Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 13 Disember 2016

Taska mana sesuai untuk Qhaliff Iman ?

 

Aku pening nak pilih taska untuk Qhaliff. Nak yang dekat , ada. Boleh jalan kaki ke sana. Dekat sangat dengan rumah… Tak pasti sesuai atau tidak dengan Qhaliff yang gemar cakap omputeh tu walaupun ke laut bunyinya.

Atau di Putrajaya.. dengan ngan pejabat wife. Dia gi kerja , leh antar terus Qhaliff. Cuma masalahnya , apakah nak hantar separuh masa atau sepenuh masa ?? Kalau sepenuh masa.. kesian kat dia lak kan ? Baru 5 tahun dah gi sekolah lama lama.. Dan Zahra serta Aariz , takda abang long di rumah !

Arghhh.. Cepatnyaa masa berlalu. Tak bersedia aku nak ‘sekolahkan’ si Qhaliff. Tak abis bermanja lagi aku dengan dia.. Huhuhu..

image

Pening aku.. pening ! Rabu ni nak gi test satu taska di Putrajaya dulu. Tengok camana penerimaan dia. Yuran pun leh tahan gak harganya…  Kat rumah aku pun gitu gak.. lebih kurang jer. Cuma mudah untuk aku je la nak antar dan jemput dia.

Teringat aku dulu.. mak aku antar ke Tadika Kemas jer ! Heheheh.. Berjaya gak jadi ‘orang popular’.. Hahahaha…

Air lemon suam campur madu melegakan perut !

 

Nasib baik ilmu yang diperolehi ketika ‘berguru detox’ di Phuket beberapa bulan lepas , berguna buat aku petang tadi. Segalanya bermula bila aku minum susu gym aku tu .. pastu pekena laksa Kelantan. Memang sedap laaa ! Dua pinggan aku lanyak. Gambar pon tak sempat amik untuk post di Instagram seperti biasa..

Di gym.. aku asyik sendawa.. angin nak keluar tapi tersekat kat ulu hati. Pedih betul rasanya. Hilang mood nak workout ! Nak balik , rasa sayang sebab dah bayar yuran masuk ! Hurmm..

Akhirnya mood aku mati… sebab badan tak sedap dah rasa. Balik rumah terus. Rasa tak sedap tu masih ada. Tak tau nak buat camana nak kasi ilang. Rasa menyesal menjelma makan banyak sangat tadi.

Tiba-tiba teringatkan air lemon yang mampu meneutralkan pH dalam badan. Asid sudak lebih la nih.. Huhuh.. Sampai di rumah ,mintak  wife buatkan air lemon segelas .. Dan minum ! Alhamdulillah ! Terus hilang rasa angin tu.. Takda dah angin tersekat sekat. Selesa sungguh badan pastu !

image

Sekadar Gambar Hiasan dari Instagram – Detox Water

Yup.. dulu memang aku amalkan air lemon tu setiap hari tapi sejak berada di Kelantan ni , memang payah nak buat. Jus sayur yang biasa aku buat pon tak usik langsung di sini. Hurmm.. Seminggu lebih tak minum dan makan pon main belasah jer. Nasib baik gi gym. Kalau tak ? Hurmm.. sia sia kerja keras selama 2 bulan lebih !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI