Jumaat, 11 November 2016

Selebriti dikejar paparazi kerana tak bayar cukai..

 

“ .. Pening laaa ngan paparazi sorang ni ! Asyik ikut je ke mana sajaaa ! Tak tenang dibuatnyaaaa.. Macam tau tau je aku tak bayar cukai cermin mata ni !

image

 

Hurmm.. nak buat apa eh ? Camana nak larikan diri dari paparazi aka papa hot ni eh ?

image

 

Ok.. aku ada idea dah.. “.

image

“ Uncle Kacak.. jom ikut saya. Saya nak bagi cerita best ni ! Pasal dunia selebriti. Ada pelakon popular kawin 3 dalam senyap ! Haa.. Nak ? “. Tanya Che Ara dengan penuh kepura puraan.

“ Giler takkk nak.. Baiklah.. “. Jawab paparazi tersebut.

Maka ikutlahh si paparazi tu keluar dari restoran tersebut.

image

 

Hurmm.. camana aku nak lari ehh.. “ .

image

 

Ready utk lari.. hehehe.. nasib ko la paparazi oiii !

“ Ok.. sini je la.. Dah sedia ke ? Eh , tu lipas terbang ! Lari bang lariiii..  “ . Jerit Che Ara.

image

 

Maka bertempiran lari si Che Ara menyelamatkan diri !

image

 

Sempat menjelir lidah lagi ! Huhhhh..

image

 

Padan muka ko , paparazi ! Suka sangat menyibuk hal artisss !

image

Moga dapat perlepasan cukai lain kali yer Che Ara..

Gambar oleh : Sony Xperia XZ.

Aku tak mampu tengok THE WALKING DEAD S7 dah !

 

Ending episod 6 dah cukup menyedihkan aku. Dan permulaan episod 7 dah membuatkan aku hilang kata kata. Bukan takut pada zombie dah tapi pada manusia itu sendiri.

Aku tak dah beberapa enjoy nak tonton. Penuh dengan kekejaman bagi aku. Dah la dunia realiti pun penuh dengan kekejaman. Rasanya episod 7 ni , aku tak mampu tengok dah ! Ke sebab aku tua dah ? Hahahaha..

image

image

Dah 6 tahun aku follow drama ni. Memang gempak di awal awal episod tetapi di tengah tengah macam tercari arah haluan drama ni. Dan masuk yang ke 7 ni , terus macam tengok cerita keganasan abis !

Bukan apa.. bila aku tonton tv ni , aku nak relaks skit. Enjoy. Tapi bukanlah nak tonton drama cam si pilot tu haaa.. Tu ‘enjoy sangat’ sampai dah abis pon masih terbawak bawak keluar kehappyannya ! Hahahaha..

image

Dua watak yang aku suka , macam dah..hurmm.. sedih aku ! Huwaaaa ! Namun masih terlalu awal untuk aku hakimi episod ni. Mungkin ada kegempakan di bahagian ke 3 atau seterusnya ???

Banyak watak baru yang gempak ! Kena tenangkan hati bila tengok. Anak anak kecil , tak leh tengok.. 18SG sangat sangat ni.. Hahahaha..

image

Moga bahagian 3 nanti ada sedikit kegempakkan untuk menarik minat aku kembali menonton Walking Dead ni atau aku layan je Awak Sangat Nakal ! Hahahaha..

Berjaya buat Qhaliff tak pakai diapers dah !

 

image

4 tahun dah dia. Dia putus susu ketika usia 3 tahun. Berebut gak la ngan Zahra masa tu. Nak kasi putus , memang payah dia. Dia seolah jatuh cinta ngan susu ibu. Hahahaha.. Akhirnya dia leh fikir sendiri.. dia kata kasi Zahra jer..

Diapers ni , memang susah gak. Hari hari kena cakap ngan dia. Bagitau dia yang sepupu kesayangan dia pun dah tak pakai diapers. Kena tunjuk contoh seseorang untuk kasi dia segan..

Ngan aku , tak jalan sebenarnya. Kena mak dia gak cakap baru jalan. Dan baru baru ni , wife mesej kat aku kasi tau yang Qhaliff tak pakai dah ! Wah , aku terkejut ! Ketika tu aku ada kerja luar. Tak sabar nak balik rumah dan tengok sendiri.

Yer.. dia sendiri bangga tak pakai diapers. Katanya dia dah besar dan sama macam abang Ammar.. Huhuhuh.. Lega dah aku. Jimat dah skit. Kalau tak , letih gak nak beli sampai 3 bungkus diapers setiap minggu.. Huhuhu..

Sesekali langgar pantang larang !

 

Huhu.. secara jujurnya, memang aku kuat semangat nak elakkan diri dari makan makanan yang tak patut aku makan diketika ini. Maklumlah , memang aku berusaha untuk turunkan berat badan hingga ke 85kg. Sekarang ni , 94kg wooo.. Walaupun tak nampak gemuk tapi lemak masih bersepah di sana sini. Kena kerja keras gitu !

Tapi bila sesekali lidah teringin nak makan sesuatu yang sedap.. apa salahnya belanja lidah , kan ? Heeee.. Alasan baik punyaa ! Selepas membeli baju untuk wife di Amir Kadir , terus ke Don’s Diner yang terletak dibawah butik Amir Kadir. Saja nak try makan sini..

Baru masuk ke dalam restoran tu , terus aku di sapa salah seorang staff di situ.. “ Hi Abg Ben. Silalah.. “.

Alamak.. kenallah pulak.. huhuh.. Segan aku. Terus aku tanya satu soalan..

“ Debit terima tak ? “. Maklumlah , ada yang tak amik debit disebabkan isu isu tertentu. Dijawabnya terima terus aku masuk dan duduk bersama Zahra. Wife dan Qhaliff masih berada di butik Nora Danish.

Aku diberi buku menu. Huhhu.. Makanan moden. Ok gak. Malas nak makan nasi gitu. Tapi nak makan apa eh ? Terpandang di dalam buku menu tu ada INSTAGRAM rasmi, Dons.Diner . Terus aku bukak dan tengok apa yang dicadangkan oleh mereka yang pernah ke sana..

image

image

Ok.. aku tahu nak order apa ! Heee.. Terus aku panggil staff dan order. Heeee…

Burger ! Hahahaha.. Lama tak makan wehhhh !

image

image

Dan wife.. pasta ! Dua dua pilihan yang cukup tepat ! Sedap ok ! Sedappp ! Nasib baik sedap sebab aku dah gandakan kalori yang aku dah bakar pagi tadi ! Hahahaha..

image

Serius.. sedap pasta ni. Ada rasa kari skit.. Pedas skit.. Macam macam la rasa dia. Rasa nak tapau pun ada ! Hahahaha.. Tapi cukup cukup la kan.. Bulan depan lak datang makan..

Dan penutupnya..

image

Arghhh.. nasib baik laaa aku dah ‘taubat’ dari makan makanan gini.. Kalau tidakkkk ! Sedap woooooo..

Harga ? Standard restoran cam kat shopping mall gitu jer. Sesekali , apa salahnya kan ? Balik rumah , g gym laa.. 4 jam kat gym ! Hahahaha.. Kononnya.. padahal , tidur ! Penat woooo.. penat !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI