Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 29 Disember 2016

Akhirnya , aku terima pelajar perempuan di gym !

 

Aku mula masuk gym , usia 22 tahun. Sekarang dah 40 tahun. Yer , aku tau.. aku kelihatan seperti 30 tahun kan ? Terima kasih. Heee…. Ok Ok.. sambung cerita.. Sepanjang aku berworkout , aku tak pernah ada ‘pelajar’ walaupun ada yang minta. Kenapa ? Sebab aku takda ilmu pon. Cuma ada pengalaman dan sedikit info pasal besi besi ni.. Aku sendiri pon main tunggang-langgang ! Hahahaha..

Sejak balik dari Sungai Lembing , bulan September lalu.. aku nekad mengubah diri aku setelah dapati badan aku serupa tong dram air ! Buruk aihhh… 2 tahun berehat membesarkan anak. Usik besi pun malas dah ! Asik melantak jer !

Dan.. hampir 3 bulan berlalu.. hasil dah mula nampak..

image

image

Jangan bandingkan aku dengan mereka yang masuk pertandingan tu haaa.. Mereka ‘cukup makan dan latihan’ berbanding aku yang lebih pada suka suka dan jaga kesihatan serta penampilan , ok ? Haaa.. berbeza tuuu..

Dan semalam , buat pertama kali aku mengajar perempuan setelah beberapa kali aku diminta berbuat demikian tapi aku menolaknya atas faktor yang aku kata di perenggan atas tu haaa.. Heee..

Kenapa aku terima ? Sebabnya aku tau yang ‘pelajar’ aku ni memang komited nak membakar lemak perutnya ! Semenangya orang gini sedap ‘didera’ di gym ! Hahahahaha…

image

Heee… seronok gak dapat ‘buli’ pegawai polis ni. Bila lagi nak rasa kan ? Hahahaha.. Apa pendapat Puan Shiqeen Sattar selepas 2 jam didera aku ? Leh baca sendiri di blognya yang bertajuk Bukan Senang Nak Cari Personal Trainer Gym KL.

Aku ada 3 bulan lagi untuk kemaskan diri sebelum nak melangkah ke peringkat lebih serius… hahahaha.. serius la sangat !

Apakah Qhaliff tidak akan takut pada air lagi ?

 

Kejadian di Port Dickson baru-baru ni membuatkan aku perlu berhati hati sangat ! Jangan lepaskan anak kita bila berada di kolam mandi. Qhaliff , berlari dan terus terjun dalam kolam. Masa tu aku takda. Dia turun bersama pakcik dan sepupu sepupu dia. Nasib baik dia dah dipakaikan pelampung lengan tu ha.. Tak lemas tapi dia panik ! Terus tak nak mandi kat kolam besar tu dah !

Dulu pernah berlaku pada sepupu dia jugak. Budak ! Mereka teruja tengok kolam. Dan ini membuatkan aku perketatkan keselamatan ! Perlu guna life vest selepas ini. Nasib baik ada jual di online !

SAUF by SAUF ASIA !!

image

image_thumb[6]

Tak sabar dah dia ! Dan helmet tu , untuk dia berbasikal. Pon ada jual Tengah ada promosi skang ni .. Huhuh… Beli sebelum mahal semula..

Cuma.. apakah dia akan berani nak pakai bila berada di kolam nanti ? Kena tunggu hari Sabtu ni bila aku ke Rhu Beach Resort , Kuantan. Huhuhu..

Jangan lupa baca MINYAK HERBA ASMAK yer.

Kalut cari buku tadika anak !

 

Qhaliff akan pakai buku buku di bawah ini.. Masalahnya , orang dah lama beli dah ! Sebab pendaftaran untuk tadika lama dah dibuat tapi aku terlambat buat ! Hahahaha… dok ingat anak kecik lagi gitu haaa..

image

Dikhabarkan pada kami suami isteri , yang buku ni ada dijual di kedai kedai buku ternama. Bila kata gitu , tarik nafas lega la.. Nak cari di Alamanda.

Dan semalam , wife kuar waktu lunch dan tgk di MPH Alamanda. Pastu dia text aku.. bagitau yang BUKU DAH TAKDA STOK ! What ?????? Ah , sudah..

Aku yang kebetulan berada di sebuah mall area WangsaMaju terus cari di sana. Dan berjaya jumpa buku IQRA jer. Yang lain dua memang abis stok !

Aku mengaru-garu kepala yang takda rambut ni. Camana eh? Hurmm.. kena cari cepat sebab Jumaat ni kitorang outstation. Ada trip family untuk penutup tahun 2016. Hurmm..

Tiba-tiba wife text sekali lagi. Masalah selesai. Dia dah beli secara online di MPH ONLINE jer..

image

image

Selesai masalah ! Huuhuh.. Alhamdulillah. Qhaliff pon dah tak sabar nak pergi sekolah ! Siap tidur pun pakai baju sekolah selepas pulang dari daftar ari tu.

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI