Ahad, 13 November 2016

Jom bawa anak anda ke KL Tower Mini Zoo !

 

Tak tau mana nak pergi ?? Tak kira la ada anak atau takda anak.. bujang atau dah berkawin..  Aku rasa Zoo In The City di Menara Kuala Lumpur adalah tempat yang cukup best dan rileks untuk mereka abiskan masa lapang mereka. Serius ! Cuba laa..

Hari ni.. team KBBA9 bersama ahli keluarga masing masing , berpeluang berkumpul bersama dan bersantai dengan haiwan haiwan yang manja dan comel ! Heeee.. Lama dah menanti saat ni !

Nasihat aku.. datang awal awal kalau ke sini. Jangan risau bab sarapan pagi sebab ada cafe dan murah je makan kat sini.. heee..

image

Tiket masuk ke KL Tower Mini Zoo berapa  eh ? Meh aku kasi jawapannya.. heee…

image

Ada apa dalam KL Tower Mini Zoo ? Haaa.. Ada anak wallaby berkeliaran wooo tapi aku tak sempat amik gambar sebab teruja sangat berada dalam ni.. Hahaahha..

image

image

image

image

image

image

image

image

image

image

Ada macam macam lagi dalam ni dan aku confirm . anak anak korang akan berpuashati punya ! Mesti diorang akan ajak datang lagi dan lagi dan lagi ! Hahaha.. Bagi aku , KL Tower Mini Zoo ni bukan sekadar bermain dengan haiwan comel tetapi juga dapat belajar mengenali haiwan haiwan jinak dengan lebih dekat.

Abis bermain ngan si arnab.. jom gi makan pizza Domino’s di The Weld. Dekat jer pon ! Sedap dan murah.. huhuhu..

image

Terima kasih KL Tower Mini Zoo kerana menyediakan tempat riadah berkeluarga seperti ini. Sekurang-kurangnya anak kecil kita tak pegang gadget 24 jam… kan kan ?

#GegarVaganza 2016 : Kenapa aku sokong Ameng Spring ?

 

“ You’re fighter ! ”

Walaupun dia terlupa lirik , tapi dia kembalikan keyakinan dengan membuat persembahan yang cukup mengancam ! Ini bukan pertandingan juara lagu pon kan.. hehehe..

Kenapa aku sokong dia ? Fuhh.. gile kauuu.. Meh aku senaraikan lagu lagu dia yang aku suka..

  1. Cempaka Di rembulan
  2. Butakah Cinta
  3. Kita Ditakdir kan jatuh Cinta
  4. Pesanan Buat Kekasih
  5. Romantis
  6. Sejiwa
  7. Kerana Budi Ku jatuh Hati
  8. Bourgenvilla
  9. Sejujur Manakah Kata Kata
  10. Sepi Tanpa Cinta
  11. Sampai Hati

Dan banyak lagi wehh ! Lagu-lagu dia mmg jadi siulan aku sewaktu aku di sekolah dulu. Aihhh , memang payah la nak jumpa kumpulan yang boleh buat album koleksi gini.. Otai seperti Search  Wings , May , Iklim , Slam , Ukays antara kumpulan yang bila buat album koleksi , lagu lagu dia memang best ! Dan Spring termasuk juga dalam senarai tu ! Huhuh..

Dan apa yang berlaku pada dia sebelum ni , amat sekali aku kesali dan dia berjaya kembali dengan penuh semangat ! Bukan mudah untuk kembali bersemangat dan diterima peminat !

Kalau dia terkeluar malam ni.. aku berhenti tengok Gegar Vaganza  untuk musim ni .. walaupun aku sokong Shidi dan Gmie ! Heeee…

Tiada lagi rantai emas untuk Zahra sehingga dewasa ?

 

Tonton video yang dikongsi oleh rakan di Facebook , membuatkan aku rasa dunia untuk anak anak kita ni semakin tak selamat walaupun berada dikhalayak ramai ! Haihhhh.. Apa laaa nak jadi dengan dunia skang ni ! Mudah benar cari jalan singkat untuk hidup senang lenang !

Perhatikan gambar dibawah..

Wanita bertudung putih tu mencari mangsa. Dan mangsanya adalah kanak kanak ! Walaupun bersama ibunya , dia berani jugak laa nak buat kerja. Celaka tul manusia gini !

image

Dia menghampiri mangsa dan melihat peluangnya.

image

Dan… dia ekori dari belakang.. Dapat dan dia bergerak ke arah lain. Buat selamba seperti tiada apa yang berlaku walaupun si ibu tu perasan lalu menjerit meminta pertolongan. Namun perempuan tu berjaya menghilangkan diri..

image

Hurmm… Kalau dapat laaa kat aku orang gini.. Haishhh.. Tak tau laaa apa nasib dia ! Tapi rasanya .. macam takda apa apa berlaku.. serah kat polis je la.. Huhu…

Benarkah pipi tembam wanita itu anugerah yang sangat comel ?

 

Hurmm.. aku pandang pipi wife aku. Teringat sewaktu mula berkenalan dulu.. Memang nampak dah unsur unsur yang pipi tu bakal subur bila dah jadi isteri dan beranak pinak ! Hehehehe..

Tapi apakah lelaki suka perempuan berpipi tembam ni ??? Apakah pipi tembam itu tandanya dia seorang yang berisi ?? Apakah pipi cengkung itu tandanya lebih cun ??

image

Bagi aku laa.. semua tu terpulang pada pembawakan wanita tu sendiri. Tembam atau cengkung , ok je bagi aku.. yang penting perangai tuuu.. perangai tu yang buat nampak comel ! Haaa.. Kalau tembam perangai cam .. hurmm.. payah gak kan ?

Tapi memang betul la.. aku terima kebenarannya.. Perempuan berpipi tembam ni memang comel. Tapi jangan la tembam sangat eh.. Kasi cover skit skit.. Kang kata comel sangat , ada yang terus gi Secret Recepi dan beli kek ! Balun sampai pipi tembam ! Kang kannnggg.. jadi cam yang macam di bawah ni ! Haaaa.. ada yang tuduh nanti sorok makanan kat pipi tu haaa ! Tak kena haruuu.. hahaha ..

image

Tahniah pada mereka yang berpipi tembam… hahahaha.. Aku nak pipi tembam tapi tak pe la.. tunggu usia 55 la nanti.. Aku baru je dah rasa ketembaman pipi.. dan tak sesuai dengan aku.. Hahahaha..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI