Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 November 2016

Bila anak hilang selera makan..

 

image

Payah dua dua nak makan.. Masak nasi , tak nak.. Tapi kalau kat luar.. Kenny Rogers akan jadi pilihan. Atau paling tidak pun , nasi beriani atau nasi ayam akan diorang makan.

Bila tak makan.. mula la makan jajan bila gi umah tok dia ! Adehh.. Puas pikir nak bagi makan apa. Dan hari ni… wife buat spagetti guna minyak zaitun !

image

Berselera makan woi ! Termasuk akuu.. Hahahaha.. Nasib baik wife buat cukup cukup je untuk 4 orang makan.. Maka aku makan sepinggan je..

Dan diorang.. Alhamdulillah.. Banyak la gak terutama Qhaliff. Tapi , sayur semua diorang tapi ! Huhuhuh.. Aku kena makan sayur sayur tu.. nasib baik skang sayur adalah kegilaan aku.

Nampak gaya , esok kena buat spagetti gak la.. Dan yang penting , gunakan minyak zaitun ! Minyak zaitun ni bagus woooo.. Minyak zaitun mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi, omega-3, omega-6 dan pelbagai lagi. Semua asid lemak ini penting untuk peredaran impuls dalam otak, merendahkan paras kolesterol dalam badan dengan mengurangkan pengoksidaan lemak sekaligus mencegah masalah jantung.

Alhamdulillah.. wife kata sejak dua menjak aku kaki makan sayur dan jus ni , minyak masak 1kg tak digunakan sangat ! Banyak guna minyak zaitun jer.. Dia pun dah jarang menggoreng. Huhuhuh..

image

image

Tengah pk..camana nak kasi si Qhaliff ni makan buah dan sayur. Pandai betul tapis makanan walaupun dah masuk dalam mulut.

Sunyi rumah bila Zahra sakit..

 

Hurmm.. 2 hari dia berak cirit birit. Pada awalnya ingatkan biasa jer tetapi bila semakin kerap dia berak , itu dah semacam je kan ? Sehinggalah semalam.. wife bagitau aku ketika tu aku di Kelana Jaya yang mana Zahra seperti tidak bermaya.. akibat dari asyik buang air besar.. terus aku memandu laju pulang ke rumah dan bawa dia ke klinik untuk pemeriksaan.

Sebelum tu , aku tukar diapers dia dan periksa najis dia. Ada merah merah ! Takkan darah kot ? Tapi macam bukan.. Apa dia makan semalam eh ? Hurmm… kalau dengan aku atau wife , dia makan nasi sikit jer.. Suka makan biskut lagi dia tapi di rumah mak aku.. aku terlepas pandang sebab dia dok main dengan sepupu dia..

image

Aku bawak dia gi klinik.. aku kasi tau kat doktor ..dia kata mungkin disentri. Jika berlarutan , kena bawa ke hospital. Hurmmm… harapnya tak seserius gitu..

Alhamdulillah.. selepas jumpa doktor , Zahra kembali ok. Selera nak makan dah ada. Aku pun kasi dia suppliment. Dia cergas jer.. Minum air pon selalu jer cuma part makan tu jer.. Hurm.. memilih ! Pening gak nak kasi makan apa..

Aku google..

Cirit-birit pada kanak-kanak bayi dan dewasa boleh nyata najis watak yang berbeza. Buang air besar mungkin mempunyai kedua-dua watak berair dan lembik, mereka muncul dengan pelbagai frekuensi. Jika disentri kanak-kanak, najis cenderung pada mulanya ia adalah padat, dan kemudian menjadi cecair bercampur dengan darah dan lendir.

Jika kanak-kanak yang sakit amebiozomKemudian di dalam najis itu akan mengandungi darah dan lendir berkaca. Cirit-birit pada bayi, kecuali untuk buang air besar yang biasa, boleh berlaku gegaran di bahagian perut, sakit, bengkak.

Selain itu, mungkin ada kolik rektum, di mana kanak-kanak, keinginan yang kerap dan sensasi bergerak-gerak rektum. Ia sering diperhatikan pada bayi cirit-birit yang kerap dengan gejala yang sama selepas antibiotik. Pada masa yang sama terdapat membuang air besar, tetapi kadang-kadang ketulan kecil menonjol dengan lendir.

Daripada untuk merawat cirit-birit pada bayi perlu diputuskan oleh doktor yang pada mulanya menentukan ciri-ciri kanak-kanak itu, pertanyaan ibu bapa tentang bagaimana bayi kelihatan seperti najis, dan hanya kemudian memutuskan apa yang perlu dilakukan.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memahami bahawa walaupun cirit-birit ringan memberi kesan buruk kepada keadaan umum seorang anak kecil, jadi rawatan dalam keadaan bayi yang menimbulkan gejala itu, perlu dijalankan dengan segera.

Cirit-birit yang teruk terutamanya berbahaya pada bayi, seperti keadaan di kalangan bayi dan kanak-kanak dengan cepat boleh menyebabkan keletihan, untuk memprovokasi gipovitaminoz dan, sebagai akibatnya, perubahan organ-organ dalaman. Dalam kes tidak akan lahir seorang kanak-kanak cirit-birit perlu memberitahu doktor anda dengan segera.

Merawat penyakit tidak kongenital dikaitkan dengan gejala cirit-birit, betul boleh mengenal pasti hanya pakar. Lagipun, tanpa latihan perubatan tidak dapat menentukan apa yang perlu dilakukan, dan ia tidak membahayakan bayi.

Lanjut di Cirit-birit pada kanak-kanak “.

 

Bila dia sakit , Qhaliff keseorangan. Takda geng nak main dan Zahra akan asyik nak tidur jer.. Sian diorang.. Huhuh.. Rumah jadi sunyi sepi jer..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI