Rabu, 23 November 2016

Black Friday: Harga Hebat , Jimat Pun Jimat oleh CityAds

 

CityAds 1

Mereka yang gemar bershopping , pastinya ternanti nanti Black Friday ni yang dikatakan harga akan diberi ‘potongan luar biasa’ , kan ?

Tapi… takkan nak ponteng kerja kan ? Ahaaa.. Meh aku kasi khabar baik punyaa .. CityAds tau ? Bermula 25hb November 2016 ni , potongan sehingga 90% hanya akan berlaku di blackfridayasia.com untuk mereka yang berada di Asia Tenggara.

CityAds, menjadikannya realiti ! Korang boleh membeli belah  secara  First Real Online Black Friday di seluruh Asia Tenggara ( Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore) !

Akan ada banyak laman web membuat promosi sempena Black Friday ni tetapi CityAds menawarkan keselesaan serta penawaran harga  yang luar biasa dalam satu web saja iaitu di  www.blackfridayasia.com.

Bagaimana ia berfungsi ?

  1. Menjelang awal pagi jam 00.01 (12.01 pagi) pada 26hb November 2016 , sila ke laman web blackfridayasia.com.
  2. Korang boleh pilih apa jua produk yang ditawarkan pada laman-laman web yang terpilih.
  3. Korang perlu ke laman web tersebut dan periksa terlebih dahulu produk tu masih ada stok atau tidak.
  4. Dan , buat pembelian dengan harga yang ditawarkan.

Mudah kan ?  Bukan calang calang online stores yang terlibat yer ! Banyak yang gempak gempak terbabit sama !

image

image

Pastikan korang bersedia sebab.. sapa cepat dia dapat ! Huhhuh.. Maka , sila pastikan korang bersedia ! Kalau rasa takut terlepas , sila ke https://blackfridayasia.com/ dan daftar terlebih dahulu untuk mengelakkan dari terlepas pandang nanti !

Jika korang peniaga online dan berminat nak turut serta , sila email tawaran korang ke  sea@cityads.com. Pihak pengurusan mereka akan menilai dan akan membalasnya kemudian.

Mereka yang pengiklan cam aku ni haa.. blogger ke .. Facebooker ke.. Instagramer ke.. berminat nak buat duit tepi atau side income , boleh daftar jadi publister. Sila daftar di http://join.cityads.com atau email sea@cityads.com.

Jom Shopping ! Tak sabar wehhh !

Jom #TakeDownMrDengue , sekarang jugak !!

 

Kenal nyamuk Aedes ? Kenal kan ? Tapi apa peranan korang dalam membasmi nyamuk Aedes terutama dia kawasan tempat tinggal korang ? Haaa.. Kalau sekadar jaga kawasan rumah sendiri , payah gak kan ?

Banyak pihak terutama pihak berwajib dah mainkan peranan untuk menyedarkan akan bahayanya nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi ni haaa ! Tapi sekadar sedar akan bahaya pon , tak guna gak kalau tak mainkan peranan membasminya.. kan kan ?

Menurut Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (MSIDC), penduduk di Malaysia masih tidak mengambil langkah yang mencukupi untuk mencegah penyakit denggi.

Memperkenalkan, Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang, sebuah jerayawara awam anjuran Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia yang disokong oleh Sanofi Pasteur.

Kempen yang dianjurkan ini bertujuan untuk mengikis sikap sambil lewa terhadap penyakit denggi melalui penggunaan jenaka satira bagi menarik perhatian orang ramai melalui media sosial.

Setelah berjaya mendapatkan perhatian anda, Mr. Dengue berperanan untuk menyampaikan maklumat tentang demam denggi bagi memperkasakan masyarakat umum dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada gejala tersebut.

image

Jerayawara ‘Berjumpa Mr. Dengue, Tetamu Yang Tidak Diundang’ akan diadakan di Blue Concourse di pusat membeli-belah Sunway Pyramid dari pukul 12 tengah hari Jumaat 14 Oktober sehingga Ahad 16 Oktober.

Antara aktiviti yang paling menarik ialah permainan pagar sesat (maze) dalam gaya Pac-Man yang telah direka khas untuk menjadi gelanggang latihan bagi peserta untuk melengkapkan diri dengan peralatan yang diperlukan untuk melawan denggi. Peserta perlu mengumpul kesemua peralatan tersebut dan mengelak daripada ditangkap oleh ‘nyamuk-nyamuk Aedes’ peliharaan Mr. Dengue, yang akan memainkan watak yang sama seperti ‘hantu’ dalam permainan berunsur Pac-Man ini.  Pelajari dengan pantas, lengkapkan perjalanan dalam permainan tersebut tanpa ‘bertembung’ dengan pengikut-pengikut Mr. Dengue serta menangi hadiah premium Mr. Dengue yang istimewa!

Orang ramai boleh juga mempelajari bagaimana untuk membina perangkap nyamuk sendiri serta mengenalpasti kawasan pembiakan nyamuk di kawasan kediaman sebagai sebahagian daripada aktiviti terancang yang dapat menggalakkan anda dan keluarga anda untuk mengamalkan tabiat pencegahan denggi yang baik.

Ok.. ni part menarik ! Sila ke Mr. Dengue's Facebook Page dan seterusnya , sila amik Dengue Readiness Quiz ini . Pastikan korang menjawabnya dengan betul dan tepat yer..

image

Semoga berjaya hapuskan Mr.Dengue !

Ayah jual dadih di jalanan untuk besarkan anak perempuannya.

 

Berhenti sebentar di depan restoran KFC. Qhaliff bersuara nak makan ayam. Payah dia nak makan skang ni. Memilih sungguh. Tapi kalau dapat nasi ayam atau beriani , dia suka la.. Bukan nak makan ayam sangat tapi nak nasi yang ada rasa. Nasi putih semata, dia boring dah kot ??

Aku tak kisah.. Ada duit boleh je aku belanja. Takda duit , duk diam diam kat umah dan makan apa yang ada je. Heee.. Tu pesan arwah ayah aku.

Wife turun gi beli. Aku dan anak anak tunggu dalam kereta. Tak lama kemudian wife kembali ke kereta. Dia tunjuk ka aku sesuatu. Aku pandang dia dan terpinga pinga. Apa yang istimewanya sangat , aku pun tak tau.

Kemudian wife bagi penjelasan. Aku tanya dia kenapa berapa harga ? Dia kata RM5 jer. Aku pandang dia dengan kening berkerut. Takkan RM5 jer ? Dah tu beli berapa ? Wife cakap satu je la..

Aku start enjin dan nak reverse. Tiba-tiba ada seorang lelaki bertopi senget bersama anak perempuannya berjalan di belakang kereta aku. Aku pantas tekan brek. Dia pandang aku dan angkat tangan. Dia suruh aku undur dan dia jaga laluan  kereta. 

“ Dia ni la yang jual dadih ni. Dia merayu suruh beli..katanya untuk besarkan anak dia. “. Wife bagitau aku. Terpandang aku pada anak gadis dia yang masih kecil . Teringat aku pada arwah ayah. Sayu aku melihat anak dia tu. Terbayangkan kalau itu Zahra. Ikut aku ke mana mana untuk mencari rezeki andai aku berada di tempatnya.

Hurmm.. Selepas aku undurkan kereta , aku ucapkan terima kasih. Aku teruskan perjalanan. Sempat aku pandang ke cermin sisi dan tengok dia sambung berniaga.

Aku lajukan kereta aku dan masuk semula ke jalan ke restoran KFC tadi dengan harapan  abang tadi tu ada lagi kat situ. Alhamdulillah… ada ! Terus aku berhenti dengan dia dan bagitau aku nak beli lagi dadih dia !

Aku kuarkan RM20. Mintak satu plastik. Satu plastik tu berisi 5.  Harga RM5.

“ Baki kasi kat anak abang. Terima kasih yer.. “. Aku senyum kat anak perempuan dia.

“ Alhamdulillah. Syukur.. Alhamdulillah.. Syukur.. “. Jawab abang tu.

Sian. Aku terbayang , apa la nasib aku andai aku dalam kesusahan nanti. Apakah yang akan aku lakukan untuk menyara anak anak ? Hurmm..

Tiada minat lagi Upin Ipin dalam kamus anak-anak aku ?

 

Heee.. Tiap kali muncul kartun Upin Ipin di tv , Qhaliff atau Zahra pasti akan mintak tukar ke kartun lain. Zahra suka giler dengan Didi and Friends manakala Qhaliff dengan ‘Oggy and The Cockroaches’.

Ada gak aku try pasang berkali kali tapi tak menarik minat diorang pon. Entah kenapa , aku pun tak tau ! Agaknya membosankan kot ? Kecuali yang Ultraman tu..  Tu pun sebab ada Ultraman.

Nanti akan kuar movie Upin Ipin tapi Qhaliff tak berminat walaupun aku ada ajak  Saja nak tengok reaksi dia.  Dia lebih suka nak tengok Boboiboy Galaxy. Hee.. Aku sokong part ni ! Memang best lagi la Boboiboy Galaxy tu.

Hari ni di Alamanda Shoppling Mall ada Didi and Friends. Aku nak bawak Zahra ke sana. Mesti dia teruja sangat happy bila nampak si Didi tu.

Pagi ni , aku tak gi gym semata mata nak bawak diorang ke sana awal pagi. Malas nak gi time ramai orang ! Hahahaha..

Sebenarnya , aku tak tau apa yang ada kat sana. Tapi macam ada pelancaran Vikids Club jer.. Hurmmm.. Tunggu aku cerita nanti eh. Harapnya berbaloi la !

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI