Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 2 Disember 2016

Keji sangat jadi blogger ni eh ?

 

image

Hurm.. terasakah aku ? Ikutkan tidak la sebab aku pun bukan kenal sangat diorang ni tapi bila baca komen komen yang ada di dalam status ni, aku rasa kesian jugak la kat diorang.. Bukan salah diorang pon cuma diorang tak kenal atau tak tau apa itu blogger sebenarnya..

Antara komen di situ..

  • “ Blogger nie dh mula buat hal dah..nak porak perandakan rumahtangga org utk kepentingan diri & wang.. nak bg laki bini cerai berai “
  • “ Elakkan dari buka page yg ada bunyi blogspot tu seme. Mcm haram mereka tu nk buat duit. Letak tajuk sensasi,fitnah pun tak kisah.. pastu bila buka je,iklan judi la..hotel la semua keluar! Stop all the shit u bloggers! “

Alahai.. bukan semua gitu.. Yang buat kerja kerja gini , bukan blogger. Tu semua pencari makan di media sosial. Masalahnya , sapa suruh baca kat situ kan ? Gi la baca kat media media yang korang rasa ianya lebih tepat dan jitu..

Blogger blogger yang tulis pasal hiburan ni dah tak ramai aku rasa.. Mereka lebih gemar tulis pasal lifestyle , fashion , gadget , makanan , travel , parenting dan niche niche yang lebih memberi manfaat pada masyarakat. Pasal hiburan cam artis nak bercerai.. kawin ni.. adeh.. buang masa la bagi aku melainkan ianya berkaitan dengan blogger tu sendiri .. contoh kawan dia tu artis.. dia ada fakta yang lebih tepat dan sahih.. ok la kan ?

Meh nak cakap skit.. Yang blogger ni la dok sampaikan maklumat terkini setiap jam.. pantas dan lebih viral ! Terpulang pada pembaca nak nilai sendiri kesahihan dengan menggunakan akal ! Bila google , cari info tu berkali kali. Yang terus percaya tu , salah sendiri la ..

Cam aku.. aku sendiri tak percaya pada berita utama di tv cam.. Buletin TV3 tu haaa.. Tapi tak semua dalam tu , tak leh dipercayai kan ? Cam.. berita sukan atau iklan selepas berita politik.. tu leh la caya.. kan kan ?

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI