Dapur Tanpa Sempadan...

Selasa, 20 Disember 2016

Amyra Rosli dan Amar Bahrain memang sepadan ?

 

Secara jujurnya , aku tak pernah jumpa kedua dua artis ni tapi pernah team aku pernah bekerjasama dengan Amar Bahrain satu tika dulu.. mempromosi kurta miliknya , AMJIFAEXCLUSIVE BY AMAR BAHRAIN.

Dan rakan rakan blogger memuji beliau yang tidak sombong serta sangat membantu !

image

Hari ni , aku berpeluang berjumpa dengan beliau serta isterinya dalam satu majlis rasmi melibatkan Amyra. Ikutkan aku malas nak pergi tapi aku dulu minat kat Amyra Rosli. Hehehe.. Drama apa tah , aku pun tak ingat. Comel dia masa tu.. Hahaha.. Bertudung watak dia ketika tu.

Apakah dia seperti suaminya ? Hehehehe..

image

Secara jujurnya aku perati jer dari jauh cara Amyra melayan permintaan media serta peminatnya dan ternyata dia sangat sporting. Tak sombong walaupun dia dah ada nama. Begitu juga Amar yang sudah kelihatan penat tapi masih tetap bergambar bersama sama mereka yang mengenali pasangan popular tersebut.

Hurm.. jangan tanya kenapa aku tak senyum. Banyak faktor sebenarnya tapi apa pun , jutaan terima kasih pada rakan blogger , UmmiNani yang sudi mengambil gambar.. Hehehehe..

Buat Amyra dan Amar, semoga bahagia ke syurga yer.. Dan dikurniakan anak yang comel comel belaka.. Kekalkan cara sekarang eh. Moga kita berjumpa lagi dalam projek bisnes akan datang !

Bekalkan mereka dengan set Umrah Dan Haji Cosmoderm !

 

Ada tak kenalan atau ahli keluarga tersayang korang akan pergi menunaikan umrah/ haji akan datang ? Ahaaa… kalau ada , pastikan korang hadiahkan mereka dengan set Umrah Dan Haji Cosmoderm ni ! Seriuss.. sangat berguna untuk mereka di sana nanti !

image

Ini contoh set milik aku

Mesti tertanya , kenapa nak kena amik semua ni ?? Apakah kepentingannya ???  Hurmmm.. Meh aku cerita sedikit berdasarkan pengalaman mereka yang dah pergi menunaikan umrah dan haji ( inshaAllah aku akan turut selepas ini andai dipanjangkan umur ).

Antara masalah yang dihadapi mereka ialah :

  • tumit kaki merekah disebabkan aktiviti luaran
  • kulit wajah menjadi kering berpunca dari cuaca panas
  • iritasi kulit akibat perubahan cuaca
  • lenguh lenguh kaki dan tubuh badan

Ok , ada 4 produk pilihan yang disyorkan. Apakah kelebihan produk-produk ini ? Ok.. meh baca… sumber ni dari pihak Cosmoderm sendiri. Bukan aku reka reka yer ! Hehehehe.. Sila hadam dan manfaatkan dengan sebaiknya !

image

Jangan pandang ringan setiap produk ni sebab aku dah guna kesemuanya dan berkesan sangat pada aku dan banyak testomoni korang boleh jumpa di page Cosmoderm sendiri.

Advanced Moisture Therapy Cream 60ml

image

Vitamin E Cream 3,000 I.U 50ml

image

Tea Tree Oil Magic Body Lotion 60ml

image

Deep Heat Lotion 100ml

image

6 kelebihan menggunakan set Umrah Dan Haji ini :

  1. Tidak mengandungi wangian
  2. Tidak mengandungi Paraben
  3. Saiz kompak dan mudah dibawa bersama kemana mana
  4. Boleh digunakan ketika ihram
  5. efektik dan pelbagai fungsi
  6. Mempunyai sijil Halal dari Jakim.

Berminat ? Buat masa ini, set ini hanya boleh didapati melalui pembelian online di website Cosmoderm saja. Jangan risau.. cepat sampai punya !

Dan buat pengetahuan korang juga , Cosmoderm juga telah berkolaborasi dengan beberapa Agensi Pengurusan Umrah seperti EPL Travel & Tours yang mana setiap jemaah umrah akan mendapat set ini apabila mengambil pakej umrah.

Harga ? Mampu beli punya ! Harga pasaran set ini adalah RM59.90 (percuma Deep Heat Lotion) . Murah kan ? Tunggu apa lagi ? Cepat order online ! Tak payah susah payah gi beratur kat luar sana.

Jangan lupa follow Cosmoderm di :

Facebook : Cosmoderm

Instagram : Cosmoderm

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI