Jumaat, 25 November 2016

Ke Klinik Maternity Azalea , Putrajaya

 

No no no.. bukan untuk check up pregnancy ! Aariz dah selamat keluar. Dah 80 hari tengok dunia. Alhamdulillah..

Gini ceritanya.. Qhaliff ada masalah kat bibir dia. Sebelum tu , aku kena ! Aku tak tau apa punca tapi aku bubuh losyen vitamin C jer.. Alhamdulillah.. Ok. Tapi bila Qhaliff kena , aku pelik. Apakah berjangkit penyakit ni ? Aku try bubuh Oral Aid tapi tak beberapa mujarab.

Aku ajak wife gi klinik. Dulu aku rajin gi klinik X sebab ubatnya serasi dengan Qhaliff dan Zahra tapi aku kurang gemar dengan staff di situ. Masam mencuka jer muka. Bayar kot datang sana. Bukan free..

Aku ajak wife gi Klinik Maternity Azalea memandangkan mereka pun dah ada rawatan untuk kanak kanak dan bayi. Berdasarkan pengalaman aku selama 8 bulan membawa wife check up di sana , aku berpuashati sangat la..

image

Hari ni aku nak try.. Apakah rawatan untuk kanak kanak sebagus untuk ibu mengandung ? Hurmm..

Selepas solat Jumaat , aku sekeluarga ke sana. Sampai je klinik , Qhaliff tergamam dan teruja. Satu pembaharuan yang ketara. Dia sendiri memuji klinik tu. Cantik dan dia suka , katanya ! Dalam bahasa Inggeris lak tu ! Adehh..

Selepas buat pendaftaran , menunggu la sebentar.. Sementara tu menunggu , Dr. Azalea datang menegur dan berbual. Yer, dialah yang memeriksa wife selama ni dan aku kagum dengan cara dia. Sangat lembut dan mesra layanannya. Korang yang sedang mengandung tu , aku galakkan ke sini la.. Confirm selesa.

Cuma akan ada satu part jer yang aku rasa korang akan agak garu kepala iaitu masa menunggu dipanggil untuk rawatan.  Agak lama menunggu tapi bagi aku itu lebih baik dari cepat jer ! Berdasarkan pengalaman aku la ke klinik swasta ni.. Asal masuk je jumpa doktor , tak sampai 5 minit dah selesai dan tak puashati ! Anak kita  diperiksa ala kadar. Bayaran termasuk sekali ngan kaunseling. Adehhh..

Tetapi di sini.. berbeza sama sekali.. Anak kita diambil berat dan tinggi serta tekanan darah terlebih dahulu. Doktor pun akan bertanya latar belakang jika kita pertama kali ke sana mendapatkan rawatan untuk mengelakkan dari berlakunya masalah di kemudian hari… contoh alergik terhadap ubatan.

image image

Bila tiba masa jumpa doktor , baru tau mengapa dan mengapa agak lama menunggu tu! Doktor teliti dalam memberikan rawatan pada setiap pesakitnya ! Bukan main belasah je pastu beri ubat.. Ubat pon beri atas permintaan pesakit ! Tapi di sini tidak.. dia berikan pendapat terlebih dahulu dan ubatan yang bersesuaian dengannya. Itu lebih baik , kan ?

Nak yang terbaik , kena la bersabar.. kan ? Dan inshaAllah akan berpuashati..

Berbalik pada Qhaliff dan Zahra.. Aku dah tau apa punca sakit kedua dua anak aku tu. Hurmmm.. Jika sakitnya belum reda , dia nasihatkan datang kembali ke klinik dan diberi ubat lain.

InshaAllah.. Keselesaan adalah keutamaan aku dan rawatan terbaik adalah untuk anak anak.. kan kan ? Hee.. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , korang leh call 03-889 31890  atau 03-889 31891.

Oh ya.. untuk wanita wanita yang punya masalah sakit wanita pun di sini menyediakan rawatan yer.. Doktor perempuan gak check .. heee..

Boleh check IG mereka di Azalea_Maternity_Putrajaya atau di facebook , Azalea Maternity.

Cuti sekolah dah tiba. Nak bercuti ? Aku ada idea !

 

Minggu depan cuti sekolah dah kan ? Teringin nak bercuti luar negara sekeluarga atau nak ke tempat tempat yang tak pernah pergi tapi takut atau rasa tak selamat ? Yer , aku tau camana rasanya… Teringin tapi sebab tak berpengalaman maka pendam je rasa tersebut.

Guna agen travel je la ! Tapi masalahnya , boleh percaya ke dengan agen travel ni ? Banyak kes agen travel ni makan duit orang ! Beria amik duit pastu , ilang ! Kan kan ? Disebabkan gitu , ramai jadi fobia nak gunakan khidmat agen travel. Atau janji lain , kasi lain ! Haaaaa.. Kes naya la gini !

Ok.. Aku kasi agen travel yang boleh sangat dipercayai ,  Ayden Averroes Travel Sdn Bhd. Team Kembara KBBA9 ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) sedang berada di Thailand sekarang ni. Mereka sedang menuju ke Phuket dan Krabi. Pakej mereka ke sana selama 4 hari 3 malam.

image

image

image

Dan kalau korang tengok di Instagram Ayden Averroes Travel , ada banyak dah trip mereka bawak. Ternyata sangat sangat boleh dipercayai. Kalau malas nak keluar negara , dalam negara pon mereka boleh uruskan  Bagitau je nak gi mana.. InshaAllah , akan diuruskn dengan baik.

Team Kembara KBBA9 masih berada di sana dan ternyata aku rugi tak ikut ! Hahahaha.. Betul betul bergembira di sana. Cuaca pon cantik jer..

image

Korang leh follow hastag ni untuk melihat aktiviti mereka.

#krabikamipegang
#aydenaverroestravelsdnbhd
#teamaydenaverroestravel
#kelabbloggerbenashaari #kbba9#kembarakbba9 #nomoreexcusetotravel#pakejmurahmurahkakjoyah

Aku gi bulan Januari tahun depan. Masa CNY nanti.. Hahahaa.. Jommm ! Nak gi sekali tak ? Hahahaha ..

Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke..

Fb page: Ayden Averroes Travel
Ig: @aydenaverroes_travel
Ig :@pakejmurahmurahkakjoyah

Gi la bercuti sesekali.. kasi hilang stress tu anak anak yang asyik dengan buku sekolah tu !

Bila Qhaliff mintak PS4 !

 

“ Daddy.. nak yang camni camni camni tuuu.. Nak Ultraman lawan.. “. Pinta Qhaliff.

Aku pandang muka dia. Hurmm.. Dia pandang muka aku dengan gaya kasihan sambil tangan dia mengayakan seperti sedang bermain game PS4.

Nak beli ke tak nak eh ? Kalau aku beli , rosak masa depan dia ni ! Huhuhu.. Ke masa depan aku yang rosak sebab aku yang akan main lebih dari dia ? Hahahaha..

image

Aku tak tau mengapa bila Qhaliff meminta sesuatu , aku mesti nak tunaikan. Zahra lak , dia bukan jenis taksubkan sesuatu. Dia taksub bab makan je .. Hahahaha.. Kalau dia pegang mainan yang dia nak tetiba nampak makanan yang menarik perhatian dia , permainan tu dia akan letak dan akan amik makanan ! Haaa.. Kena bawak dia gi food review la gini eh ?

Kembali ke Qhaliff.. Aku nak beli ke tak ? Tahun depan dia akan masuk ke taska. Kalau aku beli , kepala dia akan dok asyik dengan game jer. Dan dia akan jarang bermain dengan adik dia lak..

“ Qhaliff kecik lagi. Qhaliff besar nanti , daddy beli .. ok ? “. Jawab aku.

Tau dia kata apa ?

“ Daddy cari duit dulu.. ok ? “. Wah , pandai dah anak aku.. Dia suruh aku cari duit dulu untuk dia. Hahahaha.. Ok , best part ! Ni best part ni..

Di Alamanda pada satu hari tu.. Aku berjalan dengan dia. Lalu depan mesin ATM. Terus dia tunjuk kat aku..

“ Daddy.. cari duit.. pastu beli eh ? “. Qhaliff menuding jarinya ke mesin ATM.

Amboi amboi amboiiiiiii ! Aku ingatkan aku kena gii kerja cari duit. Rupanya mesin ATM tu laaa tempat dia carik duit ! ARghh.. mudahnya kehidupan kalau gitu haaaaaa !

Mengandung atau gemuk ?

 

Masalah sebenarnya.. Kejadian berlaku di Times Square tengahari tadi. Dalam lif , ada la sepasang laki bini bersama kitorang. Si isteri nampak peramah. Dia menegur Aariz. Aku memandang dia. Kelihatan dia seperti mengandung.. kot ?

Si isteri menegur wife… dia bertanyakan umur Aariz. Wife menjawab. Dan kemudian wife pon bertanya kembali..

“ Mengandung ke ? “.

Soalan ni maut sebenarnya. Kalau orang tu jenis sinis , dia akan bagi jawapan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia jenis matang , dia akan jawab dengan ramahnya..

“ Ya.. “. Jawab si isteri. Aku tahu soalan seterusnya iaitu berapa bulan. Aku pun sebenarnya nak bertanya memandangkan dia seorang yang ramah.

Tetapi..tak sempat bertanya lif berhenti di tingkat yang mereka inginkan. Si suami bersuara..

“ Tak.. dia cuma gemuk saja.. “.

Serius.. sangat kurang ajar cara dia menjawabnya. Aku mampu gelengkan kepala jer. Nasib baik dah keluar.. kalau tak , mau aku jawab semula jer.. Tapi aku malas dah sekarang ni nak bertekak dengan orang tak dikenali.. Mampu istighfar dan lupakan saja..

image

Susah jugak dalam situasi gini. Kalau kita diam dan tak beramah mesra , dikatakan sombong.. Kalau nak tanya , dalam keadaan gitu yang masa tidak begitu banyak , kena tanya soalan yang ada di kepala je la kan ?

Entah laa.. serba salah sebenarnya.. Buat cam aku jer mudah pasni.. Pakai earphone dan wat dek ! Lantak laaa..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI