Jumaat, 18 November 2016

Model lelaki dan wanita diperlukan !

 

Fuh.. teruja aku bila baca status dari Facebook Amir Kadir yang berbunyi gini haa.. Bukan apa… design design pakaian dia kalau korang gi butik dia , memang mengoda abis laaa !

“ BE THE NEXT FACE FOR AMIR KADIR? “

Sebelum tu , layan jap koleksi yang ada dulu..

image

image

image

image

 

MODEL CASTING dibuka sekarang. Sila hantar  butiran lengkap korang  segera ! Mana tau korang berpeluang untuk  jadi sebahagian dari AMIR KADIR’s 2017 BIGGEST COLLECTION.

Siapa Amir Kadir?

Bagi yang tak kenal , Amir Kadir adalah pereka pakaian untuk bintang Hollywood dan baru saja pulang ke tanah air.

Berminat ? Camana nak mohon ?

Sila isi permohonan secara online http://bit.ly/amirkadirmodelcast

atau

emailkan butiran anda ke  faizal.azhar@abiyattfashion.com

atau

hubungi terus  Faizal Azhar : +601-665 6491

Tarih tutup permohonan , 19th November 2016
============================

Mereka yang berjaya akan hubungi dan casting akan dibuat pada  :

PEREMPUAN : Sabtu 19th November 2016
LELAKI : Ahad 20th November 2016

di

AMIR KADIR BOUTIQUE,
D-11-1, D-11-2, D-11-3,
Plaza Paragon Point 2,
Jalan Medan Pusat Bandar 2,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

image

Sejauh mana korang percaya ?

 

Semalam aku gi premis jual produk suppliment untuk bina badan ni . Aku pun jumpa apa yang aku nak dan amik. Tiba-tiba bro tu kata yang aku amik tu , tak beberapa gempak. Ada lagi gempak ! Dia tunjuk kat aku.

Aku tengok dia. Badan dia tak la gempak mana pon. Tapi dia punya cerita , macam dia dah amalkan ! Seharusnya aku percayakah dengan kata katanya ?  Hurmm..

Aku amik je atas alasan mungkin dia berilmu cuma tak sempat gi gym je untuk cun kan badan.. kan kan ? Positif sungguh la aku.. Hehehehe..

Kemudian dia offer satu produk. Dia cakap bagus untuk boost tenaga. Yelah.. sejak berusia 40 tahun ni , tenaga tak seperti 20 tahun. Walaupun lebih kacak berbanding sebelum ni tetapi tenaga seperti bukan lagi sekawan gajah !

Dia pun cerita la kat aku apa kelebihannya. Aku cakap aku tak nak yang ada kafein sebab ada darah tinggi. Dia kasi satu produk yang lain. Aku baca.. dia pun terangkan. Aku amik je la..

Sampai kat cashier , cashier tu bagitau aku.. yang tu tak sesuai dengan aku sebab ada sedikit kandungan kafein. Merbahaya gak.. Aku tergaru kepala..

Dia tunjuk satu produk lain. Aku pandang dia atas bawah. Kurus kering je dia ! Aishhhh.. Haruskah aku percaya ? Dia sendiri pun macam perlukan suppliment untuk membesar !

Berkat pengalaman aku.. Jangan percaya pada tubuh badan penjual sebaliknya ilmu yang dia ada.. maka aku pun beli je laa apa yang dorang tawarkan..

Apakah berbaloi seperti yang mereka katakan ? Gulppp.. tunggu je la bulan 12. Baru nampak hasil.. Heeee..

image

Sama gak bila gi gym.. Tengok tukang ajar ( personal trainer ) tu , badan dia sendiri ke laut ! Kalau mereka yang baru gi gym , pasti akan ketawa punya. Tapi mereka yang dah biasa ke gym.. mesti akan pk si polan tengah off season.. Hehehehe..

Macam macam..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI