Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 21 Disember 2016

SPOON kembali dengan nama Ojai and Tunable Band !

 

Pernah dengar lagu… RINDU SERINDU RINDUNYA ? Mesti pernah kan ! Sapa yang membesar di zaman kumpulan muzik bermula S mesti kaki karok lagu ni dalam bas sekolah.. kan kan ? Atau dalam kelas pastu kena baling ngan kapur ! Jiwang oiiii ! Hahahaha..

Tapi sayangnya , selepas vokalisnya meninggal dunia.. SPOON sepi tanpa berita. Masing masing bawa haluan sendiri tapi mereka tetap sayangkan muzik.

Dan akhirnya mereka kembali… tapi bukan dengan nama SPOON !

image

Ok.. Oja ni sapa lak ? Oja yang pernah tampil dengan beberapa album termasuk Anak Jalanan (1992), Oja & Mastura (Ceneke) (1994) serta Oja & Mastura (Apo Salah Eh) pada tahun 1995 pernah mewarnai dunia seni hiburan tanah air.

Projek yang bermula daripada reunion kumpulan Spoon yang akhirnya bergabung dengan Oja, membawa satu nafas baru dalam seni muzik dalam mengetengahkan idea-idea lagu yang berkonsepkan balada dan slow rock serta disulami oleh susunan orkestra yang dinamik.

Album yang berjudul Cukup Sekali ini mengambil masa lebih kurang setahun dan direkod sepenuhnya di Tunable Record Sdn. Bhd. Setiap anggota The Tunable juga tidak melepaskan peluang berkarya untuk projek ini. Pemilihan lagu dibuat atas dasar kualiti yang diharapkan bakal memenuhi citarasa para peminat dengan berbekalkan lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang seni muzik.

Setelah lama menghilang dari radar dunia seni hiburan mainstream, Oja melangkah terus dalam arena seni muzik dengan bermain gitar di kelab malam seluruh Malaysia selama lebih kurang 20 tahun. Oja kini menzahirkan komitmen beliau terhadap muzik dengan “home recording studio” dan beberapa projek album. Pertemuan beliau bersama Norul beberapa tahun sebelum ini mencetuskan ilham untuk bekerjasama bagi melahirkan Oja and The Tunable.

Oja menggunakan keseluruhan pengalaman yang beliau bagi membentuk satu susunan komposisi muzik yang amat berlainan dimana penekanan diberikan kepada strings orkestra dan susunan susunan muzik yang agak progresif. 

Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza bin Daud merasakan pertemuannya dengan Norule (gitaris Spoon) beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu “comeback” yang “daring” untuk menghasilkan album ini. Untuk album ini, Boy atau Saiful Nizam Jelani selaku gitaris mengubah sedikit konsep permainan beliau dimana komposisi solo bagi album ini adalah lebih berorientasikan muzik dan agak sedikit progresif untuk mendapatkan keseimbangan berserta dengan instrument orkestra yang lain. Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang dijangka akan menambat hati peminat dalam album ini. Pernah melahirkan 3 buah album bersama kumpulan Spoon telah mematangkan Boy dalam permainan gitar secara live dan studio.

Pertemuan Norule dan Oja beberapa tahun lalu telah mengilhamkan satu idea bernas yang baru untuk menghasilkan album melo-dramatik opera ini. Norule atau nama sebenarnya Norul Fikri Abdul Samad pernah melahirkan tiga buah album bersama kumpulan Spoon.

Norule mengekalkan konsep analog bagi album ini untuk mendapatkan mood zaman dahulu. Beliau juga terlibat dalam susunan orkestra bersama Oja dan menitik beratkan orientasi muzikal dalam album yang serba baru ini dan turut menyumbangkan sebuah lagu.

Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Botak yang merupakan pemain bass projek ini telah dilamar oleh Norule untuk menjayakan projek ini kerana Yahya, pemain bass asal kumpulan Spoon tidak dapat memberikan komitmen beliau untuk album projek ini.

Shahnaz mendapat inspirasi bermain dram ketika sering pulang ke kampung di Rasah, Negeri Sembilan dan bermain dram milik bapa saudaranya. Shahnaz adalah antara anggota Spoon yang terawal bersama dengan Norule untuk mengilhamkan “the comeback” setelah lebih 17 tahun menyepikan diri. Beliau juga telah menghasilkan sebuah lagu yang berkonsepkan ‘motivational spirit’ dalam album ini.

Single perdana Oja & Tunable Band yang berjudul Cukup Sekali ini dihasilkan oleh Norule dan lirik oleh Shahrizan Ayob (Putera Remy Merindu) serta diterbitkan oleh Tunable Record Sdn Bhd.

Jom layan lagu Cukuplah Sekali oleh Oja and Tuneable Band.

Jangan nasihati anak kita !

 

Terbaca kat mana tah.. Katanya kita jangan nasihatkan anak kita tu.. Peratusan nak ikut tu rendah ! Hurmm.. Dah tu camana ?? Camana nak anak kita tu , ikut cakap kita ??

image

Secara jujurnya , aku yang punya anak berusia 4 , 2 dan tak sampai setahun ni , dah nampak acaner perangai mereka buat masa sekarang ! Apa yang aku cakap , mereka paham tapi kurang nak ikut ! Tapi yang pasti.. bila aku buat sesuatu , mereka akan ikut ! Terutamanya sesuatu yang tak patut dibuat seperti tutup plug dengan jari kaki ! Tu perangai malas aku dan sama sekali tak patut dibuat ! Qhaliff nampak dan satu hari tu , aku mintak tolong dia.. tutup plug yang sama… dia guna kaki ! ARghhhhh !! Bila aku marah , dia terpinga pinga ! Mesti pelik kan ? Kenapa aku boleh buat , tapi dia tak ??? Belajar dari yang terbaik la kan ???

Anak anak kita belajar dari kita.. Perbuatan kita dijadikan contoh buat mereka. Beri nasihat tu ok tapi mereka lebih suka jadikan kita sebagai panduan.

Teringin nak ada produk sendiri ? JenamaSendiri.Com boleh bantu anda !

 

Dulu aku fikirkan nak punya produk atas jenama sendiri adalah sesuatu yang mustahil apatah lagi aku bukanlah selebriti yang dikenali ramai ! Dan hanya mereka yang popular saja mampu keluarkan produk produk yang boleh membawa pulangan yang berbaloi pada pemiliknya ! Aku hanya mampu berhuhu je laa.. kan kan ?

Tapi tu dulu laaa.. Sekarang , apa saja tiada lagi yang mustahil ! Impian bisa jadi kenyataan ! Popular atau tidak , segalanya boleh diatur sama sekali. Yang penting , modal saja ! Selebihnya , serahkan pada yang pakar ! Dan pakar yang aku maksudkan ialah.. JENAMASENDIRI.COM !

image

Semalam di Kuala Lumpur , aku hadiri majlis tandatangan antara Amyra Rosli dan JenamaSendiri.Com yang mana Amyra Rosli selaku pengasas bersama untuk Projek Kilang Kosmetik bersama JenamaSendiri.Com dan JenamaSendiri.Com diwakili oleh Pengarahnya, Dr Amin Abdullah.

Dengan bermodalkan serendah RM15 ribu , korang dah boleh punya produk sendiri dalam masa 5 minggu saja ! Amacam ? Tak tertarikkah ? Hehehehe.. Best kan ? Part marketing pon mereka akan uruskan gituu..

image

image

Pemilihan Amyra Rosli sebagai pengasas bersama adalah kerana jenama “Amyra Rosli” itu sendiri yang menggambarkan beliau seorang yang elegan dan ekslusif yang amat bertepatan dengan konsep yang dibawa oleh JenamaSendiri.Com iaitu sebagai sebuah jenama yang ekslusif dan hanya menjadi pilihan bagi mereka yang benar-benar pentingkan kualiti.

JenamaSendiri.Com seperti yang diketahui adalah pelopor dalam pembuatan kosmetik di Malaysia dan antara pengilang yang menghasilkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa. JenamaSendiri.Com juga akan mengembangkan sayapnya ke luar negara dengan pembukaan kilangnya yang ke-3 di China pada Januari 2017.

image

image

JenamaSendiri.Com turut melancarkan Yayasan JenamaSendiri.Com yang mengfokuskan kepada pesakit kanser dan buah pinggang dengan sumbangan disalurkan kepada pihak MAKNA (Majlis kanser Nasional) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) secara bulanan. Satu inisiatif yang cukup bagus sekali bagi aku !

Siapa Dr. Amin Abdullah ? Sedikit mengenai beliau.. Dr. Amin Abdullah yang juga Pengasas Bersama JenamaSendiri.Com telah memulakan perniagaan pembuatan kosmetik di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu dan telah menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di dalam dan juga luar negara.

Untuk info lebih lanjut , boleh rujuk terus ke www.jenamasendiri.com.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI