Jumaat, 30 Disember 2016

Hari 1 : Ke De Rhu Beach Resort , Kuantan.

 

Dari rumah aku , Sepang ke Kuantan mengambil masa… kira cincai laa.. 4 jam ! Ikutkan 2 jam lebih pon boleh sampai la tapi sebab aku suka berenti renti , maka jadi 4 jam.

image

Jam 4 lebih petang , tiba di De Rhu Beach Resort , Kuantan. Tak susah pon sebab ada waze. Mudah nak jumpa. Dan bila sampai je sini , secara jujurnya aku terasa lega la. Hotel ni seperti yang aku jangka la.. Bersih dan selesa ! Aku memang nak hotel gini bila gi bercuti. Baru berbaloi masa dilaburkan.

Check in. Staff mesra pelanggan dan segala urusan dipermudahkan. Alhamdulillah. Anak anak dah tak sabar nak masuk dan melompat lompat atas katil.

Dan bilik yang ditempah adalah junior suite. Bercantum dengan satu lagi bilik. Heee… Bersih , kemas dan amat menyelerakan untuk aku berehat di sini.

image

image

 

image

Suka diorang. Bila tengok kat belakang , diorang lagi teruja ! Nak mandi kolam. Aku tengok je diorang punya keterujaan. Yeke teruja ?? Kang turun , takut nak masuk dalam kolam.

Hurmm.. Harapnya tidak la .. huhuhu..

image

Mandi. Solat. Dan bersedia untuk turun mandi di kolam.. Er , lebih pada bermain air je la sebab sejukkk.. baru lepas hujan ni.. Pengunjung pun masih ramai gak walaupun hari dah petang.

Aku pakaikan Qhaliff life vest dari The Sauf. Zahra tak nak pakai. Aku rasa sebab ketat skit rasanya. Tak pe , nanti cuba lagi. Namun begitu dia tetap nak turun ke kolam.. Aku tak kasi sebab di tempat dia nak masuk tu , agak dalam. Kalau ada life vest tu , aku tak kisah sama sekali. Tapi dia berdegil nak masuk. Aku biarkan .

Dia terjun. Dan dia tenggelam. Aku senyum je pandang dia. Pastu aku tarik tangan dia.

“ Haaa.. sebab tu daddy suruh pakai. Kalau pakai , tak la jadi gini.. “. Muka dia memang dah cuak. Aku tengok Qhaliff. Dia pun bebel tapi tak berani masuk dalam kolam. Dia bukan takut tapi takda kawan. Kalau ada kawan , sah sah dia terjun dah !

Akhirnya gi mandi kolam agak kecil.

image

Takda orang kat kolam ni. Dan dia masuk. Huhhhh… Tak pe.. esok masih ada.. boleh cuba lagi nanti ! Hahahaha… Pastu aku ajak semua naik. Turun tak sampai setengah jam pon. Aku pun tak nak lama sebab cuaca sejuk. Huhuh.. kang demam lak.

Dan malam menjelma.. Steambot menanti ! Aku sebenarnya fobia nak makan steambot tapi wife teringin. Ok laa.. Fobia sebab masin kuahnya. Sakit kepala gituuu..

Ok.. aku bagi peluang. Nak rasa gak masakan hotel di Pahang ni.

image

Aku rasa sedikit kuahnya. Dan.. wowww ! Original gitu. Tiada MSG sama sekali ! Aku suruh wife makan dulu. Aku jaga Aariz walaupun sebenarnya aku dah terliur nak makan ! Rosak diet pon rosak laaa.. Bukan senang nak jumpa steambot yang sedap gini haaaa.. Bila dah ada depan mata , maka makanlah sepuas hati.. kan kan ? Kuahnya pon tak pedas sangat. Sambal dan cili diasingkan gitu..

Aku order nasi goreng untuk Qhaliff. Saja nak rasa nasi gorengnya. Nasi goreng pon sedap. Sesuai untuk budak budak. Tak pedas.

image

Nasib baik la anak anak tak duduk senyap. Kalau tak , aku akan merangkak naik ke bilik sebab kekenyangan sangat ! Hahaha.. Kalau boleh kuah semua aku nak hirup wehh ! Tak pe , esok pagi leh gi gym. Hahahaha..

Balik bilik.. rehat ! Aku dah lama tak dapat tidur yang sempurna. Moga malam ni dapat berehat dengan baik. Esok , banyak plan nak dibuat. Heee..

Untuk sebarang pertanyaan , sila tanya sendiri  di De Rhu Beach Resort, Kuantan yer.. heee.. atau www.derhu.com.my !

Beli buku di MPH ONLINE ! Pantas sangat ni !

 

Sila baca entri ni dulu , Kalut cari buku tadika anak ! untuk memahami entri ini sebab aku tak nak campak belakang ! Dan aku tak jangka sama sekali laaa.. begitu cepat sekali dapat !

Wowww ! Tak payah buang masa gi redah mencari di kedai buku dahh. Klik klik dan tik tik jer.. terus dapat !! Order hari Rabu dan dapat hari Jumaat ! Dalam masa 48 jam gitu..

Terima kasih MPH ONLINE atas kecekapan anda !

image

Dengan ini , maka lengkaplah buku Qhaliff untuk pertama kalinya dia ke sekolah..

image

Dan jutaan terima kasih pada POS LAJU atas kecekapan anda.. POS LAJU Bandar Baru Salak Tinggi yer.. nun di Kosmoplek BBST ! Terbaik !

Menutup tirai 2016 di De Rhu Beach Resort , Kuantan !

 

Tutup 2016 dan buka 2017 dengan sambutan hari lahir wife ! Huhhu.. Satu kenangan yang bakal terukir di De Rhu Beach Resort , yang mana ini kali pertama aku sekeluarga sambut di luar kawasan aku membesar… hahahaa..

Kenapa De Rhu Beach Resort ? Seperti yang aku kata , aku suka main ‘ Pantai Timur’  kalau ada cuti panjang. Pantai bersih adalah keutamaan aku. Dan di sini , dengarnya kolam sesuai untuk anak anak dan ditambah masing masing dah ada life vest yang aku sendiri teringin nak pakai.. pastinya akan memberikan keseronokkan bermandi manda tak terhingga.. kan kan ?

image

Cuma satu je persoalan.. Apakah benar De Rhu Beach Resort Kuantan ni seperti yang dikatakan .. best ???

image

Tunggu aku sampai sana dan bercerita mengenai resort ni ehh..

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI