’ tertentu dengan kenaikan harga itu ini ( memandangkan dia bercinta dengan anak menteri yang mengeluarkan kenyataan yang.. hurmm ) , maka secara tidak langsung… memang tepat pada masa untuk dilepaskan segala kegeraman itu ! Hehehe.. sian..

Kalau selebriti tu bukan jenis yang penuh dengan kontroversi , rasanya ok jer pon.. Takda masalah. Tapi kalau berlakon pon keras.. nyanyi pon tak sedap.. harap tayang muka pastu mintak perlepasan cukai bagi penjagaan penampilan diri , memang .. hehehe.. memang patut kena ‘sound’ laa..

Selebriti yang benar benar layak , takda masalah ! Takda sapa nak pertikaikan.. kan ? Ni yang .. hurm.. nasib badan la ko nakkk !

BOBOIBOY : BOBOIBOY GALAXY !


Cuti sekolah tak lama lagi.. filem BOBOIBOY GALAXY yang bakal menemui anak anak anda yang dijangka best seperti sebelum ni…
image
Pratontonnya ialah pada 16hb Nov nanti dan aku jangkakan akan membuatkan anak anak kecil panas bontot bila promosi bertalu talu dibuat ! Hahahaha..
Malah aku sendiri yang sebelum ni menonton Boboiboy The Movie merasakan filem anismasi tu antara yang terbaik pernah aku tonton dan sangat berpuashati.
Apakah Boboiboy Galaxy bakal pecah panggung lebih dari sebelum ni ? Aku harap gitulah.. nanti aku cerita kat korang best ke tak ehh.. nak pergi dia punya pra tonton ! Heee..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI