Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 24 Disember 2016

Senang betul jaga si Aariz ni berbanding..

 

image

Tak banyak karenah sungguh mamat kecik ni ! Nak dibandingkan dengan Zahra dulu , memang bercinta la aku hari hari terutama bila part botol susu.

Begitu gak ngan Qhaliff. Wife la kesian. Terpaksa berlari balik setiap kali makan tengahari untuk susukan diorang tapi Aariz , tak perlu sama sekali ! Sua je botol susu , ngangalah dia tanpa disuruh ! Hahahaha.. Bila dah abis , dia akan ceria seceria cerianya.. Senyum sokmo kata orang London. Alhamdulillah.

Nak ke Cheras dari Sepang lak waktu kerja , dulu terpaksa usung wife sekali. Hantar diorang dulu pastu patah balik ke Putrajaya untuk hantar wife. Berapa banyak petrol dan tol didermakan untuk tujuan ini !! Banyak okkk ! Kalau tak buat gitu , Zahra atau Qhaliff meraung dalam car seat tu. Aarizlak kalau letak dalam tu , kasi susu.. krohhhhh.. terus.. Kuat tidur dak ni.. Hahahaha..

Satu pengalaman yang pasti akan dirindukan bila anak akan dah besar nanti.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI