Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 15 Disember 2016

The Legend Resort Cherating destinasi percutian keluarga !


Cuti singkat minggu depan ? Atau bulan depan ? Tak tau nak bercuti ke mana ? Malas nak naik kapal terbang ? Nak sokong percutian dalam negara ? Heee..  Gi je pantai timur ! Memang terbaik untuk percutian dalam negara punya.
Legend Resort Cherating , Pahang  ni , bukan pertama kali aku singgah menginap di sini. Dah lebih 10 kali dan ianya tetap tidak menghampakan. Banyak faktor kenapa aku memilih Legend Resort Cherating ni dan paling utama ialah keselesaan dan pantainya yang bersih serta mendamaikan.
Hotel ni lama dah wujud. Tidak dinafikan bukanlah seperti hotel hotel mewah yang lain seperti yg pernah korang kunjungi dari sudut dekorasi bilik dan sebagainya tetapi bagi aku ,  Legend Resort Cherating ni , tetap memberikan aku penginapan yang memuaskan hati.
Yang pastinya jika kita datang sini bersama keluarga tercinta , ianya akan menjadi keseronokkan buat anak anak kita dan di sini , kedamaian menjadi teman baik. Tak perlu risau dengan bunyi bunyian yang memekakkan telinga. Suara ombak menghempas pantai adalah paluan yang sangat merehatkan.
Ok.. apa ada kat sini ? Hurmmm..  Pantai yang bersih ! Tu penting tu.. kolam renang mesra kanak kanak.
image
image
image
image
image
image
Gym pon hado.. heeee.. Seronok aku dapat berpeluh di sini..
image
image
Bilik camana ? Ok ke ? Besar ke kecik ? Ok.. bilik kat sini ada pilihan. Kalau sekadar berdua , harga dalam RM200 lebih. Tu harga ketika aku di sini. Lepas ni aku tak pasti la yer.. Kena call tanya sendiri. Dan nak bilik lebih besar.. harga lain..
image
Dan bagi mereka yang gemar makan , sekarang ni ada promosi makanan juga. Boleh cuba menu Atlantic Halibut. Aku rasa dah. Menepati selera aku. Dan ada banyak lagi makanan yang boleh korang cuba di sini..
image
image
Hainan Chicken Rice pon sedap !
image
Bagi mereka yang cam aku ni.. buat kerja di mana mana.. kat sini disediakan wifi percuma. Tak yah bayar dah ! Heee.. dan wifi pon ok connection dia. Leh update blog gak.. heee ..
image
Aku nasihatkan , booking dulu sebelum nak datang sini sebab senantiasa penuh kat sini.. Untuk maklumat lanjut korang boleh lawat http://www.legendresort.com.my/ atau ke instagram Legend Resort yang pantas reply mesej anda.. @legendresort.cherating.
Dan ini adalah hotel pertama buat Aariz Iman. Heee… Terima kasih The Legend Resort Cherating.
image
Pasni nak gi hotel mana lak eh..

LPT2 memang ‘berhantu’ !

 

Bertolak dari Kok Lanas pagi semalam , sememangnya dah lewat bagi aku. Ikutkan , lepas subuh dah kena gerak ! Ini untuk elakkan mata aku keletihan di kala matahari tegak atas kepala. Bila ini berlaku , kami sekeluarga sudah pon berada setengah perjalanan.

Hurm.. aku pasang waze. Niat nak ikut jalan biasa jer yakni Gua Musang sebab dah tau selok belok jalan tu.. mana berlubang.. mana yang selekoh bahaya.. Tapi entah apa giler , aku biarkan Waze memandu arah aku kali ni..

6 jam sampai ke Bandar Baru Salak Tinggi. Boleh tahan laju gak ikut Waze kali ni. Aku tengok arah perjalanan dan .. ikut LPT2 ! Hurmm.. Aku tak gemar nak lalu situ ! Tapi alang alang dah bergerak.. nekad je la..

Jam 12 tengahari.. Cuaca baik sungguh hari ni. Tak banyak kenderaan di atas jalan raya. Memasing memandu dengan kelajuan yang mereka inginkan. Tapi aku tak berani nak laju sebab anak anak sedang tidur di belakang dan aku.. dalam keadaan pening kepala gara gara tak cukup tidur semalam dan makan fries banyak sangat ! GARAM ! Takda air lemon untuk hilangkan rasa masin di lidah ! Aduhhh.. stokk abis !

Mata semakin layu. Beberapa kali aku berhenti di RNR yang disediakan untuk melelapkan mata. Tapi bila berhenti , mata terus segar ! Grrrrr .. geram aihhh..

Ok.. aku bergerak semula selepas berhenti 5 minit.  Dan , mata kembali mengantuk. Ada seketika , aku terlena sesaat dan nyaris.. nyaris langgar lori yang ada di depan mata !  Astagfirullah Al A’zim..  Nasib baik !

Terus aku bagitau wife.. Kita berhenti rehat di Cherating. Tidur semalam kat sana. Cari hotel yang sesuai dengan budak budak.. Dan dalam kepala aku , Hotel Legend Cherating. Hotel ni dah boleh dikatakan sebati dengan aku ! Walaupun pernah inap di Holiday Villa , aku rasa hotel ni cam lagi best. Suria Cherating , aku lom try lagi tapi tak berani nak try sebab harga dia leh tahan gak wooo.. Hahahaha..

Oh ya.. part berhantu di LPT2 ni , aku rasa ramai tau dah.. dan ramai dah kena kacau kan ? Hehehehe.. Kalau korang lalu kat situ , mesti tau punya laa.. Kadang kadang yang berhantunya adalah pemandu yang kurang asam ! Tu lebih hantu dari hantu hantu zombie yang sedia ada !

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI