Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 23 Disember 2016

“ Qhaliff , jaga Aariz. Daddy nak solat lak .. “

 

Setiap pagi , peperangan mandi akan berlaku. Mula mula aku akan mandikan Aariz yang bangun awal pagi. Kemudian Qhaliff dan diakhirnya dengan Zahra yang payah sungguh la nak mandi tu.

Nak mandikan dua dua beradik ni , kena tunggu Aariz tidur dulu atau tenang. Tenang maksudnya dia baring dalam keadaan rileks gitu.. sambil layan tv.

Selesai part mandi , part makan lak.. Nak kasi makan.. Aariz nak tidur lak. Bila dah lena , si Zahra suka buat bising. Memang dia saja nak kasi Aariz bangun ! Huhhhh..

Menahan kesabaran di peringkat ni.. Masuk waktu solat Zohor.. Hurm.. aku kena tengok ketiga tiga punya mental dulu. Tak leh tinggal terus gitu.. Kalau Aariz tidur , dan terjaga pasti dia meraung tak hengat dunia punya. Tak kasi aku tarik nafas tul !

Kalau tak tidur ? Senang.. suruh Qhaliff jaga. Kasi susu dan aku sempat curik masa dalam 10 minit gitu. Gitu gak bila masuk Asar. Kena mandikan semua dulu.. baru leh atau tunggu wife balik. Huhuhu.. Masa ni baru sempat tunaikan hajat apa saja yang tertangguh sepanjang hari ! Hurmm..

image

Respek ibu yang jaga anak ramai sambil cari nafkah di rumah.

No Pain No Gain kata kaki gym !

 

image

Bukan pertama kali pon.. Banyak kali terutama bila aku sangat serius angkat besi ! Haaa.. Sakit tu , memang perlu ada. Nak manja manja , gi main masak masak ngan Zahra ! Hahahaha…

Tapi ada harganya gak woo.. Bila kena air , luka tu memang pedih giler laaa. Kena tahan je laa.. Antara jalan penyelesaiannya ialah pakai sarung tangan ! Dan pilihan aku ialah Under Armour. Memang best la grib dia..

image

Tapi luka di jari tu tak sembuh gitu jer. Kena letak ubat gak woo.. Aku try letak satu jenis ubat ni tapi tak jalan.. Terlupa aku akan Cosmoderm ! Terus aku cari dan letak , pagi tadi.. Dan , petang tadi.. kena air dah tak sakit !

image

Mana nak beli ? Boleh cari di farmasi terpilih atau beli je online terus di Cosmoderm . Dan boleh produk lain yang sesuai ngan korang terutama yang punya masalah dengan muka dan kulit.

Serius.. lega dah luka aku.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI