Sabtu, 12 November 2016

Sekarang aku memahami perasaannya..

 

Dulu.. aku tak tau camana rasanya bila hantar anak ke sekolah buat pertama kalinya. Masih aku ingat lagi , mak aku menghantar aku ketika darjah 1 dulu.. Dia menunggu dengan  sabarnya bersama bekalanan makanan seperti air milo dan nasi goreng. Terasa sayu ketika tu melihat dia. Kasihan. Kasih seorang ibu.

Teringat lagi arwah ayah aku ketika dihujung nyawa dia. Setiap kali aku datang menziarahinya , dia pasti akan panggil aku duduk disebelah dia. Dia akan pegang tangan aku dan tak nak lepaskan. Aku menahan air mata masa tu.. sangat sangat.. Aku tunjukkan pada dia yang aku tabah walaupun pada hakikatnya aku sangat lemah ! Aku sebenarnya tak sanggup kehilangan dia tapi kita manusia.. kena redha !

Hari ni.. ada satu event yang aku hadir di The Mines. Aku bawa Qhaliff. Aku nak biasakan dia. Sewaktu emcee meminta semua kanak kanak ke ruangan khas , Qhaliff dibawa pergi. Entah kenapa tetiba aku rasa syahdu sangat ! Huhuh.. Tetiba rasa macam airmata nak mengalir keluar. Giler kauuu.. aku bela dari dia usia sehari hingga sekarang ! Mana pernah kasi orang lain jaga ! Huhuhuh..

Qhaliff menurut je staff tu. Kemudian dia memalingkan muka ke belakang.. memandang aku ! Terus air muka dia berubah dan dia berlari ke arah aku. Aku pandang staff tu dan senyum.

“ Dia belum panas lagi.. Maaf yer.. ‘

Aku usap rambut dia. Dia sembunyikan diri di belakang aku. Gamaknya kalau antar gi sekolah nanti entah camana.. Aku kot yang teriak kat pagar tu nanti ! Hahahaha ..

Abis event… aku bawak dia berjalan jalan.. saja belanja dia sebab dia berperangai baik tadi.. Sepanjang jalan , aku pegang tangan dia. Yer , selagi dia masih kecik dan nak pegang tangan aku.. Nanti dah besar.. ada kawan , segan dah nak pegang tangan ayah dia ni.. Huhuh..

image

Dia sangat manja. Tidur pun nak atas lengan aku. Tak leh kena marah tapi tetap kena gak ! Hehehe.. Aku tak nak spoilkan dia..

Masa berlalu dengan begitu cepat… Nanti dah besar.. nak kawin lak.. Kena lepas terus ! Huhuhuh.. Begitulah kehidupan.. kena terima. Datang dan pergi.

‘Mengambil hak orang’ tak kira tempat !

 

“ Hanphone ba hang hilang. Dua dua sekali. Yang kecik tu dan yang Lenovo tu.. Dok charge dalam bilik masa tu sebab takda bateri. “. Sedih suara mak aku.

Berlaku ketika urusan pengkebumi arwah ayah berapa minggu lepas. Kedua dua telefon tu , adalah kesayangan arwah ayah aku. Memang dia jaga betul walaupun murah. Dia simpan dalam laci berkunci bila tak digunakan dan tidak bercalar jika diletakkan dalam poket. Bukan sebab harga tetapi nilai sentimental , dia jaga sangat phone tu !

Aku tak paham perangai manusia yang jenis suka amik hak orang tanpa kira tempat dan masa  ! Agak agak la skit. Kalau bukan hak kita , jangan usik. Naya kat akhirat nanti !

image

Banyak kes gini terjadi. Sewaktu kenduri kendara adik beradik. Ada yang kehilangan barang kemas.. duit .. haishhhh ! Tak takut kot kat Allah ? Ingat berkat sangat ke amik hak orang ? Tak wooo.. Sepanjang hidup rasa bersalah !

Aku malas nak menuduh orang. Biarlah… ada pasang surut kehidupan ni. Hari ni hari kita.. esok lusa.. sapa tau kan ? Maka sebelum kita nak buat apa apa , pastikan fikir panjang ! Jangan main sauk jer.. Sian insan tu nanti.

Sian mak.. banyak gambar arwah dalam tu..  Huhuh..

Aku bakal hadapi masalah besar tahun depan ?

 

“ Qhaliff… Jom pergi sekolah ! “

“ Tak nakkk… “

“ Aik… kalau tak nak pergi sekolah , Qhaliff nak buat apa ? “

“ Duk umah la.. “

Adoiii.. dah selesa sangat ni duduk rumah ! Dapat macam macam kalau duk umah. Cakap je kat daddy , daddy usahakan..  Huhhh ! Ehh ?? Amboiiii.. lemau dah dak sorang ni..

image

Bangkitkan semangat ke sekolah dari sekarang ? Hurmm.. Ok , fineee ! Belikan dia beg sekolah ? Bawak dia g test sehari kat mana mana taska ? Dan tengok apa reaksi dia ? Hurmm…

Rasanya , dia tak leh lepas daddy dia ni.. Manja sangat dah. Kena marah pon tarik muncung dan tunggu dipujuk baru ok ! Kita try dulu dengan beg.. Apakah reaksinya ?

“ Daddy , i like it ! Thank youuu.. I love you.. “.

So sweeettt.. mulut cam mulut Dato’ Ram ! Hahahaha…

image

Ada yang tanya mana beli beg ni ? Nah , ada macam macam color dan kartunnya.. Pilih ikut kegemaran. Mesti tak sabar nak tayang kat kawan kawan di sekolah ! Hahahaha..

Qhaliff nak Ultraman dan Zahra , Princess .

image

Harga ? Hanya RM30.00 + RM8.00 pos (SM) dan RM35.00 + RM12.00 pos (SS) .Ok la kan ? Kalau berminat ,leh whatsapp ke 012-6460421. Tanya je apa nak tanya..

Apakah berjaya ? Hahahaha.. nantikan je !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI