Selasa, 6 Disember 2016

Nak 'stalk 'tak kekasih hati anda di Facebook ?


Hahaahha.. masak laa pasni weh ! Sapa sapa kaki stalk mesti suka punya. Caranya mudah jer… Tak susah aihh.. Keyword di Facebook mesti betul !
Contohnya :  “ post yanie yusuf likes “ atau “ post ben ashaari likes “.
Fuh.. pastu leh tengok laaa sapa dia like ! Kot la post kekasih hati sendiri tak like tapi sibuk dok like gambar awek cun tah sapa sapa tah.. dok like gambar artis hensem laa.. tapi post boyfriend sendiri tak endah ! Hahahaha.. Jarum weh.. jarum ! Kasi bakarr ! Hahahaa.. Setan tul !
image
Ruangan Search tu kalau dimanfaatkan , memang berbaloi la ! Macam macam boleh dicarik wooo .. Tapi jangan carik bukan bukan dah la yer ! Harap dimanfaatkan sebaiknya.. Heee..

Cabaran bila dah kawin tapi masih nak jaga badan !

 

“ Abang.. jom turun makan. Ma ( mak mertua ) suruh makan. “.

Adehhh.. Tak kira la mak mertua ke.. mak aku sendiri ke.. bila suruh makan , aku ‘kena’ gak makan ! Dan bila dah makan , confirm bukan sepinggan jer.. confirm menambah ! Ditambah ada lauk pauk yang membuka selera , abis laa diet aku.

Bila dah makan.. nak tak nak , kena gi bakar balik ! Kalau tak.. hurmm.. naik balik la perut tuuu !

image

Dalam usia 40 tahun ni , bukan mudah sebenarnya nak maintainkan badan. Dengan metabolisma yang dah menurun.. masa yang mencemburui aku.. tapi disebabkan kesihatan , aku kena gak gi bersenam !

Dan kalau aku tak gi , selera makan aku membuak buak naik ! Ditambah lagi dengan sekarang ni aku kat Kelantan , makanan memang sedap sedap belaka.. Segala detox atau sayuran yang diamalkan ketika di KL ari tu , memang hai hai bye bye laaa !

Balik ke KL nanti , satu lagi cabaran bermula. Wife dah mula kerja. Aku kena jaga 3 orang anak. Tiada lagi masa siang yang bebas utk aku gi gym. Yang ada sebelah malam jer ! Tu pun kalau larat dah. Siang jaga anak , confirm penat wehh.. Ingat tak penat kee !

Apakah aku perlu mengalah dan membiarkan saja aku kembali boroi seperti 3 bulan lepas ?????

Biar masa saja menentukan..

Ketagihan roti Gardenia yang 85 sen tu !

 

Entah mengapa.. bila gi mana mana pasaraya , bila ternampak roti Gardenia Coklat dan Jagung tu , confirm beli ! Bukan satu atau dua.. kekadang borong.. Ala , yang 85 sen tuuu.. Dulu 50 sen jer.. Aku buat bekal gi pejabat.. Makan ketika sarapan dan makan tengahari. Bajet weh ! Gaji ciput masa tu.. Huhuh..

Sekarang ni , wajib ada untuk sarapan pagi di rumah. Qhaliff dan Zahra memang hantu roti ni. Coklat adalah pilihan. Lain lain perisa , memang tak nak dia.

Kalau dicicah dengan kopi panas atau milo panas memang perghhh.. Maggi Mee pon leh bungkus woooo .. Kelembutan tiada tanding taranya.. hahaha ..

image

Semua perisa aku suka weh ! Kalau memandu jauh , buat bekal dah sekarang. Buat lapik perut kata orang. Pernah satu ketika tu , di KLIA 2 .. sewaktu di pasaraya berjenama X ,  aku ternampak la sorang perempuan ni.. Dok pandang kiri kanan. Usha line.. Pastu dia amik banyak roti ni dan masukkan dalam bakul. Dalam hati aku masa tu..

“ Ni mesti nak bawak balik Sabah atau Sarawak ni.. “.

Bukan apa… dengar citerya , kat sana memang takda roti ni dan roti ni memang leh buat bisnis la sapa yang balik dari semenanjung ! Hahahaha.. Leh up harga wehhh !

Ada cerita yang aku dengar mengenai roti ni mengapa tak boleh masuk sana tapi tiada kesahihan. Maka aku tak nak sebarkan cerita tak sahih la.. kan kan ?

Dan aku try tanya rakan rakan di Facebook mengenai roti ni.. Ramai yang bagi respon. Terima kasih. Antaranya jawapannya ialah ..

“ Bukan tak boleh masuk ke sana, tapi memang takde dijual kat sana..saya kalo balik bintulu memang beli banyak2 untuk family..diorang suka roti gardenia sebab lebih lembut dan lain sangat dari roti2 kat sana.. (dengan harapan ada la pihak Gardenia baca, terus bukak kilang kat sana..haha) “

“ D Sabah mmg ada Gardenia..Tp x sesedap yg d Smjung pya..Mmg berbeza rasa&roti tu agak keras skt kalo nk d bndgkan gan yg d Smjung pya.Kalo p Smjung mmg borong byk2 roti Gatdenia hahaha “

“ a..tp bkn sbb x leh jual..mmg x der jual roti gardenia kt sna...sbb sana diorng buat roti sndiri majukn ekonomi sana.. “.

“Labuan ada jual, tue pun bawa dr semenanjung jgk.. tp harga naik sikit la, bukan 85sen “

Dan ketika aku nak update entri ni , aku dah bekalkan untuk aku dua bungkus roti jagung tapi Zahra menjerit nak ! Pantang nampak la roti ni.. Huhuh..

Aku pun kasi. Dan tak sampai sesuap..

image

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI