Isnin, 19 Disember 2016

Kembali dengan pemakanan yang sihat !

 

Aku tak pernah rasa kurma semanis sekarang ni ! Sebelum ni , aku makan kurma , rasa dia biasa jer ! Camana la orang leh kata manis ? Pelik tul…

Dua hari aku kembali amalkan sayur-sayuran dan semalam aku makan kurma untuk hilangkan rasa lapar dan terasa kurma tu cukup sedap dan manis ! Bukan sebab aku lapar yer.. Tapi sebab jus sayur yang aku buat tu , telah ‘membersihkan’ toksik dalam badan. Ini yang aku rasa ketika aku berdetox di Phuket beberapa bulan lepas ! Kalau korang ingat lagi entri tu , korang akan paham.. hee..

Alhamdulillah.. sejak mengenali kepentingan sayur sayura hijau pada tubuh badan aku ni , aku dah tak usik sangat makanan yang boleh memudaratkan organ dalaman aku… seperti maggie ! Huhuhuh.. French Fries KFC aku makan pun terasa masin walaupun tiada garam ! Acaner tu ?

image

image

Ramai kawan kawan di Facebook akan terasa ‘semacam’ bila tengok gambar ni kan ? Tapi percayalah.. bila ada epal hijau dan lobak merah tu ,air yang korang buat tu akan sedap sangat ! Haaa.. Bubuh la sebanyak mana sekali pun sayur dan tomato.. memang tak terasa sangat !

Apa kesannya pada badan kita ? Yang pertama , aku amik ni untuk ganti makan malam yang mana aku gemar makan berat punya ! Bila minum air ni , dah rasa kenyang dah. Kalau terasa lapar , bedal je kurma atau timun Jepun tu.. sedap ! Huhuhu..

Yang kedua.. aku nak rehatkan organ organ dalaman aku termasuk usus usus.. Tak perasan ke di kebelakangan ni ramai dapat kanser usus gara gara pemakanan yang tidak seimbang ?

Apa saja korang makan.. pastikan ada SAYUR HIJAU yang segar sekali. Bukan dimasak atau direbus yer.. Makan cam ulam tu haa.. Tak yah cecah dengan budu atau sambal belacan. Makan gitu jer ! Heee…

Sedap wooo makan gini.. Try laa..

Dugaan hari pertama kembali jadi Mr.Mama !

 

Secara jujurnya , nak jaga anak sambil cari rezeki pada masa yang sama bukanlah  tugas yang mudah. Seperti aku yang perlu update blog setiap hari bagi memastikan blog terus segar. Punca pendapatan aku dari blog. Nak tak nak , kena ‘kerja’  keras !

Anak sorang dulu, terasa sukar dah.. Masuk 2 orang , terasa lebih sukar .. Dan sekarang , 3 orang ! Hurmm.. Baru nak update blog , sorang datang mintak ini.. Dah bagi tidur yang kecik , yang kakak lak meraung tiba-tiba ! Adehhh.. Agak kucar kacik kehidupan aku di hari pertama. Mandi pon lewat ! 

image

image

Yang si kakak , kuat provoke. Saja buat bising supaya adik bangun. Rasuah ais krim , pandai lak suh kita diam ! Arghhh… Camana laa akak sorang ni..

Agak stress di hari pertama ni. Lambat tul nk pukul 6 ptg . Si abang , tak lama lagi akan bersekolah.. sapa nak tolong daddy pasni ? Huhuhu…

‘ Bulan madu’ aku dah tamat !

 

5 bulan wife bercuti. 2 bulan cuti sakit ketika mengandung ( masalah uri ) dan 3 bulan cuti berpantang. Dan , hari ni.. hari pertama dia kerja !

Aku , selama 3 bulan tu memang tak uruskan Aariz. Wife uruskan semua… Hehehehe.. Aku uruskan 2 lagi , hero dan heroin ! Heee… Ok la kan ?

Dan hari pertama ni la jugak aku nak dapat batuk dan demam ! Adui… Nasib baik tak teruk lagi la sakit aku ni. Aariz pulak memang dah selsema.

Awal pagi.. 830 , Aariz dah menjerit ! Dia bangun awal. Dan semua baby memang gitu. Diorang nak susu dan mandi. Aku yang dah cukup tidur , senyum je la. Ala , takat dia jerit.. kasi susu jer ! Oh , Aariz menyusu ibu tau.. Nak guna botol takda masalah. Tak seperti Zahra dulu. heee.. Aku rasa anak lelaki memang tul ngan botol susu kot ?

Aku kasi susu dulu sampai kenyang. Pastu mandikan dia.. Seronok dia. Sengih sengih gitu.. Pakaikan baju dan pasang tv citer baby.. Dia layan gitu.. Huhuhh…

image

image

Uruskan si kecil ni sebelum abang dan kakak dia bangun. Nanti nak uruskan diorang lak.. Takda masalah pon. Cuma risau satu jer.. huhuh.. Aku dah tak da masa nak ke gym ! Huwaaa.. Apakah aku akan kembali gemuk ???

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI