Ahad, 4 Disember 2016

I Want Baby !

 

Teringat 8 tahun dulu.. ketika awal awal kawin , wife dok asyik cerita pasal kawan kawan dia yang baru kawin dah mengandung dan ada yang dah beranak pon ! Tapi kitorang dah nak masuk 2 tahun takda tanda tanda nak punya baby !

Secara jujurnya.. aku sebagai suami memang stress dengan bila wife dokk cakap pasal orang lain ! Rezeki masing masing. Bukan kita je takda anak.. ramai lagi takda anak ! Segalanya bersebab ! Kan kan ? Allah Perancang Terbaik ! Jangan dok mengeluh tak tentu pasal. Usaha dan doa jangan putus.

Alhamdulillah.. sekarang dah ada 3 orang. Ada 3 orang ni pun macam ada 10 orang ! Aku tak tau la camana orang dulu dulu boleh handle anak yang ramai. Memang aku kasi tabik hormat la kat otai otai dulu..

image

Hurm.. Bila dah ada anak.. Lain pulak ceritanya ! Anak tak terurus. Bila laki bini gaduh , anak jadi mangsa ! Haihhh… Bila anak jadi mangsa , baru nak menyesal tepuk dahi ! Ada yang sampai naik tangan pada anak sebab nak lepaskan amarah. Hati hati , kawan ! Jangan begitu. Mereka tak bersalah ! Mereka tak tau apa apa.

Maka.. sila selak kembali niat dan matlamat kita. Anak ini amanat Allah. Jangan sampai Allah amik kembali. Masa tu baru tau… tiada apa yang lebih penting  selain dari anak !

Cantik , bersih , kemas tapi gagal ‘menyinar’ !

 

Berhenti makan di satu restoran berhampiran Hospital Setiu , Terengganu selepas selesai majlis persandingan adik ipar di Pekan, Pahang. Jauh perjalanan aku minggu ni. Sian kat anak anak duduk lama dalam kereta. Hurmm..

Aku berhenti kat sini selepas puas mencari restoran yang sesuai untuk berhenti makan malam. Hurm.. hancur diet aku bila balik Kelantan ni.

Ternampak dari jauh restoran yang aku tak tau nama ni.. terus berhenti selepas dapati ianya kelihatan cukup menarik dari jauh. Kalau di KL , restoran gini punya cun.. confirm penuh dengan orang ! Persoalannya , apakah keistimewaan restoran ni selain dari cantik , bersih dan selesa ? Apakah makanannya sedap dan unik ? Hurmm..

image

image

image

Layanan , ok ! Memang puashati. Cuma part makanan.. hurm.. sayang sungguh la.. Restoran gini punya konsep , makanan cam gerai siam tepi jalan di area KL jer.. Maksud aku ialah makanannya biasa biasa jer. Takda yang mampu membuatkan aku rasa cam nak tambah lauk lain atau mintak nasi tambah. Kiranya boleh la makan untuk sekadar kenyang. Air carrot epal yang aku mintak pon aku rasa aku buat lagi sedap ! Huhuhuh.. Maaf.. bukan nak kritik tapi mintak kalau boleh buatlah sesuatu yang lebih menarik dan unik pada makanan tu.. seiring dengan konsep restoran tu. Baru da booomm !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI