Jumaat, 16 Disember 2016

Ni semua salah DORAEMON !

 

Sebelum ni Qhaliff suka pergi sekolah. Dia sering ikut mak aku atau adik ke sekolah untuk mengambil atau menghantar budak sekolah. Yer , diorang pengusaha bas sekolah.

Aku saja biarkan dia ikut supaya dapat alami sendiri suasana bersama pelajar sekolah. Alhamdulillah , dia suka sangat ikut. Pantang diajak jer.. terus melompat nak ikut.

Tapi segalanya berubah selepas dia menonton kartun Doraemon ! Aku dengar skrip dia pun aku dah syak mesti dia akan takut punya pasni nak ke sekolah !

Ada satu babak yang mana Nobita taknak gi sekolah dan menyorok dari mak dia kalau tak silap aku. Dia tak nak gi sekolah gara gara kerja rumah tak siap.

image

Dan selepas tu , bila sebut je sekolah , terus dia reject !

“ Qhaliff  tak nak gi sekolah “.

Dia rela buat apa saja yang selama ini dia takut , asalkan tak payah gi sekolah ! Hahahaha.. Aku senyum jer. Dia tak rasa lagi. Nanti dah rasa, aku rasa dia nak berkhemah terus kat sekolah dan tak nak balik rumah.

Kenapa aku cakap gitu ? Sebab dia ni peramah.. mudah mesra dengan orang dan nak sangat berkawan dengan rakan sebaya. Sebab tu aku tak risau pon.. Hee.. Er , aku harap andaian aku tu betul la.. Hahaha..

Kalau tak.. jenuh berdrama depan taska nanti ! Dan aku belum lagi daftar taska dia .. Aduhhh !

Berlari untuk Kebajikan ! TAHNIAH buat CP Group Malaysia.

 

image

Ok.. pada mereka tak tau.. baru-baru ni  CP Group Malaysia serta Kedutaan Thailand telah sama sama melancarkan CP Charity Fund Run 2016 bagi menjana dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik di kalangan masyarakat.

Badan kebajikan yang terlibat adalah Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Negeri Perak dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Negeri Sembilan (PENYAKIN NS). Setiap badan kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM10,000 bagi membantu mereka menangani perbelanjaan harian, yuran penyelenggaraan dan kemudahan pendidikan bagi sejumlah 85 orang kanak-kanak dan 42 orang dewasa yang kurang upaya.

CP Charity Fund Run telah berlangsung di Setia Eco Park dan berjaya mencapai sasaran penyertaan serta sokongan mereka yang prihatin dengan golongan kurang bernasib baik.

image

image

Buat mereka yang tak tau , CP Group Malaysia mengeluarkan ayam dan telur segar yang kaya dengan protein serta ayam goreng, sosej dan makanan sedia makan dan sebagai sebahagian daripada rancangan akan datang, mereka berhasrat untuk menekankan pembangunan teknologi hijau dan menjadi lebih mesra alam.

Tahniah buat CP Group Malaysia atas kejayaan ini. Moga di tahun hadapan , lebih ramai sertai larian ini termasuk blogger ! Heee…

Semua kena selsema kecuali aku !

 

Huhuh.. bukan bangga pon. Rezeki aku sebenarnya. Tapi kesian kat anak anak serta wife yang dok selsema teruk sejak 3-4 hari lepas lagi. Peliknya , aku sorang je tak kena selsema mahupun demam !

Paling kesian , Aariz. Hurmm.. abis meleleh leleh hingus keluar. Masa kat Kelantan ari tu , dia demam gak. Ubat Batook Ori yang dibawa pulak dah abis ! Stress pulak. Yelah , ubat Batook Ori tu sesuai dengan anak anak aku. Sejak kecil lagi diorang dibagi guna selepas mandi atau kena selsema. Orang tua pun leh je pakai.. cam aku bila sakit kepala sebab memandu terlalu lama bila pulang ke Kelantan , ubat Batook Ori memang aku cari punya !

image image

Tapi sayangnya ,siapa sangka… wife terbawak 2 botol je balik kampung. Dan bila Aariz selsema , memang takda minyak dah yang sesuai untuk diletakkan di dada dia.. Sian dia !

Sedut selsema dia ? Aku risau aku sedut terkeluar sekali ngan paru paru serta buah pinggang dia.. Maka, aku biar je la wife uruskan part sedut tu ! Hahahaha ..

Yang pasti.. dia nak tidur atas dada aku.. Baby nyenyak tidur atas dada aku.. Haa.. bayangkan bukan baby ! Haaaa… Aku maksudkan kucing siam atau parsi. Jangan pikir bukan bukan yer..

image

Kalau ada agen kat depan mata, lama dah aku beli walaupun stok di rumah banyak lagi.. Huhuh.. Sayangnya takda la pulak ketika di Kelantan tu. .Hurm..

Yeke takda ? Kena check balik ni.. Jom check kat Pati Batook Ori ni agen agen berhampiran. Moga kejadian seperti ni tak terjadi lagi. Namun sehingga kini aku masih pelik.. Kenapa aku terselamat dari virus selsema itu ???

Sebenarnya , aku tau kenapa.. heeee… Alhamdulillah..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI